Wednesday, December 17, 2008

Sebab Lu Kaya...!!? - malaysiakini

Email dari khomeini ujang.

Assalamualaikum...

Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa dengan ape yang gua nak luahkan... Bukan niat gua nak kutuk ape pun... Cume gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA tu
.

Wah!!! Bukan main lagi lu orang... Rumah juta-juta... Harta juta-juta... Buat rumah pun atas bukit... Kenapa buat rumah atas bukit? Konon-konon darjat tinggi la... Sama tinggi dengan malaikat? Sama tinggi dengan Nabi? Ke nak privacy? Atau memang tak nak campur dengan masyarakat? Gua tengok kebanyakannya orang meLAYU... Tapi gua heran jugak... Rumah juta-juta... Harta juta-juta... Tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je? Sebab apa?


SEBAB LU KAYA!!..?


Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang... Sebab nak bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan! Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah setinggan... Ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni? Nasi bungkus lu orang buang bagi
babi makan? Nasi bungkus ape standard... Sebab apa?

SEBAB LU KAYA!!?


Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk... Nak tengok-tengok lu orang... Tapi lu maki apehal? Lu dah bagus sangat ke nak maki orang? Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat... Tapi lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang! Lu sibuk pasal lu punya barang... Ada lu pikir pasal TUHAN??? Sebab apa lu jadi macam ni?


SEBAB LU KAYA!!?


Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan... Bukan sikit... Tapi puluh ribu..! Nak cakap b**doh tapi jadi menteri... Tapi pikir balik memang b**doh pun! Lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin! Duit ada berjuta... Lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah? Yang tak makan? Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh? Sebab apa???


SEBAB LU KAYA!!?


Lu orang boleh tepekik terlolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta ranap! Ada lu orang nak beristighfar? Gua jadi heran ada makhluk macam lu orang! Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus! Tapi yang lu nak maki dorang apehal? Lu nak saman apehal? Sebab apa?


SEBAB LU KAYA!!?


Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT... Yang lu buat rumah atas bukit tu sapa suruh? Nak pampasan??? JANGAN HARAP! Cukup baik la MB Selangor bagi penginapan kat hotel... Tak bersyukur lagi??? Itu tanah persendirian... Lantak lu la nak buat rumah... Tapi bile dah ranap lu sibuk nak saman? Sebab apa?


SEBAB LU KAYA!!?


Gua bukan dengki pasal lu kaya... Peduli ape lu kaya! Lantak lu la.. Tapi lu kene ingat... Ada yang lagi Maha Kaya... Ada yang lagi Maha Besar...


LU PIKIR LA SENDIRI!!!

12 comments:

  1. Khomeini Ujang,
    Jangan lah saudara mengata tanpa usul periksa. Saya tinggal diBukit Antarabangsa dan saya tak pun kaya seperti yang saudara katakan. Datang dan lihat sendiri. Kami ke mesjid seperti semua umat Islam, makan seperti apa yang semua orang makan. Saya kenal kebanyakan masyarakat Islam diBukit Mewah sebab kami kerap bertemu diMesjid. Saya tahu mereka juga banyak menderma & bersedekah tapi tak ada pun nak heboh2. Jadi siasatlah dahulu sebelum berkata. Dalam TV tu yang marah2 bukan orang yang betul2 kena musibah tapi penduduk yang tidak dapat keluar kerana jalan terputus.

    ReplyDelete
  2. Anonymous said...

    Saya tahu mereka juga banyak menderma & bersedekah tapi tak ada pun nak heboh2.

    December 17, 2008 9:02 AM
    -----------------------------------

    Dah nak claim banyak sedekah plak. Dasar manusia tak tamak dan tak pernah nak insaf walau ditimpa musibah.

    Mangsa malapetaka lain, duduk di balai raya dan makan nasi kawah je. Ini nak mintak duduk free kat hotel. Ptui..

    Yang bangsat-bangsat nampak, anggota keselamatan dan sukarela tengah makan. Mase dorang tengah kerja macam lembu dan membahayakan keselamatan sendiri, korang tak nampak, sebab tengah tido or mungkin tengah berkaraoke or clubbing.

    Dasar BANGSAT....

    ReplyDelete
  3. Hmmmm artikel menarik yang saya jumpa dari blogger lain :

    http://www.mazidulakmal.blogspot.com/

    Selasa, 2008 Disember 16
    Bukan Sekecil Kuman

    10.15 pagi 5 Disember lalu saya tiba di kawasan runtuhan tanah Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor. Lelaki bermisai tebal dan berkulit gelap kemudian menghampiri saya.

    “Mazidul tau tak apa ada kat sana?,” soalnya sambil menuding jari ke arah banglo runtuh.

    Saya menggeleng kepala.

    “Satu daripada banglo tu dijadikan mini kasino, mesin judi banyak kat dalam tapi masuk by invitation only. Selalu kalau malam, at least ada tujuh lapan kereta parked kat depan rumah tu,” terangnya.

    Saya terdiam.

    “Encik orang mana?,” soal saya.

    “Orang sinilah,” balasnya pantas sebelum berlalu.

    Beberapa hari lalu, akhbar tempatan menyiarkan desas-desus berhubung dakwaan sama. Bagaimanapun setakat ini dakwaan itu dinafikan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

    Kini kakitangan pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya sibuk memindahkan pelbagai barangan ditinggalkan mangsa sekaligus membersihkan kawasan runtuhan.

    Tunggu sahajalah, benar atau tidak akan diketahui, mesin judi bukan sekecil kuman, jelas pada pandangan mata.

    ReplyDelete
  4. anon 9.02,

    makin dikata makin terbukti sebalik nya...Allah itu Maha Kaya, Maha Esa...renung2kan..

    ReplyDelete
  5. ALLAH TAALA jika nak jadikan sesuatu, hanya cukup dengan berkata 'kun fayakun', maka jadilah ia walaupun sekelip mata. Itulah yang terjadi di Bukit Antarabangsa. Banyak sebenarnya yang kita tak ketahui. Kita nampak semuanya ok tapi perkara sebenarnya hanya Allah Taala yang lebih mengetahui. Senang cerita, beginilah, kita harus pegang pada kata-kata ini, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya... Tunggulah, suatu hari nanti pasti ada tanda-tanda dariNya untuk kita renungkan...

    ReplyDelete
  6. Senang cerita...yang kena musibah tu bersabar...yang kena bala kalau tak tau nak ber'ingat' juga...maka berghentilah jadi ORANG...

    ReplyDelete
  7. Jadi orang Melayu Islam tak boleh kaya ke...
    Ini lah kalau mengaji tak khatam, orang kaya bila terima musibah kata macam-macam, tapi bila orang miskin terima musibah kerana apa agaknya ? Mana sifat baik anda..?
    Tidak semua orang macam itu. Serupa juga para pembaca blog ini, ada yang rasional dan ada yang tak tentu pasal menghentam orang aje...
    konon dialah yang baik...Puuii..

    ReplyDelete
  8. Hello brader,
    Jangan lah menuduh orang Bangsat kerana dari kata-kata saudara memang lebih teruk dari BANGSAT...

    ReplyDelete
  9. Berbeza yang kena musibah seperti banjir tidak heboh pasal kecurian mintak tolong polis tolong jaga, nak mintak tolong angkat barang keluar tapi mangsa banjir rakyat yang miskin nie redha je dengan ujian dari TUHAN. Ada ke kita terfikir pasal tu... yang terjadi di Bukit Antarabangsa sikit je orangnya tapi kerana nilai harta beribu kita nak selamatkan bermati-matian tapi ditempat lain orangnya beribu mungkin sbb harta sikit kut kurang penting.

    Bila difikirkan berapa agaknya nilai rumah diatas bukit tu....????.. Ada Pepetah menyatakan.. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai... Sepatunya kita kena adil kepada semua sama ada berumah diatas bukit, ditepi pantai atau ditanah landai....

    Siapa tahu mungkin kita lalai kepada tuhan maka sbb itu dia turunkan musibah untuk kita supaya kita lebih dekat kepadanya... Subhanallah.....

    ReplyDelete
  10. Rasulallah pernah bersabda tentang di akhir zaman umat islam ramai tapi ibarat buih dilautan.. sebab apa? sebab banyak takut miskin.. banyak umat islam yang tersiksa papa kedana kena tindas, kena bunuh tapi yang kaya2 buat derk saja.. mungkin ada yang menderma tapi mengapa masih ada yang menderita.. derma mungkin tak sampai 1 peratus dari kekayaan.. sedangkan mereka dah berlebih2 dengan kemewahan ..mungkin Allah swt nak ingatkan kita dgn turunnya musibah..

    ReplyDelete
  11. SEBESAR RUMAH BERMULA DARI SEKECIL BATA, BOLEH HILANG DALAM SEKELIP MATA

    ReplyDelete
  12. Kesian jugak diorang tu, dah jadi macam tu, susah tu. Kita tak boleh nak pandai2 nilai orang jugak. Orang ditimpa musibah takkan nak pergi maki dan gelakkan pulak, bantuan dari kerajaan semua tu dikira berpatutan pada masanya, takkan nak biar je, diorang pun manusia jugak, bukan semua kaya gila pon dekat situ.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?