Harga runcit petrol RON97 kekal RM1.90 seliter jika harga minyak mentah dunia tidak melebihi AS$83 setong, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.
"Kementerian sedang merumuskan mekanisme untuk mengekalkan harga RON97 pada kadar RM1.90 seliter sekarang dan saya boleh beri jaminan yang tiada kenaikan jika harga minyak mentah dunia turun di bawah US$83 setong," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen penurunan harga pasaraya Econsave Cash and Carry di sini.
Kempen itu melibatkan 2,120 produk dan akan berlangsung sehingga 28 Feb tahun depan di semua 20 cawangan pasaraya syarikat itu di seluruh negara.
Shahrir berkata permintaan bagi petrol kini dipacu oleh keadaan domestik dan kementerian akan mencari jalan untuk membantu pengguna untuk mempunyai pendapatan yang boleh dibelanjakan.
"Isu sebenar di sini ialah apakah harga yang sepatutnya supaya pengguna mempunyai lebih banyak wang untuk berbelanja dan menyimpan dan berapa banyak yang perlu diperuntukkan untuk pembangunan kerajaan dan tujuan lain," katanya dan menurutnya kerajaan sedang dalam proses mendidik pengguna mengenai rasional disebalik penurunan harga petrol baru-baru ini.
Katanya mekanise yang dicadangkan untuk menentukan harga minyak akan dikemukakan ke Kabinet dalam mesyuarat esok atau minggu depan.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?