Monday, December 15, 2008

Penduduk setuju kenyataan Mohd. Zin

Jawatankuasa Bertindak Bukit Antarabangsa bersetuju dengan pandangan Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed yang mengatakan kejadian tanah runtuh di penempatan itu pada 6 Disember lalu adalah disebabkan oleh kecuaian manusia.

Pengerusinya, Datuk N. Muneandy berkata, Mohd. Zin merupakan individu yang paling tepat untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian berdasarkan portfolionya pada masa ini.

''Akhirnya, ada pihak yang menyokong pendirian kami bahawa runtuhan tanah di Bukit Antarabangsa bukan disebabkan oleh bencana alam," katanya kepada pemberita dekat sini hari ini.

Semalam, Mohd. Zin melahirkan rasa terkejutnya apabila mendapati terdapat air hujan yang bertakung di Taman Bukit Mewah yang dipercayainya menjadi punca pada kejadian tanah runtuh di situ 6 Disember lalu.

''Saya percaya kejadian ini berpunca daripada perbuatan manusia dan bukannya kejadian alam semula jadi," katanya.

1 comment:

  1. Memang tidak dinafikan kebanyakan tragedi yang dikatakan bencala alam itu sebenarnya berpunca daripada sikap manusia itu sendiri. Manusia terlalu rakus mengejar kemewahan sehingga sanggup membuat kerosakan di atas muka bumi. Bila dah jadi tragedi yang dahsyat macam tanah runtuh, barulah nak tuding jari salahkan orang itu dan orang ini.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?