Sunday, December 14, 2008

Berita Baik Untuk Warga Terengganu - malaysiakini

Berita baik untuk warga Terengganu.

Berita 1 :-KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Kerajaan Terengganu bakal menerima bayaran royalti minyak tambahan kira-kira RM400 juta yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Negeri di sini Sabtu ini - Utusan Meloya Online.

Berita 2 :- KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata Kabinet secara prinsipnya sudah meluluskan cadangan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), dengan dana permulaan RM10 bilion untuk melabur di dalam dan luar negara - Berita Hairan Online.

Berita 3 :- KUALA TERENGGANU 13 Dis. - Kerajaan memperuntukkan RM51.4 juta untuk membina dan membaik pulih 2,102 buah rumah rakyat miskin tegar yang akan memberi manfaat kepada 10,510 isi rumah miskin di seluruh negara pada tahun depan - Utusan Meloya Online.

Berita 1 + berita 2 + berita 3 = RM10 bilion 451.4 juta "secara prinsipnya" telah dijanjikan untuk Terengganu dalam masa 3 hari menjelang PRK P-036.

Sebelum ni aku tak de dengar pun berita-berita pasal keprihatinan KERAjaan pusat dekat Terengganu. apa yang aku nampak ialah selama ni Mat Said macam MB UMNO/BN cap KERA sumbang.

Oi rakyat Terengganu..! ni aku nak habaq... wang besar, wang besar, wang besar..! pesta wang besar sudah bermula...

Start akhir bulan ni, mana-mana rakyat Terengganu yang hidupnya tersepit-sepit dicelah penyepit UMNO/BN hidupnya akan terbela.

Yang berjalan kaki boleh mintak bantuan basikal.

Yang berbasikal boleh mintak bantuan motorsikal.

Yang bermotorsikal boleh mintak bantuan kereta.

Yang berkereta boleh mintak bantuan kalau nak upgrade kereta, boleh jugak cuba-cuba jengok ke Show Room Mercedes Benz... kot-kot boleh trade-in dengan Merce. Compressor.

Yang atap rumahnya bocor boleh mintak bantuan tukar atap.

Yang dapurnya tak berasap bakal dapat bantuan keperluan dapur.

Ibu-ibu tunggal bakal dapat bantuan untuk ibu tunggal, mungkin juga akan dapat tawaran jadi bini no-2 Wai Bi.

Mat-mat rempit bakal dapat minyak free.

Mat-mat rambut cacak bakal dapat bersosial sampai ke pagi.

Mat-mat togak bakal dapat Carlsberg & Stout percuma.

Mat-mat gian boleh standby... akan dapat upah sebagai tukang cabut bendera & poster bulan.

Awek-awek yang pusat & lidah bertindik bakal dapat baju merah jambu.

Pakcik-pakcik yang buta huruf bakal dapat masuk paper "isytihar keluar PAS masuk UMNO".

Makcik-makcik UMNO bakal dapat masuk UMNO sekali lagi (renew road-tax UMNO).

Rumah-rumah kosong bakal berpenghuni "warga Terengganu" tapi berbahasa Siam, Indon, Bangla, Filipina dan juga berbagai bahasa antarabangsa.

Hotel-hotel bakal penuh dengan "warga Terengganu" yang tinggal diluar Terengganu.

Kereta-kereta sewa bakal dapat tempahan untuk bawa pengundi dari "check point 1 ke pusat mengundi".

Bas-bas sewa diluar Terengganu bakal berpusu-pusu membawa "pelancong pilihanraya" ke Kuala Terengganu.

Keropok lekor habis.

Ikan kering habis.

Sata habis.

Otak-otak habis.

Yang tinggal cuma "maruah" warga Terengganu...

Berapa harga "maruah" warga Kuala Terengganu???

RM10 billion 451.4 juta cukup untuk beli "maruah" warga Terengganu? belum habis lagi tawaran tu beb... masih ada sebulan untuk urusan "jual beli maruah"... kasi up lagi..!

Fikir...

23 comments:

  1. salam SDR:

    Moga2 dengan laungannya tu Rakyat Terengganu kononya nanti akan terjeut dan buka matanya.... oh kayanya negeri aku sebenarnya.. bolehlah bantu rakyat... pastu merekapun nanti pangkahlah BN pada Pilihanraya Kecil tu nanti... kelakar tak bunyinya??? Tak kelakar langsung kan...piramabuk

    ReplyDelete
  2. kulatlapok - komen paling kelakar. aku adiahkan ko sebidang tanah di pulau wan man sebagai menghargai komen ngko yang kelakar ni.

    wakhakhakhakhakhakha...

    kenyataan yang penuh dengan fakta walaupun bunyinya kelakar.

    ReplyDelete
  3. Salam.Ambil apa semua yang di beri,time pangkah tetap PAS.

    ReplyDelete
  4. Berapa pun harga "maruah" rakyat terengganu, PAS tak akan mampu membelinya. Hanya UMNO yang akan membela maruah warga terengganu dari terus dileleong oleh Parti Politik Songsang PAS yang telah tidur sebantal dengan DAP tetapi mimipi lain-lain!!!

    ReplyDelete
  5. Seri Najib Razak berkata Kabinet secara prinsipnya sudah meluluskan...

    secara PRINSIPNYA bermakna tiada jaminan bahawa wang tu akan dapat.Prinsip bukan satu jaminan,tu hanya asas,asas untuk memancing undi..ha ha ha..baha$#@

    ReplyDelete
  6. wak mari gop pitih tuu .. aku nok jugop .. lama doh dokleh ..
    wak mari ahh ..
    wak mari ahh ..

    ReplyDelete
  7. siapa yg tidur sebantal dgn siapa....think about it...

    fikir-fikirkanlah...siapa yg kata Hudud tu tak relevan , siapa yg rampas Wang Royalti (jenis buruk siku), siapa yg kata membazirkan duit rakyat buat projek tak jadi(jambatan bengkok), bayar contraktor for nothing RM 270 juta, siapa yg tarik balik projek , siapa yg kata undi pembangkang, tiada kemajuan, siapa yg bazir duit buat monsoon cup sedangkan duit boleh labur kat education rakyat.....bukalan mata hati anda.... sekularisme sedang mencakar Nur Islam, .....sedih bila umat Islam dibutakan dengan kemewahan yg sementara sedangkan diakhirat itu telah tersedia kemewahan....

    ReplyDelete
  8. Kena ada wakil rakyat mati dulu, baru boleh bagi duit....

    ReplyDelete
  9. 400 juta tetiba je mencurah, tapi tak adil la kalau tertumpu ke kuala terengganu je semata-mata pilihanraya. kalau macam ni orang dungun, kemaman, besut nak gak wakil rakyat dia mati

    ReplyDelete
  10. ingak org k.tranung!!!wi pitih ambik tp pakoh ttp bulang!!!buktikn dlm pilihanraya nanti...

    ReplyDelete
  11. " Datuk Seri Najib Razak berkata Kabinet secara prinsipnya sudah meluluskan cadangan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), dengan dana permulaan RM10 bilion untuk melabur di dalam dan luar negara. "

    Nak tubuh boleh tubuh sepuluh lagi lembaga pelaburan.... tapi bagiamana dengan pelaburan Saham Darul Iman (SDI), duit rakyat hangus, kroni kaya......
    Jangan dok tipu sakang sangat weh !!!!!!!
    Rakyat Tranung tidak selalu boleh diperbodohkan ....

    ReplyDelete
  12. makpo la aku beci sangat nga umno ni..ore yg sokong umno pun pelok la...nak kata ore x ngaji..ngaji..tapi x tau la.. nipu atas darat...

    ReplyDelete
  13. Kami harap semua rakyat KT faham akan taktik dak gula-gula p/raya,setiap kali p/raya kecil berlaku akan adalah gula-gula umno/bn di radio,tv dan paper menyatakan berapa besar gula-gula akan diberi kpd pengundi kawasan itu.INI LAH MAIN UMNO/BN SETIAP KALI P/RAYA AKAN BERLANGSUNG.Oleh itu sedarlah pengundi kawasan KT .Tentang istilah gula-gula p/raya.Walau bagaimana pun terima dan ambil saja apa gula-gula sekali pun demi hak rakyat KT bukan hak umno/bn.Sapuuuu semua tetapi jgn gadaikan maruah Islam dari diri masing-masing demi gula-gula.HIDUP RAKYAT KT DAN KAWASAN SEKITAR.INGAT PERISTIWA BERDARAH MENIMPA SAHABAT KITA AZMAN DAN RAKANYA MASIH SEGAR DLM INGATAN DEK ANGKARA UMNO DAN BN.....

    ReplyDelete
  14. biasa le pemimpin2 amno bangsat menipu. itu dah sifat semulajadi mereka.

    kalau menang (dgn undi antu dan undi pos) buat2 lupa pasal royalti tu balik.

    tektik je tu. tau je le org munafik.

    ReplyDelete
  15. HA HA HA GELI HATI...
    DUIT DATANG KERANA ADA KEMATIAN WAKIL RAKYAT...
    ALANGKAH BAGUSNYA KALAU RAMAI LAGI WAKIL RAKYAT MATI...
    MAKIN BAIK UNTUK RAKYAT...DUIT MENCURAH TAK PAYAH DIPOHON...
    WALAUPUN CUMA 30% SAMPAI KEPADA RAKYAT UNTUK DIBAHAGIKAN KEPADA 80,000 RIBU ORANG

    ReplyDelete
  16. munawir kata
    Berapa pun harga "maruah" rakyat terengganu, PAS tak akan mampu membelinya.
    """""Hanya UMNO"""""
    yang akan membela maruah warga terengganu dari terus dileleong oleh Parti Politik Songsang PAS yang telah tidur sebantal dengan DAP tetapi mimipi lain-lain!!!

    """HANYA UMNO"""
    kah... kaaahhhh... kaaaahhhhhh...
    umno tak tidor sebantai ngan mca, mic, pbs kah????
    bodoh bin stupid statement!!!!!!
    hi munawir kalau betoi2 melayu/ISLAM tolong jawab....

    1) sapa tarik balik royalti minyak masa Parti Islam SeMalaysia perintah Trenggganu dulu???

    2) sapa yg sekat peruntukan pusat ke Kelantan (negeri mejoriti melayu beragama ISLAM)????

    3) sapa yg menentang hukum Hudud yg cuba diperkenalkan kerajaan Kelantan suatu masa dulu????

    3) sapa yg kata memperlekeh hukum Hudud mengatakannya ketingalan zaman (kalau curi potong tangan nanti jenoh makan sup tangan & kalau zina direjam dgn batu nanti habislah batu, macam mana nk buat pembangunan)

    adakah mereka semua mca @ mic?????

    lebih baik buta mata tapi jgn buta hati...

    dan diharap pengundi di P036 @ PKT tidak dibutakan hati oleh barua2 umno...
    yg rata2nya sekarang berpusu2 nk membantu jentera bn disana kerana teruja dengan habuan RM400 juta yg baru saja ditaburkan si najis tu!!!!!

    saya rasa pengundi KT sudah cukup bijak & tak mudah dirasuah & diperbodohkan lagi...

    ReplyDelete
  17. munawir - binawir pencacai totok

    ReplyDelete
  18. bijak betol taktik kotor kerajaan ni..usah percaya wahai rakyat jelata,,

    ReplyDelete
  19. Weeeeee......tranung buleh pitih. Aku kaya..aku kaya...
    opppp..bukang aku..tapi puak2 ummmmno.
    bagus dan prihatinnya najib ..atas kesedaran nak tengok orang tranung dok miskin...dok miskin...(ulang ) dok miskin lagi...najib serah cek semalam rm408 juta...duit royalti?..duit pancing undi...heheheheh ..fikir..fikir.
    dasar lidah cabang dan lidah yahudi..dulu dia jugok bersengkongkol dengan mahadir..sokong duit royalti jadi wsang ehsan untuk habuan org2 umno..
    aleh2 marin kata najib- duit royalti hok rakyat tranung..jadi selama ni hok sape...ooooop..hok org umno....untuk tibang seket2 sorang.
    SO..AKU RASA PATUT SEMUA WAKIL RAKYAT BN PATUT MATI LEPAS SORANG SORANG..LEPAS TU DUIT MARI BERLORI2.
    KALU SORANG MATI TRANUNG DAPAT RM408JUTA...KALU 8 ORANG AHLI PARLIMEN BN MATI = RM408JUTA X 8 = RM3.3 BILION HOOOO.
    kALU ADUN BN PULAK MATI......KIRA SENDIRI NLA..
    KAYA OOO ORANG TRANUNG.

    ReplyDelete
  20. madarid1 - He he...Bijak bijak.

    ReplyDelete
  21. Harap2nya rakyat terengganu akan lebih celik hati di sebalik topeng2 politik BN/UMNO demi kesejahteraan dan kebaikan semua.

    Bila time nak pilihanraya, mula la pelbagai belanja dan imbuhan diberikan oleh UMNO utk mengaburi mata rakyat. Apa2pun ambik, jangan tak ambik..sebagai pemimpin depa patut jaga kebajikan rakyat. Tapi bab pangkah kat kertas undi, itu adalah hak kita sebagai individu.

    ReplyDelete
  22. TP hang jgn dok tabuq fitnah no...bila masa time pilihanraya UMNO x penah tabuq duit dan rasuah undi..pendek kata apa yg hang habaq tu semuanya benaq belaka..dlm sebln ni kita buleh saksikan kebobrokan UMNO dan para pencacai...RM200 dan kain batik adalah tactic standard aku nk habaq kat hang...tu paling cikai la tuk org2 kampung,kalo jerung habuan besaq lg

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?