Pusat Penyelidikan Tanah Runtuh Negara (Nasec) Universiti Teknologi Mara (UiTM) kesal kerana amaran awal pihaknya mengenai kemungkinan berlaku tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang tidak diendahkan.
Pengarahnya, Profesor Dr. Roslan Zainal Abidin berkata, pihaknya sebelum ini pernah melaporkan bahawa hujan sekurang-kurang tiga hari berturut-turut serta ketibaan musim peralihan monsun akan menjadi antara penyumbang utama risiko tanah runtuh di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, berdasarkan kajian ke atas sampel tanah berhampiran pangsapuri Highland Towers dan Bukit Antarabangsa yang pernah runtuh sebelum ini, para penyelidik mendapati berlaku pergerakan air bawah tanah di kedua-dua kawasan itu selepas hujan turun selama tiga hari berturut-turut.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?