Tuesday, December 23, 2008

Mahfuz menang RM120,000 saman Utusan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

mahfuz omarMahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah terhadap plaintif yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.

Plaintif mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat.

Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.

Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.

-malaysiakini

5 comments:

  1. Apabila Utusan Melayu Bhd kena bayar RM120,000 kepada Mahfuz Omar menunjukkan bahawa akhbar pro kerajaan ini adalah akhbar menipu rakyat.

    Oleh kerana itu orang Terengganu mesti berwaspada mengenai apa saja berita yang keluar dari utusan melayu, mereka yang berkerja dalam utusan melayu sebenarnya sedang berusaha bersungguh-sungguh memfitnah pemimpin PAS/PKR/DAP agar anda percaya dan tidak menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu nanti.....

    ReplyDelete
  2. aku tengok ni pada sudut lain pulak.aku tengok institusi kehakiman kita tidaklah sekorup seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang.contoh macam dalam kes ini.pembangkang yang menang menentang Utusan Malaysia.

    tapi macammana la pulak kalau Utusan Malaysia pulak yang menang?mesti wakil PAS tersebut mungkin tak puas hati.hehe.

    ReplyDelete
  3. aku sokong kata-kata #####(apa punya nama daaaaa).selalu pembangkang kata yang institusi kehakiman kita tak boleh diharap,korup dan macam-macam lagi tuduhan kurang enak.tapi pernah ke mereka ambil tahu tentang kes yang pembangkang menang dan kes yang tahanan ISA menang?yang selalu mereka nampak ialah kes yang mereka kalah.

    ReplyDelete
  4. Memang institusi kehakiman kita bagus, pihak pembangkang boleh menang kes, itu cerita hari ini, tapi sebelum ini bagaimana institusi kehakiman kita zaman Tun Mahathir dulu..? Elok ke..? Kalau mahathir dah benci ko orang, jadilah macam anuar ibrahim...

    Ko orang nak hakim zaman mahathir ke atau hakim zaman sekarang..?

    Selepas bulan march 09 ko orang tengok hakim zaman najib pulak. Macam mana...lebih baik dari zaman sekarang atau lebih hebat zaman tun mahathir.

    Ko orang yang beri komen diatas, pernah dibicarakan dalam mahkamah..? Kalau tak pernah ko orang jangan jadi anjing korap menyalak bukit.

    ReplyDelete
  5. Kalau dah jenis nak carik salah je, semua benda pon tak betul. Bagi macam mana pon tak betul semua salah je. Kan, kan..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?