Tuesday, December 23, 2008

Khir Toyo, Utusan disaman RM30 juta

Ahli parlimen DAP Teresa Kok menfailkan saman fitnah terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan akhbar Utusan Malaysia dengan jumlah RM30 juta berhubung isu azan.

Exco kanan kerajaan Selangor itu berbuat demikian di Mahkamah Tinggi Sivil di Jalan Duta, Kuala Lumpur tengah hari ini.

politik baru yb j newscut 241008Sebelum ini Teresa telah dua kali menyaman fitnah akhbar berpengaruh itu.

Pada 12 Disember lalu, beliau menfailkan saman terhadap penulis terkenal Datuk Chamil Wariya dan akhbar itu dengan jumlah RM30 juta berhubung penerbitan cerpen 'Politik Baru YB J', Oktober lepas.

Sementara pada 9 Oktober lepas, Teresa menyaman dengan jumlah yang sama terhadap harian itu dan kolumnisnya Mohd Zaini Hassan.

Teresa mendakwa dua defendan itu telah memfitnahnya dalam 'Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang disiarkan 10 September lalu - dua hari sebelum wakil rakyat itu ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama seminggu.

-malaysiakini

7 comments:

  1. Laa...Hidup lagi ke Teresa Kok ni? Ada lagi suara beliau... Ingatkan dah senyap dah... Tu nak glamor lagilah tu... Nak cari publisiti lagilah tu... Takde kerja lain...

    ReplyDelete
  2. Utusan,Khir dan Teresa - ketiga-tiga ni salah sebenarnya dalam hal ini.

    Utusan pergi siarkan cerpen tu apahal.mestila lah Teresa Kok tu terasa.bila dah terasa dia ambil la peluang nak saman.

    pasal Khir pulak aku rasa Khir yang mula keluarkan pasal isu azan ni.aku tak pasti sangat la.

    Teresa ni pulak kalau tak mampu nak handle celaan dan makian,tak payahlah nak jadi ahli politik.ada ahli politik lain yang kena lagi teruk tapi masih boleh maintain cool.nampak sangat berat sebelah.

    ReplyDelete
  3. entah apa-apa teresa ni.ingat lagi masa dia kata yang makanan dalam tahanan ISA lebih baik dari makanan anjing.lepas tu memang kecohlah sekejap sebab dia kata macam tu.lepas tu terus dia macam takut dan ubah sikit kenyataan dia.

    dulu masa kes yang perempuan kena bogel dalam tahanan pun dia juga yang bising.dia bising kata itu perempuan dari China.tapi siasat rupanya itu perempuan Melayu.terus senyap dia lepas tu.

    ReplyDelete
  4. Kalau utusan dah buat fitnah, apalagi teresa buat duitlah....

    Diharapkan utusan teruskan buat fitnah, dapatlah orang lain buat duit....

    Peringatan untuk Topeng perak, jangan ikut rentak utusan, jangan buat fitnah dalam blog.! nanti tak ada duit nak bayar saman malu...

    ReplyDelete
  5. korang ni mcm tak pandai nk paham2 aper itu politik....kalau aku jd dia apa lagi saman lah.....kita ni je org melayu yg masih duk bangga dgn kekuatan ketuanan dan kemElayuan 13mei ....(nasib baik ader askar melayu...hehe)aper pun melayu sekarang tak macam dulu...duk kedai mamak dan lepak shopping komplek....

    ReplyDelete
  6. Teresa Kok dah takde duit nak pi shopping la tu. Tu yang dia nak saman Khir Toyo dan Utusan sampai RM 30 juta. Banyak tuh! Boleh buat beberapa ladang ba-alif-ba-ya...

    ReplyDelete
  7. Pompuan ni memang kecoh. Daripada dulu sampai sekarang ada je benda yang dia nak jadikan modal untuk dia bising2..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?