Fatwa pengharaman merokok yang diputuskan oleh Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1997 hanya boleh dikuatkuasakan apabila ia diterima dan diwartakan oleh semua negeri.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, pewartaan itu pula hanya dilakukan apabila Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri meluluskannya serta mendapat perkenan Sultan atau Raja negeri berkenaan.
Beliau yang juga Setiausaha Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berkata, selepas diperkenankan Sultan, barulah hukum mengharamkan merokok boleh diwartakan menjadi fatwa di negeri tersebut.
''Proses pewartaan bergantung pada keperluan, kesediaan dan kepentingan isu itu di peringkat negeri. Apa yang penting, isu itu boleh diselaraskan di peringkat kebangsaan.
''Soal pelaksanaan untuk dijadikan satu fatwa rasmi bergantung pada budi bicara pihak kerajaan negeri," katanya pada sesi dialog Majlis Fatwa Kebangsaan bersama media di sini malam ini.
Kenapalah masih ada negeri yang tidak mahu mengharamkan rokok? Padahal fatwa pengharaman rokok telah pun dikeluarkan. Selagi masih ada negeri yang tidak mahu mengharamkan rokok, selagi itulah fatwa ini tidak boleh diwartakan untuk digunapakai.
ReplyDeleteSepatutnya dah lama dah fatwa pengharaman rokok ni diwartakan tapi oleh kerana kedegilan beberapa kerajaan negeri yang masih buat tak tahu pada fatwa ni, maka fatwa tersebut tak boleh diwartakan...
ReplyDeleteMungkin susah bagi mereka untuk mewartakan fatwa tersebut kerana 'bisnes tembakau' ni bisnes yang menguntungkan...
ReplyDeletesiapa yang tak nak duit.
susah nak merealisasikan fatwa pengharaman rokok.sebab apa?sebab ramai yang hisap rokok dan perokok terdiri dari kalangan remaja sampailah ke golongan veteran.tak hairan juga jika ada imam-iman yang hisap rokok.
ReplyDeletelagi satu bisnes rokok ni menguntungkan sebab selalu akan ada permintaan dan takkan pernah putus selagi ada yang menghisap rokok.
beribu-ribu orang isap rokok.bermakna beribu-ribu orang akan keluarkan duit untuk membeli rokok.berbagai golongan terdiri dari kalangan perokok.susah nak kawal rokok ni sebab dah jadi macam sebati dengan masyarakat.satu-satunya cara untuk berhenti merokok ialah dengan ada keazaman diri yang tinggi.
ReplyDelete