Wednesday, December 17, 2008

Hadir Program PKR: Giliran Bekas ADUN Paya Jaras Pula - malaysiakini

Lepas Zaid Ibrahim dipecat setelah menghadiri program PKR, kini sampai giliran bekas ADUN Paya Jaras Sulaiman Samad pula bakal dikenakan tindakan yang sama dengan Zaid Ibrahim.

Bekas ADUN Paya Jaras dan juga beberapa Ketua UMNO Cawangan disahkan hadir pada majlis penyerahan borang ahli Parti KeADILan Rakyat di Sungai Buloh semalam.

Tambah menyakitkan hati puaka-puaka UMNO/BN ialah bilamana bekas ADUN Paya Jaras itu bukan setakat menghadirkan diri dalam program PKR semalam malah beliau juga turut menyampaikan ucapan kepada para hadirin yang hadir.

"Tindakan mereka sememangnya tidak menghormati parti dan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk memecat keahlian sekiranya terbukti mereka dengan sengaja menghadiri majlis PKR pada malam itu. saya sedang menyiasat perkara ini dan apa yang berlaku amat memalukan UMNO" kata Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor.

Untuk Ketua UMNO Bahagian Subang, hang tak payah susah-susah nak siasat betoi ke tak cerita tu... gambar dekat atas tu bukti bahawa Datuk Sulaiman Samad memang hadir dan juga menyampaikan ucapan dalam majlis tu...

Apa lagi? pecat la kalau berani..! jangan dok sembang je... aku rasa tak sampai bukan mac tahun depan, ahli UMNO cuma tinggal tak sampai 100,000 orang je... yang juta-juta tu semua nak kene pecat sebab "demokrasi"...

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah... mampuih cepat-cepat UMNO/BN wey..!

6 comments:

  1. gambar ni tak beberapa clear la.lagi satu gambar bertudung tu siapa yang ada kat backdrop tu?Nurul Izzah ke?.ke gambar artis?sbb ada artis jugak yang pernah hadir buat persembahan di majlis anjuran PKR.

    ReplyDelete
  2. Apahal dengan bekas ADUN UMNO ni? Saja ja cari pasai, pi hadir majlis PKR pasai apa? Saja ja nak cabar Biro Disiplin UMNO. Elok dipecat ja talam dua muka macam ni. Nak biaq dok dalam UMNO pun buat menyemak ja. UMNO tak perlukan orang macam bekas ADUN ni...

    ReplyDelete
  3. Mankanan - rakyat pun dah tak perlukan UMNO/BN dahhhhhhhhhhhh...

    hahahahaha

    ReplyDelete
  4. TP.... sikit lagi mankanan tuko jadi mankiri plak kene turnover hang!

    ReplyDelete
  5. kakikiriBN - tu pun dh bebelah bagi dh tuu... tunggu masa je nak tukaq penimbang...

    ReplyDelete
  6. Dah kalau sampai buat perangai macam tu, macam mana tak kena pecat? Melampau sangat, tu pun dah nampak dah nak menghala ke mana orang tu bila buat macam tu. Kasi buang je lah.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?