"Saya tidak ingat apa- apa, cuma saya terasa stereng bas itu berat sangat," kata pemandu bas ekspres Super Nice Grassland yang terlibat dalam nahas mengorbankan 10 penumpang di Kilometer 146.5 di antara Pagoh dan Tangkak dekat sini, awal pagi ini.
Menurut S. Segaran, 38, kemalangan kira-kira pukul 2 pagi itu berlaku begitu pantas sehinggakan dia tidak dapat mengingati secara terperinci kejadian tersebut.
Dia yang cedera di kepala akibat kemalangan itu ditemui semasa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSFM).
Usaha mendapatkan keterangan lebih terperinci mengenai kemalangan itu daripada Segaran bagaimanapun terbantut apabila dihalang ibunya yang tidak mahu media mengganggu anaknya yang sedang menerima rawatan.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?