Monday, December 22, 2008

Ketua Umno Pokok Sena digantung keahlian dua tahun - malaysiakini

Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin adalah antara dua ahli Umno bahagian itu yang digantung keahlian selama dua tahun berkuatkuasa 17 Disember lalu.

Ahmad didapati bersalah melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu iaitu kesalahan di bawah di bawah Fasal 20.8 (B) dan (C) Perlembagaan Umno yang dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam sidang medianya di ibu pejabat Umno, Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang ahli Wanitanya turut digantung keahlian selama tiga tahun atas kesalahan membuat aduan palsu berhubung politik wang, kesalahan di bawah Perkara 5.4 dibaca bersama Perkara 10.2 Tataetika Ahli Umno.

Tengku Ahmad Rithauddeen, seramai tiga ahli Umno didapati bersalah melanggar tataetika parti dan telah diberi amaran dalam perbicaraan yang berlangsung pada 17 Disember lalu itu.

"Mereka adalah bekas Ketua Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahamad Kuris Mohd Nor kerana mengadakan blog untuk tujuan berkempen bagi jawatan Ketua Bahagian,manakala dua lagi adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Batu, Abdul Kadir Abdul Karim dan Remlah Abd Rahman kerana menjadi ejen bagi mengadakan majlis makan untuk calon yang bertanding dalam mesyuarat cawangan," katanya.

Sementara itu katanya, 13 lagi ahli didapati tidak bersalah dalam perbicaraan itu. Mereka adalah Amir Hassan, Ammar Hassan dan Zoinuddin Yom dari bahagian Arau; Shahanim Mohd Yusoff dan Shaharumi Mohd Yusoff dari bahagian Sungai Petani; Hanapi Daing Dalisang dan Mohd Zahrin Hashim dari bahagian Rasah; dan Abd Lateh Mohd Saman, Mohmad Khir Budin, Abdul Rahman Md Zain, Hashim Md Lazim, Ahmad Lateh dan Zainol Ramli dari bahagian Padang Terap.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, sehingga hari ini, seramai 23 orang telah didapati bersalah melanggar tata etika Umno manakala 26 lagi tidak bersalah.

"Sementara itu, satu kes lagi masih belum diputuskan kerana ia tertangguh berikutan saksi tidak dapat hadir.

"Selain itu, seramai 50 tertuduh telah dipanggil untuk tunjuk sebab kepada tribunal Lembaga Disiplin," katanya.

Tengku Ahmad Rithauddeen, sebanyak 224 daripada 865 aduan telah disiasat oleh panel penyiasatan Lembaga Disiplin Umno sejak awal tahun ini.

"Sementara itu, sebanyak 93 aduan masih belum dimulakan siasatan, 82 memerlukan dokumen tambahan iaitu Borang A dan 133 tiada tindakan lanjut.

"Selain itu, sebanyak 177 aduan aduan adalah bukan di bawah Lembaga Disiplin dan sebanyak 151 aduan lagi belum diputuskan sama ada untuk disiasat atau sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Tengku Ahmad Rithaudden berkata, mesyuarat pengurusan Umno minggu lalu telah meluluskan penambahan 11 ahli Lembaga Disiplin baru menjadikan jumlahnya kini seramai 25 orang.

Beliau berkata, penambahan itu adalah bagi memastikan aduan-aduan yang diterima dapat disiasat dan diambil tindakan dengan segera.

1 comment:

  1. Baguslah mereka2 ni diambil tindakan. Selagi tak kena, orang ni taknak sedar agaknya.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?