Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan bantuan anjing dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang hari ini. Kira-kira 500 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia berada di kawasan kejadian bagi membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan. - fotoBERNAMA LALUAN SEMENTARA... Kelihatan seorang ibu memimpin anaknya ketika meniti di atas paip besar untuk keluar dari lokasi tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang di sini, hari ini. Penduduk kawasan setempat buat masa kini terpaksa menggunakan paip besar sebagai laluan untuk menyeberang. Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus, menyebatkan beratus-ratus orang terperangkap di kawasan Bukit Antarabangsa. - fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA LOKASI tragedi tanah runtuh yang berlaku awal pagi semalam. Gambar ihsan PDRM ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat meneruskan operasi sepanjang malam tadi. - foto The Star oleh KEVIN TAN KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat lebih 30 jam, yang telah masuk hari kedua, masih berusaha mengesan seorang lagi mangsa yang disyaki terperangkap dalam timbunan tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa.
Mangsa itu dikesan berada dalam timbunan tanah runtuh pukul 11.30 pagi ini ketika polis mengesahkan tiada mangsa lagi terperangkap.
"Kerja-kerja dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Berdasarkan petanda unit pengesan bomba, operasi diteruskanm," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pada sidang media ketiga pukul 2.30 petang tadi.
Bagaimanapun menurut beliau, Ikram melaporkan bahawa masih ada pergerakan tanah dikesan.
Katanya, operasi berat dihentikan kerana tanah tidak stabil.
Beliau juga ada menerima laporan kehilangan set televisyen dari rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh.
-
mSTAR Online
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?