Friday, December 19, 2008

Jimat RM760 ribu baiki kereta api Bkt Bendera

Berkat kerjasama penduduk Bukit Bendera, profesional dan NGO, kerajaan Pulau Pinang berjaya menyelenggara kereta api dalam masa yang singkat dengan penjimatan sebanyak RM760,000.

Beberapa syarikat yang menawarkan untuk membaiki kabel itu - yang rosak mulai 2006 dan operasinya diberhentikan sejak beberapa bulan lepas - bersedia menyiapkannya dalam masa enam bulan dengan harga antara RM920,000 hingga RM1.463 juta.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, dengan kabel buat Jerman untuk menarik gerabak-gerabak yang mendapat kelulusan piawaian Sirim, kerajaan negeri memperbaikinya dalam masa dua bulan.

Kerosakan kabel satu daripada daya tarikan pelancong utama di pulau itu terpaksa dibaiki sendiri oleh kerajaan negeri, katanya lagi, setelah peruntukan RM40 juta yang dijanjikan kerajaan persekutuan tidak diterima.

-malaysiakini

2 comments:

  1. Jika perbelanjaan membaiki kabel dalam lingkungan RM920,000 hingga RM1.463 juta, kenapa masa memohon peruntukan, jumlah yang banyak dipohon sehingga RM40 juta? Patutlah permohonan peruntukan tak lulus. Jauh bezanya dengan kos sebenar..

    ReplyDelete
  2. Ye2 je diorang tu kata jimat itu lah jimat inilah. Nak tunjuk hebat lah tu, semua pun nak bising nak cerita dekat orang. Pigi dah..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?