Wednesday, December 24, 2008

Syed Azman calon PAS P-036? - malaysiakini

Abd Rahim Kassim pernah menjadi peneraju Harakah dari hari pertama akhbar PAS itu beroperasi hinggalah beliau melarikan diri dari PAS bersama-sama Datuk Nakhaie Ahmad, walaupun ceritanya beliau tak masuk Umno. Mufaraqahlah kiranya tu. Itu cerita lama.

Tetapi yang menariknya, beliau mendedahkan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi akan menjadi calon PAS bagi kerusi P36 Kuala Terengganu. Saya tidak tahu sejauh mana kesahihan maklumat itu.

Setahu saya, Tuan Guru Presiden PAS sendiri lebih cenderung kepada Haji Mustapha Ali yang satu masa dahulu menjadi antara pemimpin PAS yang paling saya segani dan merasa terhutang budi (bab merasa terhutang budi itu hingga mati - pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti...)

Kita tunggu sahajalah pengumuman 1 Januari nanti. Saya percaya Tok Guru Presiden akan mengumumkan yang terbaik. Saya tidak suka masuk campur kerja dan amanah orang. Tinggal lagi jangan sebut perkataan thiqah dan wala' depan aku. Meluat aku dengar. Thiqah dan wala' hari ini dah jadi candu masyarakat!

~penarik beca

1 comment:

  1. Susah sangat ke nak buat keputusan? Masing2 berebut2 nak letak orang masing2. Dah kelam kabut jadinya.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?