Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" anjuran PAS dan Gerakan Mansuh ISA di sini malam tadi kecoh dan dicuri tumpuan oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang hadir untuk menyerahkan memorandum meminta parti Islam itu membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.
Kekecohan berlaku apabila wakil penganjur menghalang anggota Pewaris memasuki stadium kerana mendakwa ia menjejaskan kelancaran program itu.
Kira-kira pukul 9.15 malam, selepas lebih 10 minit berunding, penganjur membenarkan hanya lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan.
Jurucakap polis ketika ditemui berkata, kumpulan berkenaan tidak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan dan disebabkan kehadiran mereka tidak mempunyai permit.
Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun seterusnya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika isteri salah seorang tahanan ISA, Norlaila Othman sedang berucap.
Pewaris, Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan pemimpin PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa.
Kira-kira 30 anggota polis dari Ibu Polis Daerah Kajang berkawal di kawasan stadium bagi mengawal keadaan.
Sementara itu, Rahimuddin berkata, penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka.
"Pewaris yang bertindak mewakili badan bukan Kerajaan (NGO) Islam, persatuan-persatuan seni, barisan dan organisasi budaya Melayu menentang sekeras-kerasnya ladang serta ternakan babi di Melaka khususnya di kawasan Masjid Tanah yang majoriti penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu," katanya.
Katanya, pelbagai saluran telah dilakukan gerakan itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.
Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" diteruskan pukul 9.30 malam dengan ucapan Mohamad Sabu dan Salahuddin serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi berkata, pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besar ala BERSIH pada Mac depan untuk menggesa kerajaan memansuhkan ISA.
Kira-kira 2,000 orang menghadiri ceramah itu.
Umno yang diharapkan untuk menjaga nasib untung hidup orang melayu kini tidak dapat berbuat apa apa dalam mengatasi akan hal itu,namun saya berasa ada sesuatu hal yang ganjil dalam serahan memo olih Pewaris dalam perhimpunan membantah ISA itu,ia nya seperti ingin melagakan antara kaum cina dan kaum melayu dari kalangan penyokong Pas,olih itu sebaiknya berhati hati dengan permintaan mereka(pewaris) itu...biar umno yang mengatasi nya sendiri hal dibumi melaka itu,sebab melaka masih lagi dalam penguasaan BN dan juga masalah ternakan babi disana adalah kerana kelemahan kerajaan BN selama ini.
ReplyDeletePandangan dari sudut lain
ReplyDeleteTamparan Hebat buat PAS Melaka
nak mansuh babi bolih..sapa yg nk tanam babi tu....sapa yg nk gi bunuh dan buru babi dlm kandang serta hutan2....aper lah pewaris ni...kita ni dh lama hidup bersama2 makan minum kaum lain kita kena jaga gak.....tak baca ker sejarah islam...sepatutnya pewaris gi mintak pak lah ...atau pun minta kerajaan buat kandang yg berteknologi..tinggi....aper lah....disebabkan lihat org lain ambik kesempatan berpolitik...diri sendiri pun x nampak.....buat malu melayu.........je.....lain kali jgn setuju cdgan british utk kemerdekaan kena bwk kaum lain.
ReplyDelete