PAS akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengulangi janji parti itu setelah dicabar oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan oleh pemimpin PAS selepas pilihan raya umum Mac lalu.
"Kita akan buat," katanya pada wacana perdana bertajuk "Transformasi Politik Malaysia" di Balai Islam di sini, Sabtu malam.
Selain Husam dan Khairy, anggota panel wacana itu termasuk Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari dan dipengerusikan pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff .
Husam bagaimanapun menegaskan tugas untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak seharusnya dipikul oleh parti PAS sahaja kerana tanggungjawab itu harus dipikul oleh semua orang Islam terutamanya pemimpin.
Dr Abdul Aziz pula berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika kerajaan negeri tidak mampu melaksanakannya.
"Kerana undang-undang jenayah itu terletak di dalam bidang kuasa kerajaan pusat dan bukan di dalam bidang kuasa kerajaan negeri.
"Jika kerajaan negeri Kelantan tidak mampu melaksanakan hudud maka kerajaan pusat harus melaksanakannya," katanya.
Topeng perak,
ReplyDeleteKita ingin mengucapkan syabas kepada Datuk Husam Musa kerana menunjukkan kematangan nya ketika berhujah dan berbahas dengan Khairy Jamaluddin pada wacana perdana bertajuk "Transformasi Politik Malaysia".
Kita juga berharap agar ramai lagi pemimpin dikalangan Pakatan Rakyat tampil kehadapan dan bersedia untuk berhujah dan berbahas dengan siapa saja tanpa rasa gentar dan dayus.
TAKBIR 3X....
ReplyDelete............av..............
orang-orang PAS BODOH! kena tipu lagi! PAS dah masuk dalam pakatan rakyat yang perjuangkan ketuanan rakyat lah bukan ketuanan islam. apa itu ketuanan rakyat?? perjuangan ketuanan rakyat adalah berlawanan dengan ketuanan melayu iaitu nak hapuskan atau ratakan 4 perkara dalam perlembagaan iaitu islam agama rasmi, istemewa melayu, raja melayu dan bahasa melayu di mana perjuangan ini sama dengan perjuangan DAP. kalau 4 perkara nie diratakan termasuk lah dengan islam agama rasmi macam mana nak buat hudud??? bodoh!!! orang-orang PAS bodoh kena tipu lagi!!! PAS macam yahudi!! kejap kerajaan islam lepas tu kerajaan kebajikan lepas tu ketuanan rakyat dan sekarang hudud pulak. kenapa tak buat hudud kat kelantan, kenapa nak tunggu sampai dapat kerajaan persekutuan??? kenapa??? kata pakatan rakyat nak ambil alih kerajaan pusat 16 september lepas tu tukar pulak sebelum raya korban, mana dia??? penipu!!! YAHUDI!!!! satu dunia kena tipu oleh pakatan rakyat tapi yang paling bodoh adalah orang-orang PAS!!!!!! sebab banyak kali kena tipu!!!! orang-orang PAS tertipu lagi!!!!
ReplyDeleteKu baca komen Anon 6.10pm ni lawak pun ada. Sapa yang BODOH, aku rasa mamat/minah ni Banggang agaknya.
ReplyDeleteDah jelas tulis dalam posting tu berkenaan undang2 nak buat hukum hudud, lagi dia nak pertikaikan.
Ni sah mamat/minah umno totok yang buta hati... sendiri membodohkan diri sendiri... kha..kha..kha..
Gelakkan dia beramai-ramai... mangkuk punya manusia.
hahaha...ceteknya pemikiran ko jang...
ReplyDeletebaru habis spm ke?? :-P
Untuk perhatian semua pengkomen-pengkomen kecuali anon 6:10pm...
ReplyDeleteanon 6:10pm tu tak sekolah... SPM jauh sekali la... korang tengok cara taipan dia pun dah cukup... x de perenggan, tak de mukaddimah, tak de isi... kosong semata-mata...
anggap la itu sekadar luahan hati seorang anak muda yang keciciran pembelajaran...
keciciran sebab kurang pandai menggunakan akal... mungkin otaknya dok dalam kepala lutut...
kesiaaaaaannn...
buat sekian kalinya,.PAS masuk perangkap lagi,.
ReplyDeletesgt jelas rakan dlm pakatan menentang hudud,.
Tiada masalah jika PAS nak teruskan untuk laksanakan Hudud dan Qisas. Tapi bagaimana nak laksanakannya sedangkan dah nyata bahawa DAP, parti yang bersekongkol, tak redha dengan PAS jika ingin memerintah. Sampai ada yang cabar PAS dengan kata-kata 'langkah dulu mayat mereka jika mahu memerintah'... Jadi bagaimana caranya PAS nak laksanakan hukum Hudud dan Qisas sedangkan mereka masih bekerjasama dengan DAP...
ReplyDeleteLim Kit Siang dah bagitau yang hudud tiada dalam manifesto PR.jadi itu dah kira salah satu halangan untuk melaksanakan hukum hudud.
ReplyDeletesebenarnya hukum hudud pasti tidak akan dapat dilaksanakan di Malaysia sebab kita dah selesa dengan undang-undang sekarang.kalau hendak diteruskan juga semestinya akan ada banyak halangan.PAS hanya memainkan isu hudud ini untuk mendapat undian terutamanya kaum Melayu.PAS susah nak berkuasa secara total jika tiada sokongan dari kaum Melayu dan bukan Melayu.
sebelum ini kerajaan pusat ada beri kebenaran untuk dilaksanakan hudud di Kelatan tapi tak nak pulak mereka mahu melaksanakannya atas alasan hudud hanya terkandung dalam manifesto yang lama.pelik.sekarang untuk persiapan kempen pilihanraya kecil di KT di hujahkan semula isu hudud ini.taktik untuk mendapat sokongan.
ReplyDeleteLihatlah ramainya orang jahil.Soalan TGNA mudah je " apa pasal hukum hudud tidak boleh dijalankan untuk orang muslim? sila beri alasan..." Orang DAP yg muslim kenalah yang bukan muslim ape nak kecoh.Takut potong tangan jagn curi, takut kena sebat 100x dikhalayak ramai jgn zina.Hukum hudud ni hukum tuhan yg punya bukan ahmad albab yg punya......
ReplyDeleteDah cakap nanti, kalau sampai masa jangan banyak berdalih pulak. Dalam keadaan sekarang mereka bersekongkol dengan DAP semua tu mesti akan ada masalah jugak.
ReplyDelete