Thursday, December 04, 2008

Pasir Johor hendak diangkut ke mana? - malaysiakini

Memula kasi lepas Singapura...

Lepaih tu kasi kecik lagi Johor...

Lepaih tu kasi lagi sikit dekat Singapura...

Lepaih tu pakai sedekah teruih la dekat Singapura...

Apa ada hal? "win win situation"...

Kewujudan tiga kawah besar yang setiap satu berkeluasan kira-kira 12 hektar di Teluk Ramunia, 80 kilometer dari sini menimbulkan kebimbangan dan keresahan di kalangan penduduk setempat.

Kawah yang mencapai kedalaman 15 tingkat bangunan itu adalah kesan daripada kegiatan mengorek tiga buah bukit yang terletak kira-kira 650 meter dari pantai Teluk Ramunia, antaranya bagi mendapatkan batu granit.

Apa yang menjadi kegusaran kira-kira 10,000 penduduk di sekitar Teluk Ramunia, Punggai, Kampung Datuk Abdul Ghani Othman, Sungai Rengit dan beberapa kawasan berhampiran ialah tiada usaha pemulihan dilakukan oleh syarikat perlombongan berkenaan.

Tinjauan wartawan ke kawasan itu mendapati para penduduk bimbang kegiatan tersebut boleh mengundang pelbagai bencana seperti ditenggalami air akibat ketiadaan penahan sama ada apabila berlaku hujan lebat dan ombak besar.

3 comments:

  1. Bila lagi orang johor ni nak sedar ye? Ni tahap tanah dah nak tergadai ni...Aduhhhhhh

    ReplyDelete
  2. ka,ka,ka,ka

    johorean dr dulu sampai hari ini, asyik kena kona dengan s'pore...dulu isu air, skrg isu tanah lepas ni bila dah tak ada apa...lacurkan body plaklah...anak cucu korang nak hidup camna nanti...bertindaklah sekrg...batalkan permit..pejabat tanah dok tido, mcm paklah

    ada org2 besar semua tak bleh harap..asyik nk besarkan perut aje..

    shahrir, s hamid, tok ghani, musa cukup2lah tido bangunlah sedarlah

    jgn sampai kena seranah 7 keturunan..stop all this nonsense..

    kepada mamat win2 situation tolong do something kita bukan tak der telur punya kaki..kalau ada kuasa pergunakan sepenuhnya..supya senang nak jawab kat padang mashyar nanti

    ReplyDelete
  3. Aku rasa Menteri Besar Johor ni penyamun sama macam MB Pahang. Jual apa yang boleh dijual.., janji boleh dapat duit banyak.

    Tapi bagus juga kalau pemimpin UMNO Johor jual pasir pada Singapore, biarkan sempit selat Johor tu. Batu putih dah bagi free. Lepas tu jual Sultan Johor kat Lee Kuan Yuew. Jual secara lelong macam cerita Tiga Abdul....

    Orang Johor! Kamu semuanya anggok-anggok, geleng-geleng, setuju-setuju, tiada bantahan, yea..yeas, sokong-sokong..jual pasir kat singapore...orang johor bijak !!!

    Kita nak tengok bangsa melayu diJohor bangkit.....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?