Thursday, December 25, 2008

Program pengajian tiga IPTS disiasat - malaysiakini

Tiga buah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang didakwa menawarkan program pengajian yang tidak memenuhi piawaian Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sedang disiasat, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron.

Beliau berkata, kementerian tidak boleh bertindak melulu terhadap tiga IPTS tersebut, sebaliknya melakukan siasatan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

''Sebelum ini, beberapa kompaun, saman, denda dan penangguhan telah dikenakan ke atas 13 IPTS lain yang didapati tidak memenuhi piawaian MQA,'' katanya di sini semalam.

Beliau yang enggan mendedahkan IPTS terlibat berkata, antara prosedur siasatan ialah mendengar kenyataan daripada kedua-dua belah pihak iaitu pihak yang membuat laporan dan IPTS tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pihak kementerian tidak boleh mengambil tindakan drastik dengan menarik lesen IPTS terbabit kerana masih ada penuntut yang sedang mengikuti pengajian.

Idris berkata, IPTS tersebut akan diberi tempoh yang sesuai untuk memperbaiki program- program yang mereka tawarkan.

2 comments:

  1. sekarang ni ada banyak sangat IPTS.bukan nak kata semua IPTS ni tak bagus tapi ada tu macam tunggang-langgang.tak cukup lecturer la,sistem kacau bilau la.macam-macam hal lah katakan.yang jadi mangsa ialah student sampai bila ada dah grak rupa-rupanya sijil tak laku.buat penat je belajar.

    ReplyDelete
  2. memang ada IPTS yang tak boleh dipercayai tambah-tambah lagi yang kurang dikenali.entah-entah sijil dan pensyarah yang ada tak bertauliah.kerajaan kena bagi tindakan pada mana-mana IPTS yang jenis cukup makan je dan kurang pada kualiti.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?