Tuesday, December 23, 2008

Othman Omar ketua baru PKNS

Othman Omar, seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta, dilantik sebagai pengurus besar baru Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - menamatkan isu kontroversi berhubung jawatan tersebut.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan itu yang berkuatkuasa mulai 1 Februari depan dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Jawatan itu kosong susulan persaraan Datuk Harun Salim akhir Oktober lalu.

Susulan kekosongan itu, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan timbalan pengurus korporat dan akaun PKNS Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar perbadanan tersebut - yang kemudiannya mencetuskan bantahan meluas ahli-ahli politik Melayu, termasuk PAS.

Menteri besar asalnya merancang mengekalkan Low selama setahun sehingga pengganti yang sesuai untuk memimpin PKNS ditemui.

Bagaimanapun kontroversi pelantikan Low dipercayai mendorong Abdul Khalid menyegerakan penggantian Harun selepas menjalankan temuduga mencari calon sesuai sebulan mulai November.

2 comments:

  1. Akhirnya Khalid Ibrahim dengar juga ketidakpuashatian orang ramai terhadap pemilihan Madam Low. Kelam kabut cari pengganti...

    ReplyDelete
  2. Haa, baru dia takut sekarang, menggelabah cari pengganti. Orang dah banyak tak puas hati dengan dia baru nak dengar cakap orang. Masa baru2 naik dulu besar kepala sangat, macam hebat sangat ikut kepala sendiri. Baru tahu langit tinggi ke rendah.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?