Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu meminta pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung hasrat PAS untuk memperkenal hukum Hudud (Kanun Jenayah Syariah) di negara ini.
Katanya, Anwar, yang penasihat PKR, tidak sepatutnya berdiam diri dengan isu itu kerana kegagalannya menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan undang-undang itu boleh menimbulkan bantahan daripada masyarakat India di negara ini, lapor Bernama.
Katanya kini sudah timbul protes secara senyap di kalangan masyarakat India sejak Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata PAS tidak pernah melupakan matlamat mereka bagi melaksanakan undang-undang Hudud di negara ini.
"Anwar sepatutnya menjelaskan pendiriannya dan parti yang diwakilinya, terutama kepada bukan Islam yang menyokong pembangkang agar mereka dapat menilai dan membuat keputusan sama ada untuk terus menyokong pembangkang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Samy Vellu berkata, dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, ramai kaum India yang membawa bendera PAS tetapi "adakah ini cara PAS dan parti pembangkang yang lain menghargai mereka".
Dengan perkembangan terbaru sekarang, kata Samy Vellu, Anwar sepatutnya memberi penjelasan berhubung isu itu kerana jika tidak ia akan membuktikan bahawa Anwar dan pembangkang hanya mempermain-mainkan orang ramai.
Anwar tengah tersepit sekarang.mesti dia akan cuba sedaya upaya untuk lari dari isu ni sebab kalau dia silap cakap nanti mungkin PAS atau DAP atau dua-dua sekali nanti merajuk.hahaha.
ReplyDeleteAnwar owh Anwar!where are you?.main nyorok-nyorok plak Anwar ni.takkan tak bole bagi kenyataan kot pasal isu ni.hehe.Anwar kan diibarat hero oleh penyokong-penyokong dia.hehe.
ReplyDeleteApa Anwar nak kata? Diluah mati bapa, ditelan mati emak... Biar padan muka Anwar. Beliau yang pandai sangat 'menyatukan' PAS, PKR dan DAP, sekarang bila ada percanggahan yang besar macam ni, beliau buat bodoh je... Inikah sikap pemimpin yang kononnya hebat untuk memerintah negara? Chit poorah!!!...
ReplyDeleteDah terbukti betapa baculnya Anwar yang dikatakan hebat sangat tu. Dalam isu Hudud, beliau boleh berdiam diri membiarkan PAS dan DAP bercanggah dan berselisih. Pemimpin apa macam tu? Kononnya hebat sangat nak tumbangkan kerajaan sekarang. Kononnya Pakatan Rakyat hebat dan boleh memerintah Malaysia. Blah lah Anwar... Cakap berapi je lebih tapi hampeh!!!
ReplyDelete