Thursday, December 18, 2008

Undi Calon Anda Untuk PRK P-036 - malaysiakini

Aku terbaca berita [ni] dalam malaysiakini. petikan berita - PAS akan menilai pandangan pelbagai pihak, termasuk penulis blog, sebelum menentukan calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Satu perkembangan yang amat-amat baik dari pimpinan PAS Terengganu. jadi perkara pertama yang aku rasa aku perlu buat ialah adakan satu undian calon pilihan korang untuk mewakili PAS dalam PRK P-036.

Korang boleh mula mengundi calon pilihan korang dekat atas tu... setakat ni aku cuma ada 3 nama je yang aku dapat yang disebut-sebut oleh kawan-kawan aku dekat Kuala Terengganu.

Kalau sape-sape ada nama lain yang nak dicalonkan, boleh tinggal dekat mana-mana ruangan komen, aku akan update dari semasa ke semasa.

Untuk tidak menampakkan aku ni bias untuk mana-mana calon dalam senarai dekat atas tu, aku ambik keputusan untuk tidak akan menonjolkan mana-mana calon dalam mana-mana penulisan aku lepas ni hingga tarikh penamaan calon.

Keputusan undian boleh dilihat oleh sesiapa sahaja yang melayar blog ni dan aku mintak jugak supaya rakan-rakan bloggers yang lain-lain sama-sama mulakan undian macam dekat atas tu dalam blog dan web masing-masing untuk memudahkan pihak PAS Terengganu membuat pemantauan tinjauan dan tolong linkkan sekali blog masing-masing yang ada undian (tinggalkan url/link blog dekat mana-mana ruangan komen untuk aku linkkan sekali - akan diupdate setiap kali ada penambahan).

Apa-apa keputusan dalam undian diatas bukanlah keputusan peribadi pemilik blog tetapi itu adalah pilihan para pelayar blog. suara kami datang dari orang ramai, pandangan kami datang dari orang ramai. harap usaha ini dapat membantu PAS Terengganu didalam menentukan calon pilihan untuk mewakili PAS seterusnya memenangi kerusi Parlimen P-036.

Undilah dengan bijak UNTUK PERUBAHAN!!!

7 comments:

  1. dunia semkain maju..beginilah pemimpin yang medapat tempat dihati rakyat..peranan blogger juga diambil kira.saya tetap sokong mat sabu.

    ReplyDelete
  2. Another pool here
    http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Surveys&pollID=2

    -arekey-
    http://infogala.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Mungkin cara ini ada baiknya tapi hanya sekadar rujukan yang perlu dinilai semula oleh PAS Terengganu. Sekurang-kurangnya blogger diberi peluang untuk mengundi nama calon PAS yang layak bertanding. Diharap pengundi tidak emosi...

    ReplyDelete
  4. nope.mat sabu is out of the question here.dia tak layak rasanya.lebih molek jika anak Terengganu atau lebih elok anak KT yang diberikan peluang menjadi calon disana.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    satu lagi poll kat blog saya but tak ramai visitor pun...

    wassalam...

    ReplyDelete
  6. Relax2..Jangan gelabah sangat..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?