KUALA LUMPUR, 7 Dis (Hrkh) - PAS Negeri Terengganu menyambut baik pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan diadakan pada 17 Januari tahun hadapan mengambil kira situasi banjir dan perayaan-perayan yang ada pada bulan ini.
Sungguhpun begitu Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali mahu SPR membuktikan bahawa pilihan raya kali ini boleh dijalankan secara bebas dan adil memandangkan sepanjang masa pilhan raya yang lalu berlaku sebaliknya.
"Sempena SPR mempunyai pengerusi baru, biarlah memulakan tugas beliau melaksanakan pilihanraya kecil Kuala Terengganu menjadi contoh satu pilihanraya yang telus dan adil.
"Saya mahu lihat, bebas dan adil bukan sekadar pada cakap. Tapi, pada perlaksanaan. Biarlah kita lawan sesama parti. Pakatan rakyat khususnya PAS melawan BN khususnya Umno.
"Bukan sebuah kerajaan menggunakan apa yang mereka punya untuk berlawan dengan kita sebagaimana masa-masa yang lalu," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily malam semalam.
Dalam pada itu beliau mahu pimpinan Umno supaya masuk pilihan raya ini secara 'gentleman' tanpa ada sebarang ugutan, sama ada melalui agensi kerajaan atau selainnya.
"Saya tidak boleh nak kata Umno tidak menggunakan duit. Ini memang kerja dia.Budaya dia. Saya tidak boleh sebut kalau bukan sifatnya. Dia akan guna duit, tapi ada peraturan yang dia kena honour.
"Maknanya kena had perbelanjaan. Supaya dia tengok, perkara-perkara sebegini," katanya.
Bagi PAS kata Mustafa ada langkah-langkah yang akan diambil kalau pimpinan Umno melanggar peraturan-peraturan atau undang-undang sebab PAS mempunyai jawatankuasa dalam jentera iaitu 'Jawatankuasa Legal' (undang-undang).
"Saya mahu biarlah kita melihat secara gentlemen,mengikut peraturan,secara beradab berdasarkan kepada apa yang menjadi panduan yang semua orang sebut �free and fair� dalam sistem demokrasi yang kita amalkan.
Dalam pada itu beliau menjelaskan bahawa Jawatan Kuasa Induk di Bahagian Pusat, Pengarahnya ialah Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Md Isa manakala beliau sendiri menjadi Timbalannya danSetiausahanya ialah Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar. Ahlinya terdiri daripada semua naib Presiden,semua ketua dewan dan beberapa tambahan yang lain.
"Jadi oleh kerana Jawatankuasa Induk, ada yang anggota daripada pimpinan negeri Terengganu yang direct berada dalam jawatankuasa induk. Antaranya ialah Dato Wan Mutalib, Dato Abu Bakar Chik,YB Wahid Endut, Dato' Harun Taib," katanya.
Kata Mustafa dari segi operasi di peringkat negeri, jentera pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pengerusinya ialah Dato' Wan Mutalib Embong manakala semua pimpinan utama di bawahnya terdiri daripada Dato' Harun Taib dan Dato Abu Bakar Chik.
Katanya PAS Pusat melihat pilihan raya kali ini sebagai satu tanggungjawab besar yang mana Terengganu menjadi pusat operasinya dan PAS sudah memulakan gerak kerja sejak awal dan melakukan persiapan yang mantap bagi memastikan kemenangan PAS kali ini.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?