Friday, December 12, 2008

Lima Individu Gagal Dapat Kebenaran Cabar Keputusan Suruhanjaya 'Kes Video Lingam'

Lima individu yang dikaitkan dengan kontroversi "klip video Lingam" gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kejadian itu.

Hakim Datuk Abdul Kadir Musa bersetuju dengan bantahan awal oleh Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi, yang mewakili suruhanjaya itu, bahawa keputusan suruhanjaya itu tidak boleh dikaji semula kerana ia bukannya satu keputusan yang tertakluk kepada Arahan 53 Peraturan 2 (4) Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi.

Panel lima anggota suruhanjaya itu mendapati klip video yang menunjukkan seorang peguam, Datuk V.K.Lingam, sedang bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu terdiri daripada Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan seorang lagi bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin, kerana salah laku.

Kecuali Dr Mahathir, yang lain telah mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan bagi membatalkan keputusan suruhanjaya itu.

2 comments:

  1. Alhamdulillah kalau betul keputusannya ini biarpun begitu lama semua RAKYAT yg mahu melihat KEADILAN menanti keputusan ini dgn penuh gelisah.Bagi saya,kes ini adalah yg paling penting atas apa kepincangan yg berlaku dinegara kita yg tercinta ini.Bila sistem kehakiman telah di beli oleh pihak yg ZALIM & GILA KUASA,maka kita yg inginkan KEADILAN yg sebenar-benarnya terpaksa menempuh segala rintangan yg teramat-amat sukar.Insyaallah,KEBENARAN akan terserlah akhirnya....

    ReplyDelete
  2. Topeng perak,
    Orang yang bernama Lingam, Ahmad Fairuz, Vincent Tan, Adnan Mansor, Mahathir Mohamad, dan Mohd Eusoff Chin, walaupun sudah didapati terbabit salah laku tapi belum tentu dia mereka ni dikenakan tindakan undang-undang. Mereka pasti akan tersenyum lagi...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?