Thursday, December 18, 2008

PLUS Pantau Cerun Berisiko Dari Udara Dua Bulan Sekali

PLUS Expressways Bhd (Plus) akan mengadakan pemantauan dari udara setiap dua bulan terhadap 176 cerun berisiko yang dikenalpasti Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) di sepanjang lebuh raya kendaliannya.

Pengarah Urusan (Managing Director) Plus Noorizah Abdul Hamid berkata pemantauan dari helikopter itu akan dijalankan lebih kerap pada musim monsun.

Antara kawasan yang dianggap berisiko ialah Bukit Lanjan, Gua Tempurung dan Sungai Buloh, katanya.

"Setiap cerun akan diperiksa dan jika terdapat sebarang perubahan, pasukan khas akan segera dihantar untuk pemeriksaan lanjutan. Setiap pemeriksaan dibuat oleh para jurutera yang telah dilatih," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Loyalti PLUSMiles di Restoran Jejantas Sungai Buloh, dekat sini, Rabu.

Noorizah berkata buat masa kini, kesemua cerun terbabit pada masa ini berada dalam keadaan stabil.

Berhubung program loyalti PLUSMiles itu, Noorizah berkata pengguna lebuh raya PLUS dan ELITE yang menyertai program loyalti itu berpeluang menikmati rebat tol sebanyak lima peratus apabila berbelanja RM200 ke atas setiap bulan di kedua-dua lebuh raya tersebut mulai 1 Jan tahun depan.

Program PLUSMiles itu tidak terhad kepada tempoh-tempoh tertentu, katanya.

Orang ramai boleh mendaftar untuk menyertai program ini dengan melayari portal PLUSMiles di www.plusmiles.com.my atau mengunjungi mana-mana pusat khidmat pelanggan di lebuh raya PLUS dan ELITE bermula hari ini.

3 comments:

  1. Baguslah jika PLUS akan pantau cerun yang berisiko. Kalau dapat, dikerapkan lagi elok. Sebab kejadian tanah runtuh ni bukan boleh dijangka.

    ReplyDelete
  2. Nak bagi satu cadangan bleh...?

    Diminta agar PLUS lebih prihatin dengan hak pengguna lebuhraya... Apa guna kami bayar mahal utk guna LEBUHRAYA tapi berakhir dengan Q yg panjang dan traffic jam akibat kesesakan/penurapan jln/pembaikan dsbnya. Dicadangkan agar diberi diskaun 50% bagi setiap perjalanan yg mghadapi kesesakan LEBUHRAYA.

    Kita bayar untuk perjalanan yang selesa bukannya yg menyeksa....! Sapa setuju tolong bagi respon.
    Aku cadangkan pada TP, hang buat undi untuk bab ni jugak...!
    Dan juga masukkan kekerapan menteri yang bertanggungjawab memantau/menggunakan lebuhraya tanpa outrider semasa tempoh peak

    ReplyDelete
  3. wa setuju cadangan lu...tapi depa ni jenis tak tau diuntung...buktinya...???bagi diskaun pun ikut time maut punya....over 12 tengahmalam...!!!apa kejadahnya...!!!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?