Thursday, December 25, 2008

Hudud: PAS punyai cita-cita, Umno bagaimana? - malaysiakini

Email dari W.M.SAYUTIE W.MAHMOOD.

Tahniah terlebih dahulu diucapkan kepada Dato' Husam Musa kerana tetap berpegang kepada prinsip PAS untuk melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat atau PAS memerintah negara ini.

Di dalam wacana politik di antara Husam dan Khairi Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Umno yang telah diadakan di Kelantan baru-baru ini memperjelaskan kepada kita semua siapakah yang sebenarnya tidak mahu kepada hudud.

Bukan masalah DAP, MCA atau MIC, bahkan juga bukan masalah Non-Muslim yang tidak menyokong hudud ini, masalahnya Parti Umno yang kononnya memperjuangkan Melayu dan Islam turut menolak hukum Allah ini.

Media perdana menjadikan isu hudud ini sebagai senjata untuk menyerang PAS terutamanya. Dalil yang diambil oleh UMNO bagi menghalang cita-cita PAS bagi melaksanakan hukum hudud ini adalah dipetik dari kenyataan pemimpin dari DAP.

Baru-baru ini juga MIC turut menolak hukum tersebut. Mengapa penolakan tentang hukum hudud ini oleh pemimpin-pemimpin yang terdiri dari Non-Muslim yang tidak beriman dengan Allah dan Rasul ini diambil oleh Umno serta diperbesarkan di dalam media? Tidak lain tidak bukan, Umno juga mempunyai hati dan perasaan sama seperti pemimpin-pemimpin tersebut walaupun pemimpin Umno mengaku berugama Islam dan beriman dengan Al-Quran.

Mengapa tidak diambil dalil untuk menolak hudud ini dari Ulama-ulama Kerajaan, Mufti-mufti atau sesiapa sahaja yang mengetahui tentang perundangan Islam? Mengapa mesti pemimpin DAP, MCA atau MIC? Saya merasakan kenyataan Husam adalah lojik, praktikal dan bijaksana apabila menyatakan bahawa perlaksanaan hukum hudud akan ditangguhkan sehingga teman-teman dari Pakatan Rakyat benar-benar memahami apakah itu hudud.

Penangguhan tidak bermakna dibatalkan terus, sepertimana juga Dato' Najib mengumumkan penswastaan IJN ditangguhkan, ia tidak bermakna IJN tidak diswastakan. Ini memberi maksud bahawa Kerajaan tetap mempunyai niat untuk menswastakan IJN, cuma ianya ditangguhkan mungkin atas sebab menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak berapa lama lagi.

Begitulah juga apa yang diperkatakan oleh Husam. PAS tetap mempunyai niat atau cita-cita untuk melaksanakan hudud, cuma jika Pakatan Rakyat berkuasa perlaksanaannya tidak secara serta merta. Nawaitu yang ada pada PAS itu amat terpuji berbeza dengan Umno. Kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno sejak berpuluh tahun, usahkan hendak melaksanakan hukum hudud bahkan Umno sedikit pun tiada cita-cita atau komitmen ke arah itu.

Benarkah PAS menggadaikan prinsip kepada DAP seperti yang dihangat diperkatakan oleh media dan pemimpin Umno? Apa prinsip PAS yang telah digadaikan? Bukankah PAS masih komited untuk melaksanakan hukum hudud dan sepanjang masa PAS berusaha ke arah itu? Sepanjang PAS berdakwah dan berpolitik untuk menegakkan Islam di negara ini, musuh yang terang dan nyata menentang usaha PAS ini bukan DAP, MCA atau MIC tetapi sebaliknya Umno.

Penentangan hukum hudud oleh pemimpin DAP, MCA ataupun MIC amat mudah difahami kerana kita tidak boleh mengharapkan Non-Muslim menyokong usaha kita bagi menegakkan Islam. Umno tidak pernah ingin bekerjasama dengan PAS untuk merealisasikan hukum Allah tersebut, bahkan cita-cita Kerajaan Negeri Kelantan dan suatu ketika dahulu Terengganu di bawah PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan Qisas dibantah oleh kerajaan Umno/BN.

Kenyataan Najib baru-baru ini yang mengatakan mengapa PAS tidak melaksanakan hudud di negeri-negeri bawah pemerintahannya memperlihatkan Najib bukan seorang pemimpin yang bijak dan amat malang sekali beliau bakal menjadi Perdana Menteri kita. Terdapat sedikit kebijaksanaan kenyataan Dato' Zahid Hamidi yang memberi kenyataan bahawa hukum hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya PAS atau Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Pusat. Mungkin Dato' Zahid terlupa bahawa sudah berpuluh tahun Umno/BN menjadi Kerajaan Pusat, tetapi Perlembagaan 'Lord Reid' juga dijadikan kitab perundangannya.

Kenyataan dari pimpinan KeADILan khususnya berkaitan isu ini adalah bijaksana dan berhemah. Tidak seorang pun pimpinan KeADILan yang menolak secara total prinsip dan cita-cita PAS tersebut, sebaliknya mereka mahukan perbincangan lanjut terus diadakan oleh PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Kenyataan Menteri Besar Selangor yang menyerahkan kepada pimpinan PAS untuk memberi kefahaman yang jelas berkaitan hudud ini kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain haruslah dipuji. Terlalu jauh bezanya dengan Umno dalam aspek pendekatan untuk mendaulatkan Islam di negara ini.

Umno langsung tidak bersuara samada di dalam kerajaan dan parti mereka sendiri berkaitan hukum ini, melainkan hanya bersuara dalam soal ini senada dengan suara-suara mereka yang bukan berugama Islam.Amat malang sekali, umat Islam yang paling seronok apabila ada yang menentang hukum hudud ini adalah terdiri dari umat Islam yang menjadi pemimpin UMNO. Mereka begitu sensitif apabila melihat kepala babi digantung, tetapi sedikit pun tidak sensitif apabila hukum hudud diperlekehkan.

4 comments:

  1. 51 tahun UMNO memerintah Malaysia,apa sumbangan parti itu ke arah menegakkan syiar Islam?

    Di negeri majoriti Melayu beragama Islam seperti Kelantan dan Terengganu,UMNO gagal tutup pusat perjudian dan kawal penjualan arak.PAS sebaik sahaja memerintah Kelantan dan Terengganu terus tutup pusat judi serta halang penjualan arak secara terbuka dan kepada umat Islam.

    Jika di negeri majoriti Melayu da beragama Islam UMNO ggal tegakkan syiar Islam,bagaimana pula dengan negeri yang majoriti bukan Melayu seperti Pulau Pinang,negeri kelahiran PM kita.

    Isu ramai melayu murtad yang dibangkitkan mufti perakpun gagal diselesaikan UMNO.....apa lagi yang boleh kita harapkan daripada UMNO

    Kasino terbesar di Asia Tenggara yang didirikan di Genting Highland,Pahang ggal dihalang UMNO sedangkan Pahang sebuah negeri majoriti Melayu beragama Islam.Bukti UMNO pura-pura dan jual Melayu untuk kaya-raya.

    ReplyDelete
  2. Topeng perak,
    Apabila Umno langsung tidak bersuara berkaitan hukum ini bermakna mereka tidak faham apa itu hukum Hudud. Cakap tak serupa bikin. Sama seperti Tun Dr. Mahathir, memperlecehkan hukum itu dikhalayak ramai.

    Tapi bila ditanya apa itu hudud, dia sendiri tidak tahu dan tidak faham sama seperti orang DAP, MCA dan MIC. Tak faham tapi berlagak bijak.

    Kalau ahli UMNO berfikiran jaguh dalam agama dan berani keluarkan isu Hudud sebagai kempen merendah-rendahkan kewibawaan PAS dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu nanti....,

    Kita sama sama lihat apa yang akan dijawab oleh orang Kuala Terengganu nanti...!

    ReplyDelete
  3. Sekurang2nya UMNo tak berlakon dengan konon2nya akan melaksanakan hukum hudud macam yang PAS buat. PAS ni bercakap je pandai, tapi dari segi perlaksanaannya nampak macam takda masa depan je. Dah tahu nak laksanakan hukum hudud, yang pergi duduk bawah ketiak orang2 yang terang2 menentang hukum tu dalam Pakatan buat apa? Apa maksudnya tu?

    ReplyDelete
  4. lerisik rakyat,
    lu pon sama macam Mic@Mca,dia org ni buta hati satu hal kerna nyatala ketika ini dia org kafir.Penentangannya menyerlahkan kekafirannya.Tapi macam hang atau Ameno janganlah terikut ikut rentak si kafir.Kalau dah paham Hudud patutnya perjelaskan pada meka supaya meka dapat memahaminya,itulah tanggong jawab si Islam sehingga betapa indahnya Islam tidak seperti pandangan yang ada pada hari ini. Berbaik baik dengan pehak yang hangpa kata tu ada satu strategi permuafakatan yang dinamik utk menjana masa hadapan yang menjamin kesejahteraan yang lebih sempurna dan dapat diterima semua termasuk hang Bn@Ameno.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?