Wednesday, July 02, 2008
Di Mana DSAI 26hb.Jun,2008???
Aku terbaca posting saudara MSO bertajuk [ Ilham buat Anwar: Jelaskan dimana anda pada 26 Jun 2008 ] dalam KLpos hari ni...ada betul jugak kata saudara MSO dalam artikel tu.tapi terus terang aku tak setuju ( maaf tuan MSO ) dengan cadangan saudara MSO supaya DSAI mendedahkan dimana DSAI berada pada tarikh perbuatan tu disebut.
Kita semua kena ingat...lawan kita bukan calang-calang gerombolan.lawan kita ada access pada semua agensi yang berkaitan dalam siasatan.depa ada macam-macam kemudahan yang diperlukan.cuma depa kekurangan 1 benda je - MAKLUMAT dari pihak Pakatan Rakyat.
Aku nasihatkan supaya Pakatan Rakyat ambik tindakan segera, sembunyikan semua maklumat jadual pergerakan DSAI yang ada dalam mana-mana rekod.segera kumpulkan semua rekod-rekod pergerakan & jadual DSAI yang lama & yang akan datang, masukkan dalam satu label & listkan ianya dibawah "AKTA RAHSIA RASMI PAKATAN RAKYAT".
Access untuk maklumat tu jugak wajib dihadkan pada beberapa individu yang benar-benar boleh dipercayai SAHAJA!berikan tanggungjawab tersebut pada beberapa individu yang dimaksudkan tadi & individu yang berkenaan perlu bertanggungjawab keatas maklumat tersebut supaya TIDAK DIBOCORKAN kepada sesiapa termasuk rakan terdekat atau keluarga terdekat.ini WAJIB Pakatan Rakyat buat.
Kalau maklumat tersebut bocor, senang kita nak trace individu yang bocorkan maklumat tersebut.
Tujuan diambil tindakan tersebut ialah untuk menyelamatkan DSAI dalam konspirasi ke 2 ni...kita sedia maklum dari apa yang kita perhatikan, konspirasi ni sebenarnya tidak dirancang dengan teliti dengan kata lain baru dirancang sekerat jalan tapi atas sebab-sebab tertentu ianya terpaksa dijalankan segera walaupun rancangannya belum lengkap.
Jadi...sebarang kesilapan Pakatan Rakyat mendedahkan tarikh-tarikh dimana DSAI berada akan memudahkan pihak musuh merancang agenda mereka melalui kesilapan Pakatan Rakyat.semua maklumat dimana DSAI berada pada masa-masa lepas WAJIB tidak didedahkan pada umum atau sesiapa-siapa sahaja.kedudukan struktur organisasi PKR khasnya buat masa ni bagi aku amat-amat-amat genting.
Terlalu ramai musuh dalam selimut menyusup masuk & mencuri berbagai maklumat & mendedahkannya pada musuh politik Pakatan Rakyat.ini kita kena hati-hati.jangan lupa pepatah - dalam setandan pisang, pasti ada sebiji yang busuk.
PKR terlalu bahaya bagi parti komponen kerajaan pusat & sudah pasti macam-macam cara akan diguna untuk menghancurkan parti harapan rakyat Malaysia ni.jangan sampai kita yang menghancurkan harapan rakyat kerana kecuaian kita.bagi aku...masih belum terlewat untuk berbuat sesuatu.ini baru permulaan...
Kalau awal-awal kita dah berjaya dilemahkan, hari-hari seterusnya kita akan hanya membuang masa membaiki kerosakan awal sedangkan masa yang ada tu sepatutnya kita gunakan untuk memantapkan lagi jentera & organisasi Pakatan Rakyat...
Ingat pesanan aku wahai semua pimpinan baik PKR,PAS mahupun DAP.musuh hanya menunggu kita masuk perangkap.beringat sebelum kena!
1 Soalan Untuk Lembu Pawah...
Mula dari hari pertama lembu pawah masuk balik dalam padang karpet hijau melekit-lekit aku tertunggu-tunggu, bila la agaknya lembu pawah ni nak buat roadshow kat tempat aku...
Sungguh, kalau lembu pawah ni buat roadshow kat tempat aku memang aku akan sampai & aku akan pergi jugak kot mana-mana pun dekat gelanggang laga lembu pawah ni.
Dari mula era "reformasi" memang aku tak pernah follow la lembu ni sebab aku rasa lembu ni bukan jaguh sangat pun...nak berucap pun tiru style DSAI...apa yang hebatnya lembu ni kalau nak bercakap pun kena copy & paste lagak "bicara" DSAI???
Daripada gaya berdiri, bagi salam, angkat tangan, senyum & macam-macam lagi semuanya copy & paste DSAI.jadi bagi aku lembu pawah ni tak de la istimewa sangat...tapi aku mengaku jugak yang lembu pawah ni memang pakar dalam bab kotak mengotak.kelebihan yang aku terpaksa akui yang ada pada lembu pawah ni ialah memunggah kotak...cukup hebat...masa tu che'det pun gerun...tapi skarang tak dak sape-sape dah gerun kat lembu ni...
Walaupun aku tak pernah follow lembu pawah ni dari dulu tapi ada la jugak aku tau serba sikit perjuangan mengusung kotak mengotak kesana kemari yang lembu pawah ni perjuangkan.pernah jugak aku dengar lembu pawah ni bawak sikit isi kotak mengotak kesana kemari tu ke pejabat PM Pak Lah lelah...respon Pak Lah lelah - zZzZzZzZzZz
Hari ni aku nak jelas dekat lembu pawah ni, ( penyokong lembu pawah kalau terbaca taipan aku ni tolong sampaikan kat "belaan" engkorang! ) kalau engkau buat road show kat tempat aku...engkau kena standby dengan jawapan yang akan aku tanya dekat engkau...aku bagi kelebihan dekat engkau wahai lembu pawah...soalan aku 1 je...apa jadi dengan isi kotak mengotak kesana kemari yang engkau pikul merata-rata dunia dulu?
Aku tak nak cakap lokasi aku dekat mana sebab aku tau kalau aku cakap lokasi aku, sah engkau tak kan datang buat road show dekat sini!...jadi mulai hari ni wahai lembu pawah...engkau ingat apa aku taip ni...sebelum engkau buat road show kat mana-mana, TOLONG SEDIAKAN JAWAPAN UNTUK SOALAN AKU TADI!!!
Aku tak nak engkau tergagap-gagap macam lembu pawah kena penyakit kuku & mulut bila sampai masa aku terpacul depan engkau tanya soalan ni nanti!game kita bermula dari hari ini.ingat..! kalau engkau datang tempat aku...siapkan jawapan engkau!
Kalau engkau betul berjuang atas nama kebenaran, engkau mesti ada jawapan & fakta. Jangan lari !Lu serang Pakatan Rakyat...Pakatan Rakyat serang lu! - aku tak kan pergi dekat gelanggang laga engkau naik bas yang engkau siapkan...tak kelapaq aku!khak ptuih!!!
Nik Aziz kunjungi pejabat Anwar
Oleh Harakahdaily
Rabu, 02 Julai 2008
KL: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengunjungi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Anwar di Petaling Jaya jam 4.00 petang tadi.
Dalam pertemuan dua mata itu antaranya Tuan Guru Nik Aziz melahirkan keprihatinan beliau terhadap apa yang berlaku (tuduhan liwat), kata Anwar ketika mengulas pertemuan tersebut.
Ujar Anwar Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan turut melahirkan rasa kesalnya dengan taktik kotor dan berterusan yang dihadapi kini.
"Tuan Guru berkata kepada saya, supaya sabar dan katanya adatlah seumpama 'pohon tinggi maka gelobang laut atau angin yang datang ia akan terkena juga' sabarlah dalam hadapinya," katanya.
Anwar mengucapkan terima kasih kepada kesudian Tuan Guru Nik Aziz mengunjunginya tatkala Ketua Umum KeADILan itu berhadapan dengan dugaan tersebut.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertemu kira-kira 45 minit dengan Anwar dan meninggalkan pejabat Anwar pada jam 4.50 petang.
Menteri Besar Kelantan itu yang datang dengan jubah putihnya ditemani dengan pemandu dan beberapa orang pegawainya, sementara Anwar turut ditemani Naib Presiden, Sivarasa Rasiah.
Ahmad Said ketuai siasatan segera babitkan Ghani Patail, Musa Hasan
Oleh Bernama
Rabu, 02 Julai 2008
KL: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan segera menyiasat laporan polis yang dibuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, berhubung dakwaan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara memalsukan bukti kes mata lebamnya 10 tahun lalu.
Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hari ini berkata, siasatan itu akan diketuai oleh Pengarah Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull.
"Keterangan mengenai laporan itu telah diserahkan kepada kami dan untuk memastikan ia tidak berat sebelah, siasatan akan dilakukan oleh BPR. Kami boleh siasat, tak ada masalah," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian persefahaman mengenai pembangunan modal insan dan sistem kerja yang berwibawa dengan Kastam Diraja Malaysia di sini.Ahmad Said menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat oleh Anwar ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam.
Anwar dalam laporannya mendakwa Abdul Ghani dan Musa terlibat memalsukan keterangan beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor pada tahun 1998.
Abdul Ghani pada ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya paling kanan manakala Musa merupakan ketua pegawai penyiasat kes yang membabitkan Anwar.
Menurut Ahmad Said, proses siasatan akan dilakukan dengan memanggil semua pihak terlibat untuk merekodkan keterangan masing-masing.
"Kita akan panggil siapa sahaja yang terlibat, termasuk Anwar sendiri," katanya.
Derma: Ada kes terhadap Yahya
Jul 2, 08 6:31pm
Menteri besar Selangor mendedahkan hari ini terdapat kes prima facie terhadap bekas pegawainya Mohd Yahya Mat Sahri berhubung usaha memungut wang derma bagi sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata maklumat kes itu diperolehinya daripada pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri Ja'afar Mahad dalam satu pertemuan semalam.
"Pengarah BPR Selangor ... melaporkan terdapat kes prima facie berkaitan salah guna kemudahan pejabat menteri besar untuk meminta derma sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor," katanya.
Dalam sidang medianya petang ini, Abdul Khalid berkata penggunaan kepala surat pejabat menteri besar berada di luar pengetahuannya.
Tambahnya, pengarah BPR juga memberitahunya, pegawai tugas-tugas khas itu menggunakan modus operandi yang sama dalam dakwaan awal berhubung isu pengagihan kontrak dan tender pembuangan sampah di Petaling Jaya.
BPR akan siasat aduan Anwar
Jul 2, 08 7:05pm
Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan segera menyiasat laporan polis yang dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, berhubung dakwaan Ketua Polis Negara (KPN) dan Peguam Negara (AG) memalsukan bukti kes mata lebamnya 10 tahun lalu.
Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hari ini berkata, siasatan itu akan diketuai oleh Pengarah Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull.
"Keterangan mengenai laporan itu telah diserahkan kepada kami dan untuk memastikan ia tidak berat sebelah, siasatan akan dilakukan oleh BPR. Kami boleh siasat, tak ada masalah," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Ahmad Said menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat oleh Anwar ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam, demikian menurut laporan Bernama.
Anwar mendakwa, Musa dan Abdul Gani menyembunyikan fakta dan memalsukan maklumat dalam kes membabitkan serangan fizikal terhadap Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor pada 20 September 1998.
Abdul Ghani pada ketika itu merupakan timbalan pendakwaraya paling kanan manakala Musa merupakan ketua pegawai penyiasat kes yang membabitkan Anwar.
Menurut Ahmad Said, proses siasatan akan dilakukan dengan memanggil semua pihak terlibat untuk merekodkan keterangan masing-masing.
Komen Musa
"Kita akan panggil siapa sahaja yang terlibat, termasuk Anwar sendiri," katanya.
Sementara itu di Kuala Lumpur, Musa berkata polis akan tetap menyiasat laporan yang membabitkan nama beliau yang dibuat oleh ketua umum PKR itu.
"Saya tidak mahu komen atau beritahu apa-apa mengenai perkara itu. Biar siasatan dijalankan berkaitan tuduhan Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita hari ini.
Ketika ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis berhubung tuduhan Anwar terhadapnya, Musa berkata: "Untuk apa? Biarlah polis siasat."
Musa juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai dakwaan keluarga Mohd Saiful Bukhari Azlan, orang yang membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar, kononnya mereka diarah tidak menghubungi beliau (Musa) berkaitan laporan itu.
Khamis lalu, Mohd Saiful membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar di sebuah kondominium di Bukit Damansara.
Najib dicabar nafi bertemu Saiful
Abdul Rahim Sabri | Jul 2, 08 4:54pm
Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dicabar menafikan pertemuan sulit beliau bersama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan beberapa orang lain tidak lama sebelum laporan polis dakwaan liwat dibuat Sabtu lalu.
"AMK percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam konspirasi ini, bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamarudin melalui perakuan sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu," kata ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini.
"AMK mencabar Najib untuk menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful pada 28 Jun 2008."
Kelmarin, Najib telah membuat penafian beliau terbabit dengan laporan kes liwat Mohd Saiful terhadap ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shamsul Iskandar menyifatkan penafian menteri pertahanan itu sebagai "pembohongan" dan "sangat dangkal".
Dalam kenyataannya hari ini, beliau juga berkata kenyataan pemimpin negara itu "bercelaru".
"Kenyataan Najib bahawa kehadiran Saiful bertemu pegawai khasnya pada 12 Februari lepas 'untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran' juga menimbulkan pertikaian besar," kata Shamsul Iskandar.
"Bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal boleh memohon biasiswa?"
Angkatan Muda PKR juga menyeru pegawai polis dan kakitangan Jabatan Peguam Negara tampil untuk memberikan maklumat-maklumat berkaitan dengan dakwaan wujud usaha terancang yang melibatkan Najib.
Protes mahu Suhakam pantau perhimpunan 6 Julai
Jul 2, 08 3:05pm
Gabungan Anti-Inflasi (Protes) akan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), meminta pesuruhjayanya hadir dan memantau perhimpunan aman anjuran Protes, membantah kenaikan harga minyak pada 6 Julai ini.
Katanya, ia selaras dengan hak untuk mengadakan perhimpunan secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perhimpunan tersebut akan diadakan di Padang Timur , Petaling Jaya, Selangor.
Menurut satu kenyataan Protes, memorandum tersebut akan diserahkan kepada Suhakam pada jam 12 tengahari esok.
Pada mula perhimpunan tersebut dirancag di adakan di KLCC pada 5 Julai.
Bagaimanapun, tempatnya kemudiannya ditukar di Jalan Timur, Petaling Jaya pada hari berikutnya - 6 Julai - supaya lebih ramai rakyat menyertainya.
Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli sebelum ini dilaporkan berkata, kawasan tersebut dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes.
Beliau juga dilaporkan berkata, kawasan itu juga, amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya.
Orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.
Pihak penganjur mensasarkan untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes tesebut, termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Dianggarkan 3,500 petugas akan membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.
Beratnya Dugaanmu Datuk Sri Anwar
Bismillahirrahmanirrahim....
Segala pujian bagi ALLAH, tuhan sekalian alam...
Emm...Kasihan saya lihat Datuk Sri Anwar Ibrahim. Sudah bebas tapi masih diburu skandal. Marahnya kepada Tun Mahathir masih belum padam lagi, ditambah lagi dengan skandal yang sama tapi dikatakan perbuatan Najib dan Isteri. Susah nak percaya. Kalau pun benar, memang susah nak percaya. Kalau Tun Mahathir tak mengakui perbuatan Anwar dahulu sebagai di ada- adakan, mungkin orang boleh berfikir lagi tentang anwar, tetapi bila dah Mahathir dah buat pengakuan, pandangan rakyat kini bukan tertumpu pada Datuk Sri Anwar, Tetapi pakatan BN atau UMNO khususnya, atau yang lebih khusus lagi, 4 sekawan, Pak lah, Najib, Rosamah, dan Khairy.
Saya kira skandal Pak Anwar ini akan memberi lebih kekuatan kepadanya. Bukan saya kata dia tak bersalah, Kerana yang haq itu adalah milik ALLAH. tetapi dengan senario sekarang keadaan ini lebih menguntungkan pihak Pak Anwar daripada pihak Pak Lah sendiri. Dan lebih teruk lagi apabila kesilapan najib juga turut menjadi bukti sebagai dalang bagi skandal semua ini. Saya tak nak kata tentang Ketua Polis negara kerana dia juga makan gaji. Dia bukan dipilih oleh rakyat tapi pak menteri, so kena jaga dirilah. Bukan semua orang boleh jadi Tun Salleh Abbas.
Jika kita lihat dari segi logiknya, skandal yang melibatkan Pak anwar ini tidak effective jika ia ingin dijadikan kayu ukur untuk memalingkan pengaruh rakyat dari PR kepada BN.
1. Kalau ini terbukti fitnah, saya rasa hidup 4 sekawan tak akan lama. Dan paling lama bertahan pun khairy, yang mana mungkin dia akan bertindak seperti apa yang saudara ezam (kude trojan) sedang buat. tak sesapa tau. Dan nasib yang lain, akan seperti ape yang mereka buat pada Tun mahathir.
2. Kalau skandal ini dibuktikan benar, Pengaruh masih lagi memihak kepada Perikatan Rakyat. Kerana badan berkanun memang sudah lumpuh ( walaupun kerajaan la ni cube memberi elaun " mintak ampun" kepada para pendiri badan berkanun) disebabkan ape yang Tun Mahathir telah buat dulu. Anwar akan masuk penjara. Tapi penyokong akan menjadi semakin ramai, malah berkali ganda dari ape yang kita lihat tahun 2000 dulu. Lebih ramai yang akan sanggup bermandi air "ubat" dari FRU kerana ingin membantah sistem yang sudah tidak seimbang.
Walau apa pun skandal ini sudah terbukti yang pak-pak menteri kita dan juga pendukung kuat sistem kronisme di dalam UMNO sudah terasa bahang yang terlalu panas daripada pada semburan naga pakatan rakyat. Dan mereka sudah hilang kekuatan walaupun ade kude trojan yang dah tak ade "bontot" menyertai mereka. Emmm mungkin inilah phasa terakhir peralihan kuasa. Mudahan Pak Anwar bersabar, Mudahan 4 sekawan sedar, mudahan ALLAH masih merahmati rakyat malaysia dan memberi kan petunjuk yang haq kepada hambaNYA yang serba dhaif ini.
Tips: Presiden Mandela juga pernah melalui seperti ini
Psst: Anwar naik , minyak turun..
Allahu Akbar..
Pas Taman Melewar
Enginius
Saiful Bukhari Di Kampus
"OLEH: Sdri. Ainis Azreen
BONGKAR!!! -Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari.
Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.
Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.
Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN).
Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.
Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN.
Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya.
Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional?
Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?
Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar.
Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia.
Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.
Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa?
Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.
Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.
Pautan lain:Penafian DSAI | Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat | PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya
Nota: Saya bertanggungjawab di atas setiap kenyataan dan ulasan saya mengenai Saiful Bukhari. Daripada dituduh pengecut dan tidak mampu membenarkan kebenaran dizahirkan, saya mengambil risiko ini. Saya tidak mungkin dapat membuktikan bahawa DSAI tidak melakukan perbuatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan saya dan ulasan-ulasan pelajar Uniten lain dapat memberi gambaran awal mengenai siapa Saiful Bukhari ini. Saya tidak terkejut dia mampu bertindak sampai ke tahap ini. Saya tidak terkejut dengan kisah dia menikam kawan sendiri dari belakang demi mencapai kemahuannya. Malah saya tidak terkejut jika Saiful tampil dengan kenyataan bahawa dia dipergunakan untuk menutup keaiban ketuanya satu hari nanti.
Monolog Seorang Nyah
NOTA : Artikel ini ditulis dengan maksud satira, dengan gaya bahasa slanga - pastilah tidak menggunakan tatabahasa rasmi. Jika tidak bersetuju dengan gaya penulisan artikel ini, anda dinasihatkan TIDAK meneruskan pembacaan.
"You ni... I betul-betul sedih bila I dengar you keluar parti you. I dengar you yang buat parti itu. Pasal apa you keluar? Ini dah ada orang buat cerita kata parti you tu dah umur 60 tahun. Kan you nombor satu dan mem you number dua. Mana masuk akal parti you 60 tahun. Tak kan lah you buat parti ni masa umur you 20 tahun. Masa tu you kan cute lagi belajar kat universiti Singapura. You pun masa itu belum jadi Melayu lagi kan? Napa you senyap aje tak cerita yang parti ni you dan mem you yang punya. Ni lah yang Mak tak faham.
La ni I dengar you dah merajuk. I dah dengar banyak cerita. Soh seh soh seh merata-rata. Orang parti you sendiri tak layan you lagi. Orang parti you ni betul-betul buat you macam selipar Jepun -- dah pakai, tinggal kat tepi jamban. Orang dah tak respect you lagi. I dengar kat Kubang Pasu pun dia orang ludah muka you. Ni yang mak tak faham ni. Dulu cium tangan you. Lah ni kentut muka you.
I jadi sedih ni bila I dengar orang parti you kata 'kita belajar dari presiden kita, dia yang ajar kita...' Orang parti you ikut betul-betul perangai you. Dia orang cerita, yang dulu pun you buat kalut bakar bontot Tunku. Lah ni dia orang nak bakar bontot you.
Lah ni orang dah mula cerita kalau you mati nanti mereka tak nak tanam you kat Masjid Negara. I sedih bila dengar labon orang parti you. Tapi masa Tunku mati dulu pun. you tak declare holiday kan? Pasal apa you tak declare cuti? You lupa ke ? Sekarang orang-orang parti you kata hendak ajar you betul-betul. Ni mak sedih. Mak risau you dibuang ke mana nanti.
Tapi mak nak tanya napa dulu you tak hormat pada Tunku? Dia anak raja, lah ni you kena daulat kot. Dah kena tulah. Tu pasal, jangan lawan Raja-raja.
I ada baca surat you yang you cerita masa ini udah tak ada orang parti layan you lagi. Hairan napa orang parti you buat you macam tu? Tak hormat you lagi. Orang parti you lupa you menangis dulu. Mereka dah lupa. Mereka tidak ingat muka cembeng you. Mereka mudah lupa, tak ingat muka you menangis dulu. La ni you nak menangis lagi ke? Kalau you menangis sekali lagi, you hentak-hentak kaki dan guling-gulingkan badan. Baru dia orang ingat you serius. Kalu tidak, dia orang ingat you buat lawak.
Betul ke I ada dengar khabar, ada orang Kubang Pasu nak datang jumpa you tapi kena larang? Woit betul ke cerita ni atau you sendiri yang buat-buat cerita? You memang pandai reka-reka cerita. You ada kelas bila karang cerita. Dulu you karang cerita main bontot.
Lah ni you buat cerita orang kena larang jumpa you. Biar betul cerita ni. Mak tak faham napa orang dilarang jumpa you. Ada lagi ke orang yang nak datang jumpa you? You salah kot... Mungkin orang Bangladesh sesat jalan kat Kubang Pasu?
I percaya betul cerita you tentang Singapura nak ambil negeri ni. I udah lama perhatikan perangai orang Singapura tu. I memang tak percaya negeri kecik tu. Dulu, I dengar mereka ada buat janji dengan Israel. Mereka beli kereta kebal Israel. Ni mereka dah ambil pulau kita. Punat betul Singapura ni.
Tapi Singapura ni bukan macam Penang ke? I dengar parti you juga yang kalut dulu. Tahun 1965 dulu, napa you tak bising hantar askar ambil Singapura? You takut apa? Masa tu you dah jadi Melayu. You ahli exco Pemuda dalam parti you. You dah jadi nasionalis. Tapi satu pun tak keluar dari mulut you. Ni laaa... Mak tak faham napa tak pret pret bising bising dulu.
I sedih bila you jadi korok macam ni. Dah ada orang berani kata you ni patut kena ISA. Orang yang kata ni suku sakat you juga. Asal usul dari India. I tak setuju you kena ISA. I dengar jahat you ni bukan untuk ISA. You tau... tak baik orang yang cadang ISA untuk you. Mana ada kelas you kena ISA. Standard you ni patut macam Slobodan Milosevic. Jangan potong stim. You ada kelas.
I ingat lagi you cakap di OIC. You memang kelas. You betul bukan Kancil. You betul-betul Proton Wira Dunia Ketiga. You berani. You jadi raja di Afrika. Orang Itam tak perlu visa nak datang lawat raja mereka. Lah ni ramai Orang Itam udah masuk Malaysia. Orang Itam ni semua datang nak cari you. Mereka nak jual Black Money pada you. I dengar di Zimbabwe ada Orang Itam nak buat makam besar untuk you kalau you tak diterima di Masjid Negara. Mak jeles dengar cerita ni. You betul hebat. You kelas.
You jaki ke dengan Dolah? Atau you jaki dengan menantu dia yang cute tu? I rasa you sudah silap, pasal ni I sedih. Patut you buat cerita baru untuk Dolah macam you buat cerita bontot dulu.
I sedih bila you merajuk kerana Dolah. Dolah, mana ada kelas. Dia tidur siang malam. Biar mak cerita sini... Lepas pagi election, Dolah bangun jam 11 pagi. Parti you dah jadi haprak tapi Dolah asyik tidur meninggi hari. Kah kah kah. Tapi you juga yang pilih Dolah kan? Ni yang buat mak confused. You selalu salah orang. I sedih bila dengar you salah pilih lagi. You ni cerdik tapi you bodoh. You potong stim I lah.
I ada dengar kawan lama you dari Jay Bee yang kata you ni macam duri. Kawan you ni betul-betul tikam you dari belakang. Betul tak I kata? You tak pandai pilih kawan. I sedih bila kawan lama you cakap lagu tu. Berani dia kata you ni macam duri. Duri ni halus. Dia tak tahu you bukan jenis duri. You tunggul kayu. Tunggul keras.
I sedih betul bila I dengar parti you jadi haprak. Ramai orang udah tak hormat parti haprak yang you buat dulu. I dengar parti-parti lain juga udah mula nak lari tak mahu dekat dengan parti haprak you. Pasal ini you keluar parti? Tapi mak tak faham masa you keluar parti kenapa tak ramai orang yang ikut you? I marah bila you keluar sorang-sorang. Mana geng you yang lain?
Anak you sendiri pun tak ikut keluar. Mana ada kelas anak macam ni. Ini anak siapa?
Bila you keluar parti, I dengar ramai orang buat kenduri syukur. Betul ke cerita ini? I dengar banyak loyar-loyar buruk kat Bar Council buat kenduri. Loyar-loyar buruk ni buka champagne Dom Perignon. You ni betul-betul jadi haprak macam botol.
I sedih dengan loyar kawan you yang kata korek korek korek. I hairan macam mana you ambil dia jadi lawyer you. You ni selalu pilih salah kawan. You betul-betul buat I sedih. Lawyer korek korek korek ni mana ada kelas. Dia ini kelas paling bawah!
I ingat you janganlah merajuk lama sangat. Muka you tambah jobo nanti. I ingat you baik cari peguam yang bagus-bagus bukan yang korek korek korek. I dengar ramai orang nak saman you. You ni sudah jadi selipar Jepun. I risau apa jadi dengan you nanti kalau you kena saman.
Mak tunggu-tungu you buat cerita baru untuk Dolah. Ni you bising cerita lama. Cerita ini dah karat. Maaf... fasal reka-reka cerita ni mak kurang pandai. Tapi I tahu cerita Siti. Auuuw. Jangan bagi I sedih."
Lembu Pawah Menglembu Lagi...
Aku dah boring dah cerita masalah sodom-menyodom nih...geli la...khak...ptuih!!!ni nak cerita pasal lembu pawah yang aku baru jual bulan lepas...jual murah-murah je sebab lembu ni dia tak berapa reti nak membajak...lembu ni reti bawak kotak je...& kelmarin lembu ni dah start mengisi kotak terbaru dia dengan dokumen-dokumen baru yang akan diperam sampai jadi rumput...
Lembu ni kununnya kelmarin ada bukti salah guna kuasa dipejabat MB Selangor.pandai lembu ni...pandai jadi bodoh.oit lembu...hang buat kelakar ke apa?
Lembu pawah cakap : Kepala surat pejabat menteri besar Selangor digunakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk mengutip sumbangan syarikat swasta sempena sambutan 100 hari pentadbirannya...apa la bengap sangat lembu ni...banyak makan rumput carpet ka???
Semua orang dah tau isu ni...lembu ni lembab...minggu lepas MB Khalid dah cakap antara sebab utama pembantu MB Khalid digantung tugasan ialah kerana menggunakan kepala surat pejabat MB Khalid tanpa pengetahuannya...lembu ni tak tau ke MB Khalid dah jelaskan pasal ni???lembu betul la...
Lembu pawah cakap lagi : Dalam aduannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pagi ini, bekas pemimpin kanan PKR itu mendakwa nombor faksimili yang tertera di surat itu juga menunjukkan ia dihantar dari pejabat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim...lagi sekali lembu ni bengap sebab banyak makan rumput carpet...
Kalau dah "pembantu kanan" yang faks surat tu...mestilah dia pakai faks pejabat menteri besar...tak kan nak pakai faks kat balai lembu pulak???lembu betul la...
Lembu pawah cakap lagi : "Jelas (PKR) menggunakan pejabat menteri besar Selangor untuk tujuan individu dan parti yang, bagi saya, jelas salah guna kuasa," katanya dalam sebuah sidang media selepas menyerahkan dokumen itu...lagi nampak kebangangan & kelembuan lembu ni...
Jadi untuk lebih telus lagi penyiasatan ni...kita mintak lembu pawah ni keluarkan sekali semua rekod faks & penggunaan telefon untuk tujuan peribadi pemimpin-pemimpin parti raba-raba di pejabat masing-masing...ada berani ke lembu oi???
A...teringat 1 kisah lama...kak pidah dah bayar ke belum bil telipon yang banyak-banyak tertunggak tu???