Sunday, December 07, 2008

Kedutaan Indonesia Kesal Tidak Dimaklum Rakyatnya Mati Dalam Tragedi Tanah Runtuh - malaysiakini

Kedutaan Indonesia di sini kesal kerana pihak berkuasa negara ini gagal memaklumkan mengenai kematian seorang rakyatnya dalam tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, di sini.

Dua pegawai kedutaan iaitu Pegawai Khas Diplomatik Amiruddin Pandjaitan dan Setiausaha Ketiga (Bahagian Kaunselor) Herry Laksono mendakwa mereka mendapat maklumat ada warga Indonesia terbabit dalam kejadian itu melalui laporan media tempatan.

Kedua-dua pegawai itu tiba di Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur, kira-kira 11 malam ini untuk menuntut mayat Surinah, seorang wanita Indonesia berusia dalam lingkungan 30an.

Sebelum ini, polis berkata wanita tersebut, yang bekerja di salah sebuah rumah di kawasan itu, mati tertimbus akibat kejadian itu dan mayatnya dikeluarkan pada pukul 7.45 malam.

Amiruddin memberitahu pemberita di hospital berkenaan bahawa pihaknya cuba mendapat pengesahan daripada polis dan media tempatan tetapi tidak dilayan.

Bagaimanapun, mereka gagal menuntut mayat tersebut apabila dokumen menyatakan bahawa mayat tersebut belum dikenalpasti.

"Kami akan datang semula Ahad untuk menuntut jenazah dan akan cuba menghubungi majikannya bagi mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?