Friday, December 19, 2008

Tindakan Cepat Kerajaan Persekutuan Dapat Elak Pembuangan Pekerja - malaysiakini

Kerajaan persekutuan digesa agar bertindak segera untuk membatalkan larangan Kesatuan Eropah (EU) terhadap import industri makanan beku Malaysia bagi mengelakkan pemberhentian kerja besar-besaran di negara ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata pemberhentian kerja besar-besaran mungkin berlaku pada industri makanan laut Malaysia tahun depan jika kerajaan persekutuan tidak berusaha menangani masalah ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan perkhidmatan kereta api bukit yang beroperasi sepenuhnya di Bukit Bendera di sini hari ini. Penumpang boleh menaiki keretapi api tersebut secara percuma sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Lim berkata kerajan negeri sebelum ini telah memohon RM500 juta daripada kerajaan persekutuan untuk melengkapkan pekerja yang telah diberhentikan kerja dengan kemahiran baru bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan lain jika keadaan ini berlaku.

"Kita harap pinjaman itu dapat diberikan dengan segera agar pekerja yang diberhentikan boleh mendapat manfaat daripadanya sebelum keadaan bertambah buruk," katanya sambil menambah isu makanan laut Malaysia telah dibangkitkan oleh EU sejak 2005 tetapi tidak ada tindakan diambil.

Dalam hubungan ini, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Sumber Manusia yang diketuai pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi P. Ramasamy untuk memantau jika berlakunya sebarang pemberhentian kerja, katanya.

Mengenai keretapi api bukit, Lim berkata pemasangan kereta api ini lewat kerana kerajaan persekutuan lambat mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM700,000 untuk ini.

Perkhidmatan kereta api ini diberhentikan pada 26 Jun lepas apabila Jabatan Kerja Raya mendapati ada kerosakan pada kabel.

Bagaimanapun perkhidmatan itu dimulakan semula kira-kira tiga bulan kemudian tetapi hanya sehingga stesen pertengahan dan balik.

2 comments:

  1. Saya yakin kerajaan akan membantu dalam mana-mana usaha untuk menyelamatkan keadaan ekonomi yang kian gawat ini.

    ReplyDelete
  2. Betul tu, tindakan pasti akan diambil untuk memperbaiki keadaan ini kerana kesannya adalah buruk jika keadaan dibiarkan berterusan.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?