Ahli jawatankuasa pusat MCA, Senator Lee Sing Chooi meninggal dunia lewat malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat serangan jantung.
Setiausaha MCA Selangor menghembuskan nafas terakhir jam 11 malam di hospital itu.
Mendiang dibawa selepas mengadu sakit dada ketika bersenam di rumah, kata adiknya Kim See, yang juga wakil rakyat PKR bagi Kajang.
Sing Chooi, yang berkhidmat dalam penggal kedua di Dewan Negara, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan.
Mendiang bergiat selama 28 tahun bersama MCA dan diberikan tugas mengetuai biro pendidikan parti itu untuk beberapa tahun.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?