Saturday, December 13, 2008

Menyesatkankah Puisi Ini? - malaysiakini

Puisi Karamah Melayu ni aku cilok dari blog 13 Mei: Dari Kacamata Melayu. saje aku cilok & pamer dekat sini sebab bulu roma aku meremang bila baca puisi ni.

Tapi jangan silap beb... meremang bukan sebab "terkesima" dengan bait-bait puisi ni, tapi aku rasa terkesima bila bacaan aku sampai dekat ayat-ayat yang aku bold kaler merah tu.

Rasa macam terpesong sikitlah pemahaman penulis ni... aku nak terangkan pun aku tak berapa pandai dalam bab agama tapi yang jelas bagi aku, aqidah boleh terpesong dengan bait-bait puisi macam ni.

Pandangan orang lain aku tak tau, tapi pada pandangan aku kalau budak-budak baca puisi ni, memang boleh lari akidah.

Hangpa baca part yang aku blot kaler merah tu lepaih tu hangpa cuba komen ikut pengetahuan hangpa. sama-sama kita tambah ilmu agama.

Bangsa Melayu pernah kuat,
Buka tanah guna tulang empat kerat,
Masih sempat berbini empat,
Tongkat Ali jamu khasiat.

Bangsa Melayu pernah digentar,
Ular, harimau ditepuk tampar,
Kerisnya bisa, silatnya gempar,
Amuk Melayu, bumi bergegar.

Orang Melayu pernah gagah,
Berkaki ayam, hutan diredah,
Pernah cuba diganyang penjajah,
Melayu mengamuk, jihad sabilillah!!

Bangsa Melayu pernah berdaulat,
Terbilang merata, kesultanannya hebat,
Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
Dengan kudrat semua dihambat!!

Bangsa Melayu bangsa keramat, Nabi (saw) pernah beri amanat,
Buat dakwah, nun di bumi berekat,
Di akhir masa, ramai wali hebat.

Bangsa Melayu bangsa hikmat,
Sejarah Melayu tertera riwayat,
Nabi (saw) pernah beri alamat,
Raja Melaka mendapat hidayat.


Bangsa Melayu tak makan saman,
Agama dijunjung zaman-berzaman,
Wali Melayu penuh kehebatan,
Karamah, barakah, jadi pakaian.

Bangsa Melayu penuh daulah,
Halusi sahaja kisah sejarah,
‘Wa’ad’ Melayu jangan disanggah, Sanggah wa’ad, mendapat ‘tulah’.

Tanah Melayu pernah berekat,
Raja dan rakyat sentiasa muafakat,
Alim-ulamak mendapat tempat,
Bumi bertuah, terbilang sejagat.

Bumi Melayu pernah berekat,
Tempat tumpuan ulamak sejagat,
Madrasah & pondok merata tempat,
Menjana insan unggul dan hikmat.

Tanah Melayu intinya hebat,
Bumi zuriat Nabi, itulah kudrat,
Kesultanan Melayu hampir padat,
Pancaran Nabi (saw), penuh keramat.

Bumi Melayu pernah terbilang,
Sejarah rajanya penuh gemilang,
Turunan penjajah, entah mana menghilang,
Turunan Raja Melaka, tetap ditatang.

Melayu pernah berilmu dan berbudaya,
Beribu manuskripnya tersimpan merata,
Dikaji selidik sarjana sedunia,
Kalau sangsi, tanyalah Arkib Negara.

Bangsa Melayu halus seninya,
Hayati warisan persuratannya,
Syair seloka sungguh indahnya,
Pertukangan, sulaman, tiada taranya.

Berkurun Melayu junjung agama,
Adat dijaga bersama-sama,
Bangsa Melayu harum namanya,
Rahmat Allah dimana jua.

Bangsa Melayu usah alpa,
Warisan bangsa bukan sehari dua,
Pusaka Melayu enam kurun lamanya,
Menyimpan sejarah nenek moyang kita.

Orang Melayu usah goyah,
Propaganda bohong supaya kita melatah,
Ungkapan ‘Melayu lemah’ semata tohmah,
Strategi musuh menebar fitnah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Namun dicemar Inggeris keparat,
Propaganda bohong itulah hakikat,
Namun Melayu termasuk jerat.

Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bangsa Melayu sebenarnya berdaulat,
Silap Melayu membuang adat,
Silap rajanya membuang muafakat.

Bukan baru musibah Melayu,
Telah bermula sekurun nan lalu,
Serangan musuhnya bertalu-talu,
Sehingga bangsa menjadi terkedu.

Melayu mula ditimpa musibah,
Pabila Inggeris datang menjajah,
Adat dibuang, agama disanggah,
Akhirnya Melayu, mendapat ‘tulah’.

Sekian lama Melayu jadi sasaran,
Sejarah, jatidirinya jadi serangan,
Musuh luar dan musuh dalaman,
Mungkinkah tersirat suatu ramalan?

Melayu kini resah gelisah,
Namun jelas hakikat sejarah,
Mungkinkah tersirat, sebalik musibah,
Melayu pencetus kebangkitan ummah?

Ingatlah pesanan junjungan Rasulullah (saw),
Panji hitam dari timur, bumi karamah,
Bangsa Melayu usah menyerah,
Cari kekuatan dari sejarah.

Sejarah Melayu sebenarnya hebat,
Jatidiri Melayu sebenarnya kuat,
Bumi ahlul-bait itulah kudrat,
Umarak ulamak kuncinya terletak!

Laksamana Hang Tuah gagah orangnya,
Berguru, bertarikat, berisi dirinya,
Jangan perlekeh riwayat firasatnya
‘Takkan Melayu hilang didunia’!

7 comments:

  1. Topeng Perak,
    Aku amat tertarik dengan artikel kali ini. Tentang bangsa melayu. Cantik bunyi bahasanya dan mempunyai maksud yang dalam.

    Bangsa Melayu bangsa keramat, Nabi (saw) pernah beri amanat Buat dakwah, nun di bumi berekat,
    Di akhir masa, ramai wali hebat.

    (Mengikut fahaman aku), Maksudnya adalah Nabi ada bercerita pada kaumnya iaitu ada satu bangsa tapi tidak menyebut bangsa apa bahawa mereka itu menerima dan mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap agama islam. Bangsa itu juga melahirkan ramai alim ulamak.

    Bangsa Melayu bangsa hikmat,
    Sejarah Melayu tertera riwayat,

    Maksudnya bangsa melayu asalnya adalah lanun yang bersikap ganas, zalim, kejam dan suka berperang namun kerana agama islam kelakuan yang buruk bertukar menjadi lemah lembut, bersopan dan ikhlas.

    Nabi (saw) pernah beri alamat,
    Raja Melaka mendapat hidayat.

    Maksudnya Nabi telah memberi pesan pada khalifahnya supaya mengembangkan agama islam kepada siapa saja dan dimana saja mereka sampai.

    Yang selebihnya bagi peluang pada kawan yang lain untuk diterjemahkan.

    Walau bagaiman pun mengikut fahaman aku maksud dalam artikel ini tidak menjadkan melayu itu melampaui sempadan agama.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Mengikut hukum, Rasulullah tidak boleh diheret ke dalam apa jua kecuali ada rawinya.
    Baginda juga tidak boleh dilibatkan dengan sesuatu yang samar, seperti puisi ini.
    Rasulullah tidak boleh dilibatkan dengan hal-hal asabiyah, kerana baginda sendiri menolak asabiyah qurasy. Baginda bukan simbol sesuatu bangsa, sekalipun bangsa arab. Kerana baginda adalah uswah insaniyah.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. Salam Pengasas a.k.a Tuan W***B.

    terima kasih atas komen... ramai yang tak faham & sesuka hati mengaitkam Junjungan kita Rasulullah s.a.w dlm setiap perbuatan konon untuk menampakkan bahawa "aku Islamik".

    Harap dapat tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Perisik,

    Kah..Kah...Kah... Semua penjajah kena halau? buta sejarahkah... berapa ratus tahun dijajah Portugis, Belanda dan Inggeris?

    Amanat Nabi... Nabi Melayu tu kot?

    Ulama diangkat... berapa ramai Ulamak yang ISA dari selepas merdeka?

    Ibrahim Libya mati kena patuk ular ke?

    akhir kata..... ummm. melalut pencipta sajak ni. Apa komen Tuan Perisik?

    ReplyDelete
  5. Salam mountdweller - penjajah kene halau tu cuma kenyataan penagih candu, dadah & gam. kenyataannya penjajah bukan kene halau tapi kita yang tunduk pada penjajah dengan menerima perlembagaan ciptaan penjajah sebagai syarat untuk kemerdekaan kita. secara tak sedar, kita masih dijajah lagi. betulkan aku kalau salah.

    Amanat Nabi pulak pada pengetahuan aku disampaikan kepada seluruh umat Rasulullah s.a.w didunia ni tak kira bangsa atau agama tetapi secara amnya untuk umat Islam.

    Rasulullah s.a.w diturunkan untuk membimbing seluruh umat manusia dan bukannya untuk satu-satu bangsa. bukankah kita semua bersaudara?

    "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

    Ulama di Malaysia di"angkat" yang tu kenyataan yang tak boleh ditolak.

    Di"angkat" untuk menjatuhkan mereka. contoh paling mudah... Allahyarham Dato' Ishak Baharom.

    Beliau di"angkat" ditempat tertinggi sebagai mufti supaya senang KERAjaan monitor dan "baca" pegangannya.

    Bila dah nampak pegangan Dato' Ishak Baharom tak sehaluan dengan KERAjaan, maka dijatuhkan tanpa belas akal kasihan.

    Angkat tinggi-tinggi supaya senang "pantau" untuk dijatuhkan.

    Lagi satu Ulamak Malaysia di"angkat" dengan cerita-cerita tahyul untuk menjatuhkannya... contoh paling senang - Ustaz Harun Din...

    Di"angkat" dengan cerita tahyul konon Ustaz Harun Din pengamal ajaran pelik@kurafat sebab Ustaz Harun Din tidak sehaluan dengan KERAjaan.

    Ibrahim Libya pulak kalau tak silap aku dalam matapelajaran buku sejarah sekolah rendah dulu dia habaq Ibrahim Libya mati sebab kene tembak sebab bawak ajaran komunis dalam kampung.

    Ajaran komunis bagi KERAjaan masa tu ialah ajaran Islam.

    Pencipta sajak ni kemungkinan besar ialah seorang pendatang yang baru dapat kad pengenalan kaler biru.

    tu pasai fakta sejarah fail F9.

    kah kah kah kah...

    ReplyDelete
  6. Memang sudahmemahami bahasa puisi. Bagi orang tak mahu berfikir panjang mereka akan membuat keputusan berdasarkan fikiran yang cetek. Oleh itu kepada mereka yang ingin memberikan komen kena berhati-hari kerana komen itu akan menggambarkan fikiran anda.
    Melayu memang bangsa yang penuh dengan bahasa kiasan kerana mereka tidak begitu suka menyakitkan hati orang lain

    ReplyDelete
  7. Bangsa Melayu pernah berdaulat,
    Terbilang merata, kesultanannya hebat,
    Tujuh bangsa penjajah cuba menempat,
    Dengan kudrat semua dihambat!!

    Bagi pihak yang mempersendakan melayu tak dihalau. Baca bahagian pembukanya ... "Bangsa Melayu pernah berdaulat".

    Yang bab menyebut nabi dikait seolah justifikasi rasa kena faham betul2:

    Bangsa Melayu bangsa keramat,
    Nabi (saw) pernah beri amanat,
    Buat dakwah, nun di bumi berekat,
    Di akhir masa, ramai wali hebat.

    Bangsa Melayu bangsa hikmat,
    Sejarah Melayu tertera riwayat,
    Nabi (saw) pernah beri alamat,
    Raja Melaka mendapat hidayat.

    Para pertama adakah tidak betul nabi beri amanat ... Buat dakwah, nun di bumi berekat, Di akhir masa, ramai wali hebat. (Mungkin bab wali ni tak usah yg hanya syariat bincang. Tak ada openghabisan nanti)

    Bagi para kedua, tak akan tak betul Nabi (saw) beri alamat iaitu wahyunya. Raja Melaka mendapat hidayat iaitu terbuka hati untuk hatinya menerima wahyu.

    Blogger perisik harus belajar melihat menjangkaui dan jangan dari kesempitan ilmu yg sedikit.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?