Tuesday, December 23, 2008

Sertai PAS esok? Zahar masih berfikir

Di sebalik desas-desus akan menyertai parti pembangkang esok, Ketua Umno Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim sebaliknya memberitahu, beliau masih memikirkan tentang kemungkinan tersebut.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Zahar berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada meninggalkan Umno dan seterusnya menyertai pembangkang atau terus bersara daripada dunia politik.

"Saya masih memikirkannya. Yang anda dengar (menyertai pembangkang petang ini) itu khabar angin sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ura-ura kononnya beliau bersama 20 ketua UMNO cawangan bahagian itu akan meninggalkan parti untuk menyertai Pas pada petang ini.

Kumpulan berkenaan dikatakan akan menyerahkan borang keahlian PAS mereka kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali disaksikan kepimpinan Pas negeri itu dalam satu majlis khas.

Mengulas lanjut, Zahar bagaimanapun mengakui yang beliau kemungkinan besar akan menyertai PAS jika memutuskan untuk menyertai pembangkang.

"Berdasarkan ideologi parti yang sesuai dengan saya, saya akan pilih PAS tapi saya masih lagi menunggu pendapat daripada penyokong-penyokong saya.

"Jika saya menyertai pembangkang, mereka juga nampaknya akan mengikut jejak langkah saya," katanya.

Zahar sebelum ini digantung keanggotaannya dalam UMNO selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti.

-mSTAR Online

6 comments:

  1. teruskan je Datuk.....saya pun dari PJ Selatan jugak...cawangan desa maju jaya...umno ni dah expired

    ReplyDelete
  2. Nampaknya pembangkang memang suka menghebah dan menghebohkan cerita yang belum tentu lagi seperti cerita Zahar Hashim ni. Beliau pun tak pasti lagi nak sertai atau tak... Kalau beliau sertai pembangkang pun, UMNO tak rugi apa...

    ReplyDelete
  3. Tak payah fikir-fikirlah. Nak sertai pembangkang, masuk jelah. Orang macam Datuk Zahar ni memang tak diperlukan dalam UMNO... Ataupun beliau takut big boss beliau iaitu Mahathir marah kot. Tu yang kena fikir dulu...

    ReplyDelete
  4. Kalau orang dah tak nak ape nak te hegeh hegeh lagi
    tak yah pikir la bebbb
    lu pikir la sendirii......

    ReplyDelete
  5. Penyertaan Datuk Zahar dalam PKR selaku Parti Kutip (barang) Recycle memang dialu-alukan... Ada sesiapa lagi yang nak sertai PKR, anda sedia dikutip oleh PKR yang hanya menerima bahan buangan SAHAJA...diulangi, bahan buangan SAHAJA...

    ReplyDelete
  6. Banyak lah pulak drama mamat ni. Kalau nak masuk, masuk je, tak payah nak buat drama. Kalau taknak masuk PAS, masuk PKR pun boleh, mesti diterima punya. Hehe..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?