Sunday, December 21, 2008

Tokoh Umno Umum Sertai Pas - malaysiakini

SALAH seorang ahli Umno yang dikenakan tindakan dipecat dari parti itu baru-baru ini akan mengumumkan penyertaannya ke dalam Pas esok. Pesiapan terakhir majlis kemasukan itu sedang diaturkan dan ianya akan diadakan di sebuah hotel dekat ibu kota samada esok ataupun lusa.

Ahli berkenaan merupakan salah seorang pemimpin peringkat bahagian Umno yang dikenakan tindakan dipecat dari parti itu baru-baru kerana dianggap telah memalu dan menjatuhkan imej parti berkenaan.

Maklumat yang sampai kepada saya semalam dan hari ini mengatakan upacara kemasukan individu berkenaan akan berlaku di hadapan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Tidak disebut pula apakah individu berkenaan akan menyertai Pas bersama pengikutnya ataupun hanya beliau bersendirian saja. Difahamkan individu berkenaan seorang tokoh berpangruh dan mempunyai ramai pengikut.

Dengan kemasukan individu berkenaan ia menambahkan kekuatan Pas yang mana akhir-akhir ini semakin mendapat kepercayaan dari kalangan korporat dan akademis. Kemasukan menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu juga sedikit sebanyak menyuntikkan lagi semangat kepada kalangan penyokong dan ahli Pas untuk bekerja keras demi kemenangan parti itu.

-MSO

3 comments:

  1. ini bunyinya macam Zaid Ibrahim yang nak masuk kedalam Pakatan.hmm...kalau benar itu dia,dia memang boleh sertai Pakatan kerana sudah tiada apa-apa lagi dengan UMNO.tapi adakah dia akan diterima dengan baik oleh pemimpin-pemimpin dan ahli PR nanti?

    ReplyDelete
  2. org buangan disambut sbg hero

    ReplyDelete
  3. Zaid la agaknya tu. Pakatan biasalah, ambil orang buangan. Orang buangan tu menjadi hero sejati sekejap walaupun dulu pernah dikutuk kaw2 ke dihina ke. Diorang tak kira, main sedut je. Hehe..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?