Friday, December 26, 2008

Khidmat LRT, Bas Dilanjutkan Sempena Tahun Baru

Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) akan melanjutkan masa perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas bagi beberapa stesen dan laluan bas terpilih pada Rabu ini sempena sambutan Tahun Baru 2009.

Dua aliran LRT yang terpilih ialah Aliran Kelana Jaya dimana masa perkhidmatan akan dilanjutkan sehingga 2.30 pagi membabitkan stesen Kelana Jaya, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek dan KLCC, kata RapidKL dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagi stesen Bangsar, Dang Wangi, Kampung Baru dan Ampang Park, masa perkhidmatan akan dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi dan stesen-stesen lain sehingga 12.45 tengah malam.

"Aliran Ampang melibatkan stesen Bandaraya, Masjid Jamek dan Hang Tuah akan dilanjutkan masa perkhidmatan sehingga 2.30 pagi dan 12.45 tengah malam bagi stesen lain," kata kenyataan itu.

Sementara itu, perkhidmatan bas RapidKL akan dilanjutkan dengan bas terakhir pada pukul 2 pagi melibatkan stesen Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Wangsa Maju, Taman Melati dan Gombak di Aliran Kelana Jaya.

Turut terlibat ialah stesen Ampang, Cempaka, Pandan Jaya, Maluri, Tasik Selatan, Ampang, Cempaka, Pandan Indah, Salak Selatan, Tasik Selatan dan Bukit Jalil di bawah Aliran Ampang.

"Stesen Setiawangsa dan Wangsa Maju pula akan dilanjutkan masa perkhidmatan bas sehingga pukul 12 tengah malam serta bagi stesen Tasik Selatan bas terakhir adalah pada pukul 1 pagi," katanya.

Untuk keterangan lanjut, para pengguna boleh melayari laman web www.rapidkl.com.my dan atau hubungi Helpline di talian 03-76256999.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?