Tuesday, December 30, 2008

Perbuatan biadap, kurang ajar - Mufti

Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H, Datuk Seri Harussani Zakaria menyifatkan perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW oleh satu laman blog tempatan baru-baru ini sebagai biadap dan kurang ajar.

Mufti Perak itu berkata, selama ini umat Islam tidak pernah membuat kenyataan yang menghina dan mengeji agama lain di negara ini.

''Walaupun orang Islam menganggap agama Islam adalah benar dan agama-agama lain tidak benar namun kita tidak pernah kata (ungkapkan) itu secara terbuka kepada penganut agama terbabit.

''Umat Islam amat menghormati agama-agama lain kerana itu adalah perintah daripada agama Islam sendiri dan berdosa kalau kita berbuat demikian," katanya.

1 comment:

  1. Sebenarnya...bila ada umat Islam pada nama...yang memandang lekeh, mempertikaikan, mengatakan tidak sesuai dgn peredaran zaman,bahkan ada yg menentang perlaksanaan hukum Tuhan spt hukum Hudud ...Maka sepatutnya disini yg kita kena terngadah..beri maklumat yg betul dan benar agar suatu perkara difahami...Hanya sedikit saja yg berfikir...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?