Kira-kira 25,000 pekebun kecil kelapa sawit di negeri ini terdedah kepada risiko dikategorikan sebagai golongan miskin apabila hanya mampu meraih pendapatan RM400 sebulan seorang akibat kejatuhan harga komoditi itu.
Pengerusi Jemaah Pengarah Peladang Johor, Mohd. Yusof Mohd. Salleh berkata, harga kelapa sawit yang sebelum ini pernah mencecah hingga RM740 setan kini merudum kepada kira-kira RM200 setan sejak Oktober lalu.
“Sebelum ini, pekebun kecil memperoleh pendapatan antara RM600 hingga RM1,000 sebulan namun kini mereka hanya dapat antara RM300 hingga RM400 sebulan.
“Ini dengan jelas boleh menyebabkan peladang kelapa sawit dikategorikan sebagai fakir miskin kerana pendapatan mereka berada di bawah garis kemiskinan yang ditetapkan kerajaan,” katanya kepada wartawan di sini hari ini.
The right way is not windfall tax when prices are good and no PO cess and other kind of funny named 'taxes'. Just normal income tax will do. Let the industry sort out it's biz risk.
ReplyDeleteI m more concerned of govt's revenue when palm oil prices drop. Taxpayers will have to suffer more in view of bigger than expected budget deficit.
Harga pasaran dunia jatuh. Tapi apa pasal harga pasaran runcit minyak masak masih tahap tu juga. 5Kg minya RM 13 - RM 14.
ReplyDeleteDalam keadaan sekarang ini, ramai orang akan menghadapi kesukaran. Ini adalah kesan langsung daripada krisi ekonomi dunia.
ReplyDelete