Thursday, December 04, 2008

Fatwa Untuk Pakatan Rakyat Rampas Kerusi Kuala Terengganu?(bhg 1) - malaysiakini

Assalamu'alaikum...

Agak lama tidak menaip melainkan hanya serba sedikit komen-komen kecil berikutan kekurangan isu untuk diutarakan, tambah lagi kalangan blogger-blogger lain nampaknya sangat-sangat aktif memberikan pendapat masing-masing dalam kebanyakan isu.

Saya amat tertarik dengan satu artikel dari blog MSO bertajuk "Fatwa Untuk Pakatan Rakyat Rampas Kerusi Kuala Terengganu".disini saya ingin menokok tambah dan juga menyangkal beberapa kenyataan atau apa yang dikatakan "fatwa" oleh saudara MSO.

1. Pakatan Rakyat hendaknya menghadapi pilihan raya itu secara bersama tanpa ada 'keluk kelik' dengan mengambil kira perkara yang titik bengit. Pakatan Rakyat harus sepakat dalam membuat kenyataan atau memberi pandangan tentang pilihan raya berkenaan bagi mengelakkan ianya dieksploitasikan oleh media massa.

"Fatwa" yang pertama ni amat-amat saya setujui, sedikit tambahan bagi perkara pertama iaitu sebarang bentuk kenyataan mestilah bersifat kenyataan "bersama" dan melalui perbincangan antara ke 3-3 parti komponen Pakatan Rakyat.saya amat yakin bahawa UMNO/BN akan memainkan pelbagai isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan juga keagamaan didalam usaha mereka untuk mempertahankan kerusi "minyak" Kuala Terengganu.

DAP akan diserang dengan isu "melayu", PKR akan diserang dengan isu "negara Islam" dan PAS pula akan menjadi buah catur utama iaitu "Queen".tak mustahil UMNO/BN akan menimbulkan pelbagai isu sensitif untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP dan juga PAS dengan PKR.

Cara serangannya amat mudah, untuk DAP akan diutarakan isu penubuhan negara Islam dan pandangan DAP tentang negara Islam impian PAS.PAS sudah pasti akan mempertahankan cita-cita mereka manakala DAP kalau diambil kenyataan dari Lim Kit Siang, sudah pasti akan menimbulkan masalah.

Media perdana akan memainkan peranan melaga-lagakan ke 2-2 parti diatas.saya percaya media perdana tidak akan sekali-kali mengambil kenyataan dari Lim Guan Eng kerana kita sedia maklum akan sikap keterbukaan Lim terhadap pemerintahan Islam manakala jika diambil dari kenyataan "orang lama" DAP, mereka agak kurang faham tentang Islam dan kenyataan mereka semestinya satu masalah.

Untuk itu PAS perlu bermuzakarah dengan DAP mulai dari sekarang untuk mencari penyelesaian bersama dalam isu tersebut.jika diteliti, isu tersebut sebenarnya amat tidak relevan untuk diutarakan dalam PRK KT tetapi kita perlu ingat, UMNO/BN amat-amat tersepit untuk mencari isu buat masa ini kerana parti "melayu" itu sendiri menghadapi masalah dalaman yang amat-amat parah.

Strategi UMNO/BN tidak akan berubah, kerana mereka tidak ada masa untuk melakukan "homework". UMNO/BN tidak pernah punya isu yang dapat meyakinkan pemilih jadi mereka hanya akan menggunakan strategi yang sama iaitu memecah belah.

Kenyataan dari Pakatan Rakyat juga perlu konsisten dan tidak berdolak-dalik.DAP dan PKR juga dicadangkan agar tidak mengeluarkan atau melayan sebarang provokasi dari pihak UMNO/BN dalam PRK KT.tanpa kenyataan-kenyataan dari ke 2-2 parti tersebut akan menggelapkan usaha provokasi murahan UMNO/BN.

Biarkan UMNO/BN menyalak dengan isu-isu murahan dan jentera-jentera PAS, PKR dan DAP hanya perlu mendekati pengundi-pengundi dan meyakinkan mereka mengapa mereka perlu memilih calon PAS sebagai wakil Parlimen Kuala Terengganu.

Pada bakal-bakal pengundi di Terengganu suka juga saya untuk mengingatkan anda bahawa tidak rugi untuk anda mengundi PAS dalam pilihanraya kecil ini kerana jika PAS menang, seluruh Terengganu masih berada dibawah kerajaan UMNO/BN (sepatutnya anda telah menjatuhkan mereka dalam PRU12 tempohari).

Memberi kemenangan kepada PAS bermakna anda menerima durian runtuh.UMNO/BN selepas ini pasti tidak akan sesekali meminggirkan Kuala Terengganu dari sebarang projek-projek yang menguntungkan rakyat Kuala Terengganu kerana mereka pasti akan cuba memenangi hati bakal-bakal pengundi dalam PRU13 nanti.

Menang PAS, anda juga yang akan menerima labanya, bayangkan 2 parti yang cuba memenangi hati pengundi untuk pilihanraya akan datang.petik jari, bantuan tiba. silap gaya, batuk sahaja pun dah dieskot ke hospital.

Fikir-fikirkan.

- akan bersambung di bahagian ke 2.

6 comments:

  1. hahaha,..satu komen bersifat sehala dan hya layak dibakul sampahkan,..

    Pertamanya,..yg tersepit bukannya UMNO/BN tapi PAS/PR,..krn kerusi milik UMNO,..UMNO pertahan,..PR menyerang,..bukan sebaliknya

    2. Siapa yg sebenarnya tiada isu?UMNO atau PAS,..hahaha,..bahlul betul,..kekecohan dlm PAS sgt parah,.kes mustafa ali lwn hj hadi masih belum reda,..kump endorgan juga berkuku di tganu. Selain itu isu 16 sept menyerlahkan kelemahan pas,..pas satu parti besar dan jauh lebih kuat,tapi membiarkan anwar sipeliwat yg menguasai semua,..hahahaha

    3.Tganu ditadbir oleh MP pilihan istana.Klu rakyat tganu menolak UMNO bermakna menolak pilihan sultan tganu/DYMM Agung.

    4. Deris Jusuh dan koncu sudah diketepikan di tganu

    5.Royalti minyak akan dikembalikan secara berperingkat ke tganu

    6. Pilihan rakyat terengganu jelas, parti yg sedang bercakaran tidak layat diberi tambahan walau satu kerusi pun.

    Akhirnya Mat Sabu simulut lancang,org pertama yg beri gelaran AL-JUBURI pd DSAI,serta menuduh Tun Mahathir menonton video lucah bersama cucu,. hya mampu menyalahkan Tuk Mun,.

    ReplyDelete
  2. ralat,..MB bukan MP

    ReplyDelete
  3. hai cik anon,

    siapakah anda untuk komen artikel orang lain? pakar bahasa?

    Mari vote,

    Siapa calon pilihan anda untuk PRK P36 K.Terengganu ?

    ReplyDelete
  4. tapi awas.... kali ni msjid mana pulak nk buat upacara sumpah-sumpah... masjid kristal ka... masjid mana.....

    ReplyDelete
  5. minta laluan,..

    saya terjumpa satu blog yg menarik,.

    rahsialelakimelayu@blogspot.com

    mgkin hya kpada yg memerlukan

    ReplyDelete
  6. sorry silap url

    rahsialelakimelayu.blogspot.com

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?