Tuesday, December 16, 2008

Selangor perlu perjelas dasar kawasan empangan

Kerajaan Selangor perlu memperjelaskan dasarnya berhubung pembangunan di sekitar kawasan empangan dan tadahan air bagi mengelakkan pencemaran kualiti air atau kemungkinan empangan pecah.

Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA), Ir. Hasnul Mohamad Salleh berkata, semua empangan sepatutnya mempunyai kawasan tadahan air dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan ia tidak dicerobohi.

Ini kerana jelasnya, kelulusan untuk sesuatu projek pembangunan termasuk di sekitar kawasan tadahan air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri manakala Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bertanggungjawab terhadap pengurusan dan penjagaan kualiti air di empangan.

‘‘Dalam konteks ini kerajaan negeri perlu memperjelaskan dasarnya kerana ia melibatkan impak yang tinggi terhadap rakyat,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Jurutera Air Daerah Malaysia ke-21 di sini hari ini.

2 comments:

  1. Khalid, tunggu apa lagi? Cepat perjelaskan dasar projek-projek di kawasan empangan. Jangan tunggu projek dah siap, lepas tu lulus. Lepas tu jadi lagi kejadian tanah runtuh. Lepas tu salahkan kerajaan negeri yang dulu lagi. Jangan lengah. Jangan 'dah terhantuk, baru tengadah'...

    ReplyDelete
  2. SEE ALSO KWSN EMPANGAN BATU, D SUNGAI TUA, BATU CABES, SEL... KALO SAPE PASAN, MSK IKUT KWSN TMN EMPANGAN TU, TEPI2 KWSN NK KE EMPANGAN TU, DH ADE PEMBANGUNAN YG TAH DIBENARKAN ATAU PUN TIDAK..

    ALSO, PERUMAHAN D LERENG BUKIT D TEPI TAMAN JASA UTAMA..

    DULU PNH STOP, PROJEK NI, TP TGK, NOW DIE ON BLK..

    PLZ ALERT...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?