Petronas tidak pernah mengendalikan atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak bagi menganjur sebarang skim penebusan hadiah yang kini disebarkan dengan meluas menerusi kiriman e-mail.
Jabatan Komunikasi Korporat Petronas dalam kenyataanya berkata e-mail palsu mengenai 'Penebusan Hadiah Petronas' itu disebarkan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab.
Menurutnya e-mail palsu itu turut mengandungi butiran mengenai agen yang mendakwa boleh dihubungi untuk bantuan dan urusan pembayaran hadiah yang didakwa ditawarkan.
Petronas meminta penerima kiriman itu agar berwaspada terhadap e-mail palsu tersebut di samping meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengannya, dan menasihatkan supaya mereka jangan menghiraukan e-mail seumpama itu.
Peringatan ini turut merangkumi kesemua e-mail dan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) yang menggunakan nama Petronas dalam lain-lain skim penebusan hadiah, cabutan bertuah atau peraduan.
Petronas sudah berhubung dengan pihak berkuasa mengenai perkara tersebut.
sekarang ni dah banyak sangat scam atau penipuan.memang kena berhati-hati.saya sendiri pernah dapat sms kononnya dari Petronas walhal saya tahu Petronas tidak pernah ada promosi sedemikian.
ReplyDeletekena betul-betul berhati-hati dengan sebarang penipuan.jangan mudah percaya kalau ada terima sms atau email kata anda menang duit atau hadiah tapi perlu beri maklumat peribadi.it's ridiculous.saya pernah dapat email yang mengatakan saya mendapat tajaan berpuluh ribu dollar dari UN!gilaaa!.
ReplyDeletePerkara macam ni dah biasa terjadi. Dalam emel mahupun sms memang banyak yang macam ni. Semuanya hanyalah dusta semata-mata. Diharap orang ramai tidak mudah percaya dengan sebaran sms atau emel yang berbentuk seperti ini...
ReplyDelete