Sunday, December 28, 2008

Shabery Cheek "Kufur"@Ingkar@Kafir..! - malaysiakini

Kelmarin dan hari ni aku tak de banyak masa untuk update blog ni sebab banyak urusan dekat luar jadi aku cuma siapkan entri ni sahaja untuk santapan pembaca hari ni. ini adalah amarah aku pada orang yang aku kira "pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara Malaysia".

Quot dari malaysiakini -
  1. Ahmad Shabery berkata wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.
  2. "Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W," katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman hari ini.
  3. "Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.
  4. "Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhati-hati dan membuat laporan polis," katanya.
Aku ada beberapa soalan yang nak aku ajukan pada "Pengkhianat" ni.

Soalan pada kenyataan no 1 diatas - wanita berkenaan telah bertemu Shabery DUA MINGGU LEPAS, tetapi kenapa setelah 2 minggu tiada apa-apa tindakan dari Shabery keatas permintaan wanita berkenaan?

Ini kenyataan pertama dari Shabery yang buat darah aku naik atas kepala hotak. dalam tempoh 2 minggu lepas sehingga blog berkenaan dipublish di[sini], aku tak nampak apa-apa tindakan pun dari Shabery yang boleh menyelesaikan masalah berbangkit. apa yang aku nampak ialah, tak ada apa-apa tindakan dari kementerian penerangan atau mana-mana media perdana berkenaan isu ini sedangkan didalam setengah-setengah yahoogroups, isu ini terlalu mendapat tempat dan menjadi perbincangan hangat.

Apa yang sebenarnya berlaku sepanjang 2 minggu ini ialah, media perdana yang berada dibawah kementerian penerangan pimpinan Shabery terlalu sibuk memutar belit isu hudud, cuba melaga-lagakan parti-parti pembangkang dan juga cuba untuk mengganggu perpaduan antara kaum dean agama di Malaysia dengan isu hudud tanpa cuba menjelaskan apa itu hudud kepada rakyat Malaysia.

Dalam masa 2 minggu ini, langsung tidak ada usaha dari kementerian penerangan pimpinan Shabery untuk menyelesaikan aduan dan permintaan wanita terbabit yang dianiaya.

Jelas disini, Shabery telah mengkhianati kesucian agama Islam dengan membiarkan perkara ini berlaku (didalam pengetahuannya) tanpa diambil sebarang tindakan dan usaha untuk memulihkannya.

Bukan Islam Sahaja Yang Dihina.


Aku juga mendapat banyak maklumat berkenaan kes ini dan antara yang menarik dan ada persamaan dengan kenyataan Shabery ialah -
  • memang sah bukan adibah punya kerja, saya dah call majikan dia auto bavaria dan sahkan, budak ni dianiaya, orang tu hantar kad deepavali siap print gambar dia hantar pada branch auto bavaria, persatuan india dan client india dengan ucapan wishing u and ur paria family a happy deepavali. then hantar kad sama to many clients kata they all menang lucky draw bmw.
  • dia buat account adibah44@gmail.com and facebook adibah ahmad. account adibahsunyi at friendster dah kena block sebab dia dah buat police report dekat 4 kali. report to mcmc pun dah buat, tapi still no aciton taken yet sebab tak boleh trace.
Pada bahagian yang aku boldkan tu, jelas dekat situ ada usaha melaga-lagakan penganut agama Islam dan Hindu disitu dan pada kenyataan Shabery juga ada dianyatakan perihal kad ucapan tersebut.

Persoalannya ialah, apakah yang Shabery lakukan untuk menghindari perasaan syak wasangka dan salah sangka penerima kad ucapan tersebut dengan "pengirim" yang dianiaya?

Adakah Shabery sengaja mendiamkan perkara ini dengan harapan supaya timbulnya perselisihan faham antara kaum dan agama di Malaysia atau mungkinkah ada dalang disebalik perkara ini yang sengaja mereka-reka isu ini supaya berlaku ketidak stabilan di Malaysia?

Shabery perlu perjelas perkara ini kepada umum dan apa yang aku lihat dan terfikir buat masa ini ialah, Shabery langsung tidak layak untuk memegang jawatan menteri penerangan kerana terbukti Shabery telah gagal menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya.

Udang Sebalik Batu?

Setelah aku amat-amati perkara ni, aku macam terfikir akan ada udang sebalik batu dibelakang semua ni.

Aku pelik kenapa lepas 2 minggu aduan dibuat pada menteri penerangan, sekurang-kurangnya 4 laporan polis dibuat - langsung tidak ada feedback dari ke 2-2 badan tersebut.

Tiada kenyataan bertulis rasmi atau tidak rasmi dari pihak media setelah dimaklumkan oleh pengadu supaya dihebahkan duduk sebenar perkara tersebut demi membersihkan kembali namanya yang dianiaya.

Tiada juga kenyataan bertulis rasmi atau tidak rasmi yang menjelaskan kepada penerima-penerima kad ucapan tersebut di media setelah aduan dibuat oleh pihak yang dianiaya sebaliknya aku difahamkan bahawa pihak autobavaria terpaksa mengambil inisiatif sendiri menghubungi pelanggan-pelanggan menjelaskan perkara sebenar.

Apa fungsi kementerian penerangan sebenarnya? menerangkan sesuatu yang benar atau mengadu domba memainkan sentimen perkauman, keagamaan dan juga menimbulkan suasana tidak stabil antara kaum dan agama?

Apakah Shabery rasa soal menghina agama Islam ini tidak penting untuk diselesaikan berbanding dengan soal memutar belit hudud?

Shabery "Kufur"@Ingkar@Kafir..!

Yang ni memang aku tak boleh kompromi.bagi aku, jelas sangat-sangat bahawa Shabery tergolong dalam golongan orang-orang yang "kufur" sebab tidak cuba untuk melindungi seorang perempuan Islam yang dianiaya oleh orang yang tidak beragama padahal dengan jawatan yang dipegangnya, Shabery mampu untuk menyelamatkan seorang perempuan Islam dari fitnah dan wasangka terhadap saudara seagamanya sendiri.

Akibat dari ke"kufur"an Shabery, perempuan Islam yang dianiaya oleh seorang yang tidak beragama, telah dinista dan dicaci oleh bukan seorang dua, malah mungkin mencecah berjuta-juta orang Islam kerana tiada usaha dari seorang menteri yang Kufur untuk membersihkan nama perempuan Islam tersebut dari fitnah padahal menteri ini memang mampu untuk melakukannya.

Lebih menyerlah kekufuran Shabery ialah apabila media perdana dibawah kementeriannya saling berlumba memainkan isu hudud dan langsung tidak ada usaha untuk menerangkan apa itu hudud kepada Rakyat Malaysia...kalaupun kau tak suka hudud dilaksanakan di Malaysia, sebagai seorang Islam apa salahnya kau terangkan apa itu hudud kepada yang tidak faham? kau kan pegang portfolio "Menteri Penerangan".

Susah sangat ke kau nak laksanakan tanggungjawab kau pada agama kau dan susah sangat ke kau nak laksanakan amanah yang diberi ataupun kau memang seorang yang "kufur"???

Shabery WAJIB letak jawatan...!!!

Korang perasan tak kenyataan Shabery -
  • "Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, Wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa, laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.
  • Ahmad Shabery berkata wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.
Korang tau tak kenapa aku boldkan ayat dekat atas tu?

Sebenarnya "blog" tu baru je dibuka pada 24hb. Disember, 2008. maknanya tak sampai seminggu pun usia blog tu... macam mana Shabery boleh cakap "dalam pertemuan 2 minggu lepas???"

Apa sebenarnya di"belakang tabir" isu hina Rasulullah ni? adakah "Director"nya adalah orang yang sama yang mengarah filem "Say Fool meets Najib"???

Entahhh...

*"kau" merujuk kepada Shabery

19 comments:

  1. Sekarang aku pulak musykil, kalau baru 4 hari usia blog tu, macam-mana kawan si Adibah tu boleh kata dah 5 kali Adibah buat laporan polis dan tiada tindakan.

    Siapa kencing siapa sekarang ni? Takan nak timbulkan isu untuk meraih simpati orang melayu kot nak perjuangkan ketuanan konon....

    ReplyDelete
  2. Salam ISA - report tu jadi 5 kali pasai sebelum ni macai tu buat dekat friendster...

    tapi aku masih musykil...

    ReplyDelete
  3. beb,,,,,,,, ini kojo org org umno,,,,,sengaja nak cari publicity murah,,, kan prk kt dah dekat,,,, mereka create isu,,, supaya islam dan non muslim bercakaran.. doctrin ini di guna kan oleh CIA,MOSSAD da juga Perisik Sulit Russia,,, SB pun ada yg di latih oleh CIA,,,,,,,

    ReplyDelete
  4. aku pun turut peninglah. Bangsa Malaysia tak kira kaum semua bersatu tapi siapakah dalang yang sentiasa mahu bangsa malaysia mahu kucar kacir? Oh Tuhan tak kira tuhan mana selamatkanlah MALAYSIA negara darah tumpahku

    ReplyDelete
  5. umno cibai....dh 2 minggu baru nak kecoh...lahabau punya mamat air liur banjir ni

    ReplyDelete
  6. Topeng perak,
    Kalau Ahmad Shabery berkata bahawa dia telah menerima aduan dari wanita malang itu sejak dua minggu lalu, bermakna dia tidak menganggap aduan itu tidak serious.

    Malah mungkin Ahmad Shaberi fikir wanita malang itu sengaja mengadakan cerita. Apabila pekara sudah jadi panas, dia tunjuk muka selamba kononnya dialah wira, pekara itu tidak akan jadi apa-apa.

    Sepatutnya dia tidak membuka pekong didada. Kini dia sendiri menunjukkan pada rakyat bahawa dia adalah menteri penerangan yang cakap tak serupa bikin. Rakyat datang padanya mohon perlindungan dibiarkan saja. Sungguh celaka menteri penerangan ini. !

    Tidak membantu rakyat yang dalam kesusahan tapi membuat rakyat menjadi lebih susah dan hina.

    Kalau wanita malang itu rakyat di Kuala Terengganu, apakah orang Terengganu akan berasa bangga diatas sikap orang ini sebagai menteri...?

    Diharap pengundi di P36 - Kuala Terengganu ambil perhatian tentang tindakan dan tingkah laku menteri penerangan sebagai iktibar.

    Sebelum dapat kuasa mereka berkata apa saja, berjanji apa saja tapi setelah berkuasa mereka abaikan kehidupan rakyat.

    ReplyDelete
  7. Geram betul aku dengan menteri ni!!

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum...ehem...maaf menganggu...ko orang tgk dan pikiaq la...isu ni timbul dalam bulan 12...pilihanraya KT tak salah aku.. 17 januari 2009..ada mase la malaun malaun aka barua barua perkauman nak cari publisiti pilihanraya...atas nama ketuanan melayu kunuunn..taktik busuk BN..kes ahmad ismail semasa pilihanraya permatang pauh dan terkini KT..isu episod sama tapi jalan cerita berlainan dengan matlamat yg sama agar pengundi melayu bersatu mengundi UMNO/BN....mcm topeng perak cakap wanita tu dah buat laporan kepada kepada mat strawberry dahulu kot dan baru repot polis....no respond..pasal lahabau ni sibuk dengan isu hudud...mcm juga say fool buat repot kat najib baru kemudian kunun polis nak masuk campur...apa punya turr perancang konspirasi..depa ingat..kita boleh di bodohkan..mcm perancang yang sama aje..betul cakap topeng perak...depa semua nih ada agenda tersembunyi.....biase lah nak musim pilihanraya mediamassa dan yg sewaktu dengannya buat buat lupa nak makan ubat penenang(gila meroyan )....cuma aku musyil lah...kalau betul2 cina lahabau yg terlibat sama...adakah dia dari MCA ..yg jadi gundik UMNO/BN...untuk menjayakan drama perkauman bersiri ini...!!!!...ke atau ader orang nak menyamar jadi cina...heh heh heh..mcm dulu aku kena kutuk...pasal ader orang nak menyamar jadi melayu..blog lama aku peoplearmy..takut jadi blog pukimak..so jadi di kesempatan ni..aku nak minta maaf kat blogger topeng perak..pasal teguran dia tempohhari...betul cakap dia...dan juga blogger2 yang lain terutama wanita...maaf zahir dan batin...maaf la pasal lama baru nak minta maaf..nak kena buang rase ego dan emosi...baru nak belajaq jadi blogger..identiti aku tak boleh dedah sbb aku xxxx kerajaan..pro pakatan..!!!kita kena jadi gentle lah...salah atau ter'over'kena minta maaf la..!!!ikhlas ni tak der apa apa maksud pun...demi pakatan rakyat...!!!!

    ReplyDelete
  9. Jangan nak MEREPEK mereka2 ceritalah, apa pula yg pemimpin kau orang buat, ayun buai.

    Pegi dah kalau taktik nak membusukan nama org pandailah kau.

    ReplyDelete
  10. rsnya, manusia mmg mcm ni..
    ntah bila br nak berdamai..
    itu salah, ini salah..
    klu BN memerintah, pasti ada yg x kena,
    tp klu PAS atau parti lain jg memerintah,
    akankah perfect jg?..
    ketidakpuashatian itu tetap akan wujud wlu dgn apa keadaan sekalipun.
    fitrah melayu agaknya..senang dengki, susah cari simpati..lepas tu mula pertikai baik buruk amalan org lain...
    bersyukurlah kalian..apa pun kita suarakan, apapun kita laungkan, malaysia merdeka lebih 50 tahun..
    bukan mudah untuk kecapi apa kita rasai skrg ni.
    maka dgn itu bersyukurlah!..
    apa yg baik, kita turuti..
    apa yg buruk, tinggalkan.
    hentikan sakit hati..
    hentikan dengki..
    SYAITAN amat suka pd mereka yg bertelagah sesama sendiri..
    rsnya kalian terlupa akan kewujudan SYAITAN??
    berdamailah~..itu lebih baik..

    ReplyDelete
  11. Kamu semua ni sebenarnya terlalu buruk sangka. Orang nak buat baik pun salah. Pasal DUA MINGGU pun nak dibincangkan. Mana kamu tahu dia(Menteri Penerangan) tak buat apa? Takkan bila ada orang jumpa bagi tahu terus siarkan dlm RTM. Kenalah selidik dulu. Betul tak???
    Kamu ni sebenarnya dah tak nampak kebenaran. Mana taknya, hari-hari bersangka buruk. Parti yg disokong pun, PKR/DAP/PAS pun hampeh....
    Tak perlu sakit hati...ramai orang melayu kat luar sana lebih sakit hati bila tengok orang2 melayu dlm PKR macam kena cucuk hidung aje. Ikut sangat si DAP laknat ni. Dah tahu dan terang2 menentang hukum HUDUD dan negara ISLAM, yang PAS pun masih boleh bekerjasma dgn syaitan ni. Pelik betul orang Melayu dan Islam macam tu... Inilah akibatnya, bila dah tamak kuasa. Apa saja sanggup digadaikan.
    Insaflah semua orang melayu dan Islam dalam PKR dan PAS....

    ReplyDelete
  12. Sekarang ni tengoklah...bila orang melayu lemah. Macam2 benda yg mereka hendak. "Hapuskan keistimewaan orang melayu." "Semua kaum kena dapat sama rata." Tak perlu ada kuota2. Kena ikut merit atau siapa kuat dia dapat.
    Lepas tu ada pulak mangkuk2 pemimpin melayu dlm PKR dan PAS yg sokong. Bertambah semangatlah si DAP ni.
    Percayalah, apabila mereka berkuasa, jangan harap orang melayu akan dapat sebagaimana yg mereka harapkan. Byk contoh yg kita boleh lihat skrg. Berapa byk syarikat2 Cina yg menggajikan orang melayu? (Syarat kena tahu mandarin), Berapa byk pengarah atau orang2 kuat syarikat swasta dari kalangan orang melayu?
    Dalam DEB, orang melayu/bumiputra bukannya nak mintak byk sangat pun. Cuma 30 peratus aje. Itupun dah bising. kalau diikutkan berdasarkan jumlah penduduk melayu/bumiputra, sepatutnya kita perlu 70 peratus.Tapi kita nak 30 peratus aje. Sebenarnya orang melayu/bumiputra dah byk bertolak ansur. Mereka ni sebenarnya memamg tamak (orang yg mempertikaikan DEB).

    ReplyDelete
  13. hairan, bila ada Blog yg hina Nabi, kenapa pulak kerajaan atau UMNO yg dipersalahkan. Kononnya ada udang disebalik batu....haii, rendah betul tahap pemikiran orang melayu penyokong PKR ni.
    Bila kita menghadapi situasi begini, sebagai orang Islam kita kena bersatu dan bekerjasama dgn pemerintah. Bukannya buat tuduhan dan bersangka buruk. Sebenarnya sisatan dah dilakukan sejak 2 minggu leaps dan masih dlm sisatan. Tunggu ajelah, siapa dalangnya dan berdoalah kita semoga mereka ditangkap dan dihancurkan oleh allah.

    ReplyDelete
  14. Kepada semua orang Islam, bersatulah kita dan jauhi dari bersangka buruk. Tak ada untungnya. Yang rugi kita orang Melayu dan Islam. Sama-samalah kita berdoa agar dalang disebalik blog tersebut ditangkap dan disumbat kedalam penjara.
    Tak perlu ada musyhkil, sakit hati, lahabau..lah,..ini semua perasaan dari hati yang busuk dan keji.

    ReplyDelete
  15. Mamat yg tahunya membusukan nama menteri ni bukan tahu ape, dia org ni ingat senang ke nak track ID dan IP yg didaftarkan di luar negara. Ingat main terjah-terjah aje ke, macam perangai musuk kau org pandainya terjah. Itulah kerana pelajaran tak ada, tak cukup ilmu maka hanya pembangkang aje terima masuk jadi penyokong, kalau UMNo puak-puak jenis ni dah lama di rejek.

    Macamlah si MAMAT hamil 13 bulan tu, dah le hamil, PAIh sanggup pula jadi PAK SANGGUP menerima anak haram dalam kandungan tu, phuiii, PARTAI jenis apa ni, musuk punya, tarak harga diri. kau org tunggulah kandungan yg dah due tu menunggu hari, besok terburai ha kau org tanggung pulalah.

    Dah le dengan si DAP padang pasir tu kau org gerun, takut, afraid, cuak, kacut, gigil, seram. Kena sergah cikit aje kau org dah terhegeh-hegeh tarik balik kenyataan, ciss bikin malu jadi MELAYU, tarak guna, tarak hasil, tarak ong, tarak ummm, cencurut betul. Cihhhh, itu yg kau org panggil diri sendiri SINGA islam, hahahaha pada pandangan aku kau nih tak lebih dari anak2 rimau yg belum putus susuan aje.

    ReplyDelete
  16. Mamat tu bukan membusukkan nama menteri yeop ooi..(Abg Tuah).. tapi yang betuinya pemimpin2 UMNO/BN memang banyak yang dah busuk.. lama dah..tak perlu lagi nak busukkan nama.. apa saja kenyataan depa biasanya berbau busuk.. apatah lagi bila disokong oleh penyokong2 karat depa.. tambah lagilah busuknya..

    ReplyDelete
  17. Pinjam Tagline Tukartiub: jangan laaa nak tipu melayu… dah bodoh melayu kena tipu… cukuplaaaa… bagillaaa melayu berfikir….dah 50 tahun melayu dibodohkan...bagilaa orang melayu berpeluang berfikiran kritikal…. dah ramai melayu bodoh …. cukuplaa…. dah lama kena tipu… hentikan laaaa…kah kah kah

    ReplyDelete
  18. KAHKAHKAH, DAH LIMA PULUH TAHUN KAUM DIMALAYSIA TAK MERASA KENA TIPU,

    BARU 8 BULAN PUAK INDIA PAKATAN RABAK DAH RASA TERTIPU. JADI SIAPA YG SEBENARNYA MENIPU KAHKAHKAH,

    GELI HATI AKU DENGAN KAU ORG. KAHKAHKAH

    EHH, AKU MACAM TUKAR TIUB PULALAH, SUKA KAHKAHKAH.

    ReplyDelete
  19. Tak perlulah kita bertelagah kerana kes ni. Buat masa ni biarlah pihak pilis jalankan sisatan terperinci berkenaan kes ini. Kita cuma mengharapkan yang terbaik sahaja...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?