Setelah dua laporan polis dibuat oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Pemuda UMNO Kota Melaka semalam terhadap penulis blog yang menghina Nabi Muhammad SAW, hari ini Gerakan Belia 4B Malaysia membuat laporan yang sama.
Laporan dibuat oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi gerakan itu, Hasan Abd. Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin kira-kira pukul 11 pagi.
Ketibaan Hasan disertai lebih 30 anggota Belia 4B negeri dan cawangan Parlimen Jasin.
Menurut Hasan, laporan polis tersebut mendesak pihak berkuasa terutama polis supaya mengambil tindakan segera mengheret individu terlibat ke mahkamah untuk dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.
''Belia 4B juga meminta semua 3,800 cawangan gerakan ini di seluruh negara agar membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan dan bertindak,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis mengenai perkara tersebut di pekarangan IPD Jasin di sini hari ini.
JAIM membuat laporan polis pertama berhubung perkara itu di Balai Polis Bukit Baru diikuti Pemuda UMNO Kota Melaka di Balai Polis Melaka Tengah, semalam.
Kalau nak tangkaplah ,baik dia penulis blog mana mana. jgn cakap blogs palsu. Ini bila org umno buat blog hina Nabi. BLOG PALSU ??? Tapi
ReplyDeleteorg awan dah tadi nak masok. Org umno siasat dulu tunggu najip.
_____________________________________
Jgn bodoh buat kerja.
Takut turun pangkat tapi gaji tetap sama hukum orde baru. caya tak