Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim memalukan dirinya sendiri apabila menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ke-5 di Stadium Melawati, kelmarin.
Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, cubaan Zaid melonjakkan imejnya, seolah-olah bagi mencari 'tempat' dalam pembangkang hanya mencemarkan namanya sendiri.
Malah beliau percaya, Zaid memang mengharapkan parti memecatnya daripada bertindak keluar parti dengan tindak-tanduknya selama ini agar beliau kelihatan hebat.
"Ia adalah amat tidak patut bagi Zaid sebagai ahli UMNO, bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu dan menteri berbuat demikian.
"Saya yakin dia tahu tindakannya itu salah lebih-lebih lagi dia sendiri seorang peguam dan sebagai seorang yang terpelajar dia perlu malu dengan perbuatannya itu," katanya.
TP - Fatmi? Zahid perlu malu dengan perbuatannya? hadir majlis pembangkang nak malu? Fatmi oi... dekat Kota Bharu, hang tu PEMBANGKANG!
Dekat Selangor pun hang tu PEMBANGKANG jugak!... jadi kalau dah hang tu pembangkang, tak payah la nak menyisih diri sampai majlis parti komponen kerajaan negeri pun hang tak boleh datang...
Muafakat kejadahnya macam tu Fatmi oi? oit Fatmi... ni nak tanya sikit... berapa hang bayaq dekat Dato' Kamaruddin supaya belot dekat Zaid? berapa hang bayaq dekat cawangan-cawangan UMNO Kota Bharu masa mesyuarat baru ni?
Dengar cerita banyak ya? berapa? 2 ratus sorang? 3 ratus sorang? a? 5 ratus sorang?
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?