Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.
Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.
Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.
Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter - dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter - sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.
-malaysiakini
seposen lagiih......!!!!!!!
ReplyDeletedah terlalu lama UMNO-BN memperbodohkan rakyat...
masa naik minyak kata harga global tinggi, kerajaan tak boleh tahan bayar subsidi yg tinggi compare harga ngan negara jiran Thai/Sing...
janji akan tetap mengekalkan subsidi minimum RM0.30 walaupun harga minyak melambong...
janji akan mengapongkan harga minyak menikut harga pasaran... skarang harga global di bawah 50 dollar setong kenapa tk ikut harga semasa?????? kenapa tak compare ngan Thai/sing...
petronas telah membuat pengakuan yg mereka mengunakan menyak mentah 2nd grade untuk memproses petrol bagi pasaran Malaysia sabagai langkah penjimatan... tapi kita membayar harga petrol 1st grade?????
petrol yg dibekalkan kepada nelayan & pengangkutan awam adalah asalnya pada harga bersubsidi... tapi adakah pada harga sekarang kita masih menikmati subsidi tersebut?????
siapa yg bodoh & diperbodohkan sekarang ini??????
mengungguli carta terbodoh antara yang terbodoh di Malaysia ialah penyokong2 UMNO/BN dan jugak ahli-ahli UMNO dan parti komponen BN.
ReplyDelete10 sen pun duit juga beb. Bersyukurlah dengan nikmat yang ada walaupun sedikit. Insya Allah berkat...
ReplyDelete