Sunday, December 07, 2008

Jemaah Haji Malaysia Solat Hajat Elak Tanah Runtuh - malaysiakini

Jemaah haji Malaysia yang berada di sini untuk ibadah wukuf melakukan solat hajat awal pagi ini memohon agar tanah runtuh seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa pada Sabtu lepas tidak akan berulang dan di situ dan di tempat lain di seluruh negara.

Mereka juga memohon agar mangsa-mangsa yang belum ditemui segera diselamatkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"InsyaAllah doa jemaah haji Malaysia dimakbulkan," katanya kepada pasukan media Tabung Haji terdiri dari wartawan Malaysia di sini.

Beliau berharap seluruh umat Islam di Malaysia memohon agar negara selamat daripada bencana alam.

Ahmad Zahid, yang melawat beberapa Maktab Haji Malaysia di sini dan beramah mesra dengan para jemaah, berkata berpuashati dengan kebajikan jemaah termasuk mereka yang dikendalikan oleh syarikat haji swasta yang dilesenkan oleh Tabung Haji.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?