Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, dekat sini, dihentikan buat sementara sejak awal pagi ini berikutan pergerakan kuat dikesan berlaku di lereng bukit dan kawasan tanah runtuh pagi ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.
"Ini adalah demi keselamatan anggota pasukan penyelamat. Ini turut melibatkan kerja-kerja pembinaan jambatan sementara," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Khalid berkata operasi SAR itu akan disambung semula setelah mendapat kebenaran Institut Kementerian Kerja Raya Malaysia (Ikram).
"Keputusan sama ada operasi ini dapat diteruskan atau tidak akan diperolehi pada bila-bila masa," katanya.
Katanya bilangan anggota terlibat dalam operasi SAR itu dikekalkan bagi mengelakkan kesesakan.
Dilaporkan kira-kira 500 anggota pasukan keselamatan iaitu polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di kawasan kejadian bagi membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan.
Empat orang terkorban manakala seorang lagi dikhuatiri masih terperangkap setelah 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Sabtu.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?