Saturday, December 13, 2008

Kenaikan Besar Lesen Pasar Malam RM288 - malaysiakini

Dec.10 dalam malaysiakini tajuk berita Kenaikan besar lesen pasar malam RM288.
  • Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menafikan kenaikan mendadak harga lesen pasar malam dan pasar pagi kepada RM288 setahun yang akan berkuatkuasa 1 Januari ini membebankan 5,000 peniaga kecil.
  • Timbalan yang dipertuanya Jamri Basni berkata, harga lesen terbaru itu – daripada RM22 setahun – bertujuan menyeragamkan pengurusan hampir 12,000 petak perniagaan dalam kawasan Selayang dan Rawang.
  • Amalan selama ini yang turut melibatkan pengelola setempat – termasuk Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan BN – lebih membebankan penjaja, tambahnya.
  • "(Amalan) sekarang, hendak dapat tapak pun kena banyar antara RM200 hingga RM2,000," katanya.
  • Selepas mendapat tapak daripada pengelola, peniaga membayar lesen perniagaan kepada MPS, selain caj kutipan sampah dan kawalan lalu lintas antara RM2 hingga RM10 yang ditetapkan pengelola.
  • Mulai tahun depan, MPS mentadbir secara langsung aktiviti perniagaan kecil ini tanpa pembabitan pengelola.
  • Menurut notis pemberitahuan yang diedarkan hujung bulan lepas, peniaga yang berminat dikehendaki membuat permohonan baru kepada MPS dan diberi pilihan membuat bayaran penuh setahun atau setiap enam bulan.
  • Jasni menambah, peniaga pasar malam juga dikenakan bayaran RM10 untuk setiap penjaja dan pembantu untuk memproses kad pengenalan diri.
  • "Bayaran ini termasuk semua, tidak perlu lagi buat bayaran lain," katanya, sambil menambah, kadar baru ini telus dan seragam untuk semua peniaga.
  • Jasni turut menafikan kenaikan harga lesen pasar malam dan pasar pagi itu untuk menampung kenaikan elaun ahli majlisnya, juga berkuatkuasa tahun depan.
  • Setiap ahli majlis MPS dilaporkan akan menerima elaun bulanan sehingga RM2,500 sebulan, kenaikan besar daripada RM750, bagi menampung bayaran pejabat dan gaji kakitangan.
Masa aku baca berita ni aku tak komen apa-apa pasal aku tak dapat maklumat jelas pasal isu ni. ada sahabat yang panjangkan isu ni dalam yahoogroups dan hasilnya dapat berbagai respon dan antara respon-respon yang aku anggap menarik dan jugak penuh penjelasan yang munasabah untuk diterima akal (walaupun bukan jawapan rasmi) dan aku kongsi dekat sini untuk bacaan dan pengetahuan sekelian korang...

Jawapan Dari Dato' Mustafa Kamal Mohd Zaini.
  • Wsalam~
  • Di dalam group ni ada macam-macam jenis orang. Antaranya adalah Ahli Majlis Perbandaran... :-). Saya adalah salah seorang darinya.
  • Bab nak menaikkan sewa ni bukan perkara yang popular, tetapi kadang-kadang perlu. Bukan nak cover RM 2,500 gaji Ahli Majlis. FYI bagi orang yang mentohmah itu, first of all saya minta awak ucap astargfirullah. Mulut jangan lepas cakap aje,ok. Dulu kami dibayar RM 500, lepas itu dinaikkan RM 750. Dengar khabar(baru khabar, ok) nak dinaikkan RM2,500... itupun melalui group ni saya tahu. Tugas kami sebagai Ahli Majlis ni sebenarnya berat. Selain legislatif, kami juga expected untuk buat kerja-kerja eksekutif seperti memantau kawasan dan sebagainya. Baru semalam saya dipanggil oleh penduduk untuk meninjau kawasan berbukit yang dibangunkan tanpa kawalan yang baik. Dari segi habuan kewangan, minta maaflah kawan-kawan. Sekarang ni, duit minyak pun tak lepas. Tapi kami nak jadi Ahli Majlis ni bukan nak buat duit, tapi nak serve masyarakat. Namun, biarlah imbuhannya reasonable dan jika reasonable barulah setiap Ahli Majlis dapat berfungsi dengan baik. Ahli Majlis sebelum PR dulu, depa tak kesah sangat dengan imbuhan-imbuhan ni, sebab banyak yang kaya-kaya dan adalah desas-desus (saya tak nak confirm sebab until ada pertuduhan formal baru saya confirm) mereka banyak pasang syarikat di PBT. Saya sebagai Ahli Majlis bukan aje susah nak berniaga, polisi kerajaan PR Ahli Majlis tidak dibenarkan berada di dalam Tender Board. Dulu.... mereka boleh.
  • Saya ingin bertanya, sudikah anda pembayar cukai menjadi sponsor orang-orang yang berniaga? At current rates, mana-mana PBT pun setahu saya (especially Kajang) banyak rates yang memang murah dan under priced. Hasilnya PBT terpaksa sponsor pebisnes-pebisnes. I don't think this is right. Harga sewa... mesti reasonable. Hasil PBT perlu beri servis kepada ratepayers, bukan memberi subsidi kepada pebisnes-pebisnes sahaja.
  • Bagi PPR pula, saya juga setuju tidak perlu dinaikkan. Munkin ada rasional mereka nak menaikkannya ,tetapi kita boleh berhujjah tak ada masalah. Kita cari penyelesaian terbaik. Bagi saya perlu satu mekanisma yang lebih ketat, contohnya, setiap tahun penghuni mesti membuat filing income tax (samada layak kena tax atau tidak) sebagai bukti mereka miskin. Sebabnya income tax ni adalah seperti kenyataan bersumpah, anda tak boleh tipu. Jika tipu salah di sisi undang-undang. Jika mereka sudah menaikkan taraf hidup mereka dan mereka sudah exceed certain benchmark, mereka haruslah berpindah dan beri peluang lain kepada yang lebih memerlukan. Budaya kita ni tidak gitu kan? kat perumahan kos rendah pun ada BMW, dan kereta-kerata hebat. Bila suruh pindah, lawan sana lawan sini. Nak duduk PPR forever and ever, tapi duit loaded.
  • Kat Kedah tu, Allahu A'lam. Saya juga tidak setuju balak ditebang. Tetapi setahu saya ianya hanya 'political gambit'. Sebabnya kerajaan pusat seperti biasa akan menarik balik segala macamperuntukan kepada negeri Kedah sebab ianya kerajaan PR sekarang. Kerajaan Kedah beri ultimatum, jika tidak diberi hak2nya dia akan tebang balak tersebut. Memanglah nampak simple aje gitu, tetapi saya yakin tak semudah itu depa nak tebang. Allahu A'lam, itu hal negeri saya tak tahu sangat. Bab PBT, bolehlah sikit-sikit.
Wassalam~. Ini pengamatan rambang saya.

Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini
(hp: +60192149345)
President, AKSI CEPAT TANGGAP (ACT) MALAYSIA
Ahli Majlis Perbandaran Kajang
www.actmalaysia.org

jadi harap semuanya jelas...

Jangan lupa baca artikel [ini] dan [ini].

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?