Wednesday, August 27, 2008

Botak: Nazar Tertunai Di Parit Buntar...

Tepat jam 2:00pm bertempat di sebuah kedai gunting di Parit Buntar, Perak, majlis cukur kepala aku diadakan sebagai menunaikan nazar aku...

Sebelum aku ke Permatang Pauh aku dah niat nazar, kalau Pakatan Rakyat menang dalam Pilihanraya Kecil P-044, aku akan balik ke Selangor dengan kepala botak...

Majlis dihadiri oleh aku, malaysiabiz-aloha, cucumatkilau & matcomot.

Korang tengok la gambar-gambar exclusive ni...bukan senang nak tengok kepala aku oi..!

2:17pm

2:18pm
2:21pm
2:26pm
2:26pm
2:30pm
2:33pm

Ini aku yang baru... wajah je baru geng,,,jiwa aku tetap jiwa berontak, jiwa re4ma-c.
Aku dah sampai Kolumpo dah jam 3:30am tadi.ni aku lepak hotel murah jap...nak lelap mata sat ni.

Karang bermula hari ke-2 era baru kearah Malaysia baru.
Perjuangan fasa ke-2 bermula kini.apa yang bakal datang?

Hari Terakhir Di Permatang Pauh...

Assalamu'alaikum...

Hari ni aku bangkit lewat, jam 10:30am...lewat sungguh...

Bangun, matcomot tengah mengadap laptop, malaysiabiz-aloha tidur lagi, matsamankati dah siap mandi nak gerak balik Perak, cucumatkilau tengah mandi, aku pun nak mandi jugak...

Lepas mandi, badan segar lepas mandi, turn aku pulak mengadap pc nak update entry baru...ni lah 1st entry aku untuk hari ni.

malaysiabiz-aloha dah bangun, matsamankati nak gerak balik Perak dah, kami bersalam-salaman & sempat bergambar kenangan...ntah bila dapat berkumpul lagi macam ni.

Banyak kenangan di Permatang Pauh sepanjang kempen pilihanraya kecil P-044.berlari kesana-sini, hujan panas semua kami lalui untuk mendapat khabar terbaik dari sini.

Seronok masa menyamar sebagai pro UMNO & menyusup masuk ke markas BN untuk dapatkan isu yang dimainkan secepat mungkin agar segala isu dapat kami tangkis dengan maklumat & fakta yang tepat.

Seronok sebab dapat bergaul sendiri dengan orang-orang yang tak berapa pandai menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah...pengalaman aku berada didalam markas BN paling panas di P-044 iaitu Bangunan UMNO Semambu menemukan aku dengan ahli-ahli penyokong-penyokong UMNO yang taksub dengan parti mereka.

Aku panggil mereka taksub sebab majoriti mereka, bulat-bulat menerima dakyah & tohmah pimpinan atasan mereka walaupun perkara yang diutarakan itu langsung tak lojik.

Nanti ada lapang, aku cerita dekat sini.

Aku nak pi ronda Permatang Pauh, nak bergambar lebih kurang sebagai kenangan tsunami ke-2 selepas PRU12.rakyat dari berbagai negeri berkumpul berganding bahu berkempen untuk memenangi P-044 & semuanya sukses...

Karang aku update lagi...