Wednesday, September 10, 2008

Saiful Mengaku Dipaksa???

Selain sibuk dengan perjumpaan dengan wakil-wakil MP BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat, Anwar bakal mendapat kemenangan moral sekali lagi apabila Saiful dalam waktu terdekat juga akan membuat pengakuan bahawa beliau dipaksa oleh "pihak-pihak tertentu" untuk membuat tuduhan liwat terhadap Anwar.



Masa dan lokasi sedang diatur demi memastikan segalanya berjalan lancar dan keselamatan Saiful juga terjamin.



Beberapa MP BN sudah diberi ‘hint’ tentang perkara ini. Ini menambahkan lagi sokongan mereka kpd Anwar untuk dinobatkan sebagai PM dan keyakinan mereka kpd “pihak-pihak tertentu” terus menjunam.



Najib akan dihantar oleh PAkLAh ke luar negeri bagi menyelesaikan tuntutan lanun yang menawan 2 buah kapal dr Malaysia. Dan kemungkinan Najib ‘dinasihatkan’ agar terus berada di luar negeri sehingga kes Saiful selesai. Sebelum ini PakLah telah menasihati Najib agar tidak membawa Rosmah dalam kempen PRK Pmtg PAuh. Untuk rekod, Rosmah tidak kembali ke Malaysia walaupun ayahnya meninggal dunia atas alasan mendaftar anak2 bersekolah di luar negeri.



Jalan ke Putrajaya semakin jelas….marilah kita semua pejuang keadilan berdoa agar semua berjalan lancar.



-PerakExpress

Letak Jawatan Segera..!

SINGAPURA: Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut fikirkan semula mengenai pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama.

Pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah dua bulan lepas, dakwanya, telah "tenggelam" dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

"Tahun 2010 adalah terlalu lama," katanya pada sidang akhbar pada acara tidak rasmi sempena Persidangan CEO Forbes Global di sini.

Di bawah pelan peralihan kuasa itu, Abdullah akan menyerahkan jawatannya sebagai perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan presiden Umno kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010.

Muhyiddin berkata beliau malahan turut bertanya kepada Najib sama ada dirinya mahu menunggu selama itu kerana beliau (Najib) akan hanya mempunyai masa yang singkat untuk menguruskan dan mengembalikan semula kenyakinan rakyat kepada Umno dan BN.

Sambil menyatakan yang beliau memang berfikiran kritis mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Malaysia, beliau meminta Abdullah memikirkan semula mengenainya.

Abdullah berkata pelan peralihan kuasa itu demi untuk memperkukuhkan perpaduan Umno dan memudahkan anggota parti berikutan terlalu banyak permainan politik selepas pilihan raya umum lepas yang BN menang dengan majoriti mudah di Parlimen.

Ditanya mengenai spekulasi yang beliau akan bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah, masing-masing untuk mencabar bagi jawatan presiden dan timbalan presiden Umno, Muhyiddin menjawab:"Seperti anda katakan, ia hanya spekulasi."

Spekulasi itu timbul ekoran pertemuan antara Muhyiddin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas perdana menteri itu di Cyberjaya Sabtu lepas, di mana Tengku Razaleigh juga hadir.

Pada pertemuan itu, Dr Mahathir juga menyuarakan hasratnya untuk menyertai semula Umno selepas keluar parti pada Mei lepas.

Muhyiddin berkata walaupun Dr Mahathir telah keluar Umno, beliau masih banyak bercakap mengenai parti itu, terutamanya mengenai cara untuk memperkukuhkannya dan mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti.

Beliau berkata ia merupakan satu langkah baik oleh Dr Mahathir dan percaya ia akan turut dialu-alukan oleh anggota Umno kerana ia akan membuatkan parti kembali bersemangat tinggi.

Bagaimanapun, setakat ini beliau tidak tahu reaksi Abdullah terhadap hasrat Dr Mahathir untuk menyertai semula Umno.

Muhyiddin berkata :"Kita perlu bersikap terbuka mengenainya dan pandangan Dr Dr Mahathir masih diperlukan, dan beliau boleh menyumbang ke arah memperkukuhkan parti."

Mengenai kenyataan Penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi yang sasaran beliau untuk membentuk kerajaan pada 16 Sept mungkin tidak tercapai dan kenyataan beliau hari ini bahawa pelan itu kembali berjalan mengikut perancangan, Muhyiddin berkata: "Beliau memang sentiasa (berbuat demikian) "berdolak-dalik" dalam tindakannya yang hanya bertujuan untuk menarik perhatian rakyat."

Malahan dari awal lagi, Muhyiddin berkata beliau tidak percaya dengan perancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan.

Dan sebagai ahli politik yang telah lama berkecimpung dalam politik, katanya beliau tahu bukan menjadi trend di kalangan ahli politik di Malaysia untuk melompat parti secara beramai-ramai.

Muhyiddin berkata Anwar memang terkenal pandai "mengubah keadaan" untuk disesuaikan dengan objektifnya.

-mSTAR Online

Gempa 6.1 Skala Ritcher Gegar Pinggir Taiwan

TAIPEI, Taiwan—Taiwanese authorities say a moderate earthquake has struck off the northeastern part of the island. There are no immediate reports of casualties or damage.

The Central Weather Bureau says the magnitude 6.1 quake hit offshore 54 miles (86 kilometers) east of the city of Ilan at 3:43 p.m. Tuesday (0743 GMT), about 79 miles (127 kilometers) east of Taipei.

The United States Geological Survey says the quake had a magnitude of 5.5.

Earthquakes frequently rattle Taiwan, but most are minor and cause little or no damage.

However, a 7.6-magnitude earthquake in central Taiwan in 1999 killed more than 2,300 people, and in December 2006 a 6.7-magnitude tremor south of Kaohsiung severed undersea cables and disrupted telephone and Internet service to millions of users throughout Asia.

-INQUIRER.net

TP -Apelah nasib petani-petani Malaysia tu ya? harap-harap selamat... bukan apa... takut pulak berkurang bahan pertanian nanti sebab "pakar-pakar" pertanian berkurangan...

Ish Ish Ish Ish Ish...

Samseng Pulau Pinang Digantung Ahli 3 tahun (sahaja)

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail (gambar) selama tiga tahun berkuat kuasa hari ini kerana mengeluarkan kenyataan berbau perkauman bulan lalu.

Pada masa yang sama, MT Umno mahu parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain mengambil tindakan sedemikian pada masa depan.

Ia diputuskan dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebentar tadi.

Malah, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, kerajaan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri jika perlu dan terdesak terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan ketegangan kaum.

Semalam, pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) memutuskan mereka tidak boleh terima kenyataan Ahmad mengenai kaum Cina negara ini.

Semua semua pemimpin parti komponen telah memberikan pandangan masing-masing terhadap isu berkenaan dan mereka semua sebulat suara mahu Umno mengambil tindakan terhadap Ahmad.

Semalam BN mengambil pendirian bahawa oleh kerana Ahmad adalah pemimpin Umno, maka hanya Umno yang boleh mengambil tindakan terhadapnya mengikut prosedur sedia ada.

Ahmad telah mencetuskan polemik apabila didakwa mengeluarkan kenyataan pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lepas bahawa masyarakat Cina ialah pendatang di negara ini, dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum Bumiputera.

Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.

Terdahulu, sekumpulan 10 lelaki berkumpul di hadapan pintu masuk utama ke Menara

Datuk Onn hari ini dengan membawa kain rentang yang menunjukkan mesej menyokong Ahmad.

Mereka yang mengaku tidak mewakili Umno atau mana-mana Badan Bukan Kerajaan berkata mereka terpanggil untuk berbuat demikian sebagai menunjukkan sokongan kepada Ahmad yang menghadapi tindakan disiplin oleh Umno kerana dikatakan mengucapkan kata-kata perkauman ketika kempen pilihan raya kecil Kepala Batas baru-baru ini.

Antara ungkapan yang terdapat pada kain-kain rentang yang mereka bawa ialah "Theresa Kok Celupar, Biadap, Kurang Ajar. Umno Jangan Takut, MT Pertahankan Perjuangan Datuk Ahmad Ismail, Kami Sokong Datuk Ahmad Ismail dan MT Pertahan Maruah Datuk Ahmad Ismail.

Mereka berada di hadapan Menara Datuk Onn itu selama hampir 10 minit sebelum bersurai sebaik Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sampai untuk mempengerusikan mesyuarat khas MT pada kira-kira jam 2.45petang.

-mSTAR Online

Expect 'surprise' on Sept 16, says Anwar

Opposition Leader Anwar Ibrahim insisted that his self-imposed Sept 16 deadline to form the new federal government is “very much” on track, although a large number of the BN MPs are abroad.
MCPX

Met at the Jalan Duta court complex after a hearing related to the sodomy charge against him, he was asked to comment on his remarks that he would be deferring his plan, now that BN has sent 49 of its MPs to Taiwan on an agricultural study trip.

anwar sodomy 2 trial session court 100908 07Saying that the plan is on track, he however said he would deal with the details later. He also said there will be a “surprise” on Tuesday, but did not elaborate.

“I will fly to Taipei if needs be if they want to meet me. I am not joining them, but will talk to them,” quipped the newly-elected Permatang Pauh MP, in response to a question.

Anwar, 61, had earlier said he had information that the MPs would not be allowed to return from Taiwan before Sept 16 in order to thwart his plans.

His Pakatan Rakyat alliance has 81 of the 222 seats in parliament. He had promised voters he would overturn BN’s majority by inviting its MPs to defect to the Pakatan camp.

'Incitement Of UMNO Leaders'

On the reported move by former premier Dr Mahathir Mohamad to return to Umno, Anwar quipped: “Is he trying to help the ship sink faster?”

general abdul aziz zainalHe also said Armed Forces chief Jen Abdul Aziz Zainal’s call for stern action by the government against those who stoke racial sentiments was a “timely” reminder.

“I think it is timely that the army reminds the government that they should act swiftly against perpetrators of racial hatred,” Anwar said.

“However, I must caution that this issue is due to incitement by Umno leaders to cover up corruption, abuse of power and economic mismanagement pending imminent change in this country.”

Anwar stressed, however, that he was not in favour of the use of draconian legislation such as the Internal Security Act and Sedition Act to handle such situations.

The army chief had warned yesterday that racial issues should not be raised as this has potential to create chaos and disorder.

11 Lembu Gila Protes Di Ibupejabat UMNO

Kira-kira sebelas orang penyokong ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail mengadakan protes di luar ibupejabat Umno di Kuala Lumpur sewaktu pemimpin Umno tiba untuk menghadiri mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad.

Kumpulan tersebut membawa kain rentang, yang antaranya berbunyi "MT pertahankan maruah Datuk Ahmad Ismail", dan "Kami sokong Datuk Ahmad Ismail".

Mereka melaungkan 'Hidup Melayu' apabila ahli-ahli MT tiba di ibupejabat Umno untuk menghadiri mesyuarat khas tersebut.

Majlis tertinggi yang mempunyai 48 anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi Umno itu, dijadual mula bermesyuarat jam 2.30 petang.

Mesyuarat khas itu diadakan ekoran kontroversi yang dicetuska oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad.

-malaysiakini

Betul Ke Pak Lah?

KL: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam berjanji akan mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail, kerana membuat kenyataan bersifat perkauman yang mencetus tengkarah di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Datuk Ahmad dipanggil menemui Datuk Seri Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Putrajaya semalam berhubung kenyataannya bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak menuntut hak sama seperti Bumiputera.

Tengkarah itu semakin meningkat apabila Datuk Ahmad Isnin lalu memberi amaran agar kaum Cina jangan cuba mencari kuasa politik.

'Kesabaran orang Melayu dan orangIslam ada hadnya. Jangan cabar kami sehingga kami terpaksa bertindak balas,' kata beliau dalam satu sidang akhbar.

'Orang Cina jangan cuba hendak jadi macam orang Yahudi di Amerika. Mereka sudah ada kuasa ekonomi, sekarang mereka mahu kuasa politik pula,' tegasnya.

Menyusuli kenyataan tersebut, Parti Gerakan memutuskan hubungan dengan cawangan Umno Pulau Pinang, sehingga mencetus kebimbangan ia akan melakukan hal yang sama di peringkat kerajaan pusat.

Pemimpin Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, semalam berkata Gerakan akan memutuskan langkah selanjutnya selepas Umno memutuskan apa tindakan disiplin yang akan dikenakan ke atas Datuk Ahmad.

Datuk Seri Abdullah berkata selepas satu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam bahawa parti itu 'kesal dan marah' dengan kenyataan berkenaan.

Umno, kata beliau, akan membuat keputusan mengenai nasib Datuk Ahmad hari ini (Rabu).

'Tindakan segera akan diambil kerana sebarang kelengahan akan membuat lebih banyak orang jadi marah. Tindakan tegas akan diambil,' kata beliau.

Datuk Seri Abdullah bagaimanapun menegaskan Barisan Nasional tidak akan berpecah dan akan menghadapi semua cabaran secara bersama.

'Kita ibarat pasukan bola sepak. Kita agresif tetapi sama-sama mahukan gol. Kita mahu menang,' tegas beliau.

Namun Datuk Ahmad tetap dengan pendirian tidak akan minta maaf dan berkata orang Melayu 'kecewa' dan 'maruah' mereka kini tercabar.

'Separuh orang Cina berkata saya perkauman tetapi sebahagian besar orang Melayu berkata saya nasionalis yang membela bangsa,' tegasnya.

-KLPOS.com

TP -Aku pulak kata - ngko ni Mat... bongok... sombong... perangai macam hewan liyar... hang kene campak ataih muka bumi ni ade Allah cakap kat hang sempadan ni untuk sape, sempadan ni untuk sape?

Bingai... Allah bagi free, ngko pulak mengaku ni hak melayu, ni hak cina, ni hak india... oi... ngko tuhanke???

TV, radio perlu saingi kepantasan blog dan sms

SEREMBAN: Kepantasan media elektronik seperti radio dan televisyen dalam menyampaikan maklumat kini amat penting bagi mengimbangi kepantasan penyebaran maklumat oleh blog dan sms, kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf.

Ini kerana, katanya, radio dan televisyen serta media cetak tetap memainkan peranan penting bagi menyebarkan berita dan maklumat.

"Sudah pastinya apa yang disebarkan oleh media kerajaan seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) adalah sesuatu yang benar, sahih dan tepat, dan bukannya mempunyai elemen sensasi yang belum boleh dipastikan seperti melalui sms, blog dan sebagainya.

"Ini kerana masyarakat selama ini pun memang telah sinonim sebagai apa yang disiarkan oleh RTM sebagai benar, tepat dan sahih," katanya di majlis pelancaran Chery Eastar MPV dan perasmian program visual radio 'Roadshow Oghok Pikuk Negerifm' di sini, malam tadi.

Turut hadir ialah Pengarah Penyiaran negeri (Negerifm) Norbaiyah Baharuddin dan Pengurus Besar CE Distributions Sdn Bhd Raymond Chew.

Pada majlis itu, CE Distributions Sdn Bhd menaja sebuah kereta Chery Eastar MPV untuk kegunaan stesen radio, Negerifm.

Sementara itu, Kamaruddin menganggap perkongsian pintar di antara Negerifm dan CE Distributions Sdn Bhd sebagai suatu inisiatif yang amat baik ke arah memantapkan lagi fungsi radio kerajaan yang bertujuan menyebarkan maklumat mengenai dasar kerajaan kepada masyarakat.

"Langkah ini akan membolehkan Negerifm semakin mendekati rakyat. Ini kerana melalui unit bergerak ini, penerbit dan kru liputan akan dapat sampai ke sesuatu lokasi berlangsungnya acara penting anjuran kerajaan dan sebagainya.

"Dari situ kru liputan akan dapat memberikan liputan secara lintas langsung (cross over) terus kepada siaran radio Negerifm," katanya.

Katanya pendekatan sebegini akan menjadikan peranan radio khususnya Negerifm terus relevan kepada masyarakat dan mampu bersaing dengan stesen radio swasta, disamping kemudahan sms dan blog yang berjaya mencuri minat dan perhatian masyarakat masa kini.

-KLPOS.com

TP - Sekarang pun dah cepat & cekap dah... cepat menabur fitnah & cekap memuta belit berita...

Lawan blog tu mungkin sempat kot... tapi tang naklawan sms tu aku musykil... depa nak lawan ngan apa? tv? ingat semua orang dok depan tv je ke 24 jam?... lawan pakai redio? ingat semer org dok dengar redio je ke 24 jam? sengal...

Khak Ptuih..!

Tiada Tempat Untuk Parti Perkauman

Aktivis anti-rasuah dan tadbir urus baik yang cukup prominen, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim - yang mengejutkan ramai orang apabila menceburi politik dengan menyertai DAP - tidak yakin parti-parti
perkauman mempunyai masa depan di Malaysia.

tunku abdul aziz tunku ibrahimDalam interbiu dengan Bernama, beliau yang dilantik sebagai naib presiden DAP berkata, kedudukannya dalam badan penggubal dasar parti itu sekarang, akan membolehkan beliau menjadikan DAP sebuah

organisasi yang lebih bersifat Malaysia agar ia tidak setakat dilihat sebagai sebuah "Parti Cina yang berselindung".

"Jika anda mahu menjadi sebuah parti Malaysia, kita perlu menjadi sebuah parti yang benar-benar Malaysia pada sifat luaran, sentimen, kesetiaan dan patriotisme.

Saya tidak yakin parti-parti perkauman punya masa depan di Malaysia," katanya.

Tunku Aziz, 74, memiliki kerjaya cemerlang dalam sektor korporat sebelum melibatkan diri secara aktif di Transparency International, sebuah badan global menentang rasuah.

Beliau telah banyak menulis dan bercakap mengenai isu rasuah dan integriti di dalam negeri dan peringkat antarabangsa dan menerbitkan bukunya "Fighting Corruption: My Mission".

Beliau pernah berkhidmat dengan Bank Dunia dan pada 2006 dijemput untuk menubuhkan Pejabat Etika Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai penasihat khas kepada setiausaha agung ketika itu, Kofi Annan.

Menentang Rasuah

Dalam temubual ini, Tunku Aziz bercakap mengenai azamnya untuk terus bersuara menentang rasuah sambil menyatakan: "Tidak ada yang lebih penting bagi sesebuah negara serta sistem dan institusinya daripada dilihat mengamalkan tadbir urus yang baik".

Beliau mengingatkan: "Kita telah melihat banyak negara tumbang atau musnah oleh rasuah. Rasuah akan memusnahkan kita, malahan rasuah telah memusnahkan banyak kerajaan. Tumbangnya kerajaan-
kerajaan lampau adalah akibat rasuah".

Tunku Aziz bercakap mengenai kejayaan Singapura memerangi rasuah dan apa yang boleh dipelajari oleh negara-negara lain dari negara pulau itu.

Beliau berkata, dalam hal Singapura, ia adalah tekad seorang insan, Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri dan kini menteri mentor, menentang rasuah.

"Sebelum Lee Kuan Yew, Singapura adalah sebuah masyarakat yang cukup korup, tetapi beliau telah dapat mengubahnya dan menjadikannya sebuah pulau yang berwibawa.

"Beliau barangkali tidak memenangi hadiah kerana hak asasi manusia tetapi andainya ada hadiah dunia semata-mata kerana memerangi rasuah, Lee Kuan Yew jelas pemenangnnya," kata Tunku Aziz.

Beliau berkata semuanya adalah mengenai kepimpinan melalui teladan kerana orang di peringkat bawahan mengikuti cara pemimpin-pemimpin mereka yang dipilih.

"Itu yang telah dapat dilakukan oleh insan tersebut. Kita tidak dapat melakukannya di sini di Malaysia kerana kita meletakkan pandangan kita terlalu rendah.

"Kita perlu meletakkan pandangan tinggi dalam perang menentang rasuah," kata beliau.

-malaysiakini

Mat Hasan Sengal

Semalam dalam 1 laporan media - MB Negeri Sembilan bubar DUN jika terdesak.

Ai... ini cerita ke-2 terbest dalam Malaysia...

Tak Yah cerita panjang-panjang...

Kalau MP2 UMNO/BN Negeri 9 lompat & Pakatan Rakyat berjaya bentuk kerajaan negeri, maknanya Mat Hasan ni bukaan lagi MB Negeri 9 masa tu...

Cemana sorang Mat Hasan yang bukan MB Negeri 9 nak bubar DUN?

Mat Hasan ni baru belajar politik ke???

Sengal betul...

Kes liwat Anwar ditangguh hingga 24 September

(Dikemas kini, 1150 pagi) PETALING JAYA: Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga 24 September bagi membolehkan kedua-dua pihak pasukan pendakwa dan pembela menyediakan hujah masing-masing berhubung permohonan agar tuduhan ini didengar di Mahkamah Tinggi.

Apabila kes itu disebut semula pagi ini pihak pendakwaan memohon akan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi tetapi ia dibantah oleh pasukan peguam Anwar.

Difahamkan, peguam bela minta ditangguhkan atas sebab mereka tidak diberikan masa yang cukup untuk membuat persediaan. Selain itu, pihak peguam bela juga mempertikaikan sijil perpindahan ke Mahkamah Tinggi dari Mahkamah Sesyen di tandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail.

Gani Patail sepatutnya tidak terlibat dalam kes ini seperti diarahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Terdahulu Anwar di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur sebentar tadi - pukul 9.30 pagi - dengan pasukan peguamnya menolak khabar angin bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dibatalkan jaminan peribadi.

Kes tersebut disebut semula pagi ini dengan kawalan keselamatan ketat di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Ketika ditemui wartawan sebaik tiba di pekarangan mahkamah, Anwar berkata: "Saya tidak pasti apa yang akan berlaku di mahkamah hari ini. Saya berharap jaminan (peribadi) tidak ditarik balik. Sememangnya tiada asas untuk mengenakan tuduhan, jadi mengapa bercakap mengenai ikat jamin?"

Peguamnya, Sankara Nair pula berkata: "Jika pendakwa mahu menafikan jaminan ke atas Anwar, mereka perlu memohon dan kami akan respons. Begitu juga langkah memindahkan kes ke mahkamah lain (Mahkamah Tinggi)."

-mSTAR Online

Jangan Kacau Depa..!

PETALING JAYA: Seramai 49 anggota Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) yang memulakan lawatan lapan hari ke Taiwan kelmarin menghabiskan hari kedua semalam dengan melawat Shangri-La Leisure Farm.

Mereka diberi taklimat oleh pengarah urusan ladang tersebut.

Menurut Timbalan Pengerusi BN-BBC, Datuk Bung Mokhtar Radin taklimat yang diberikan itu banyak membantu untuk menaikkan industri pertanian.

"Selepas itu, mereka melawat Ketua Setiausaha Taiwan, Lu Luo Hua.

"Pengerusi BN-BBC, Datuk Seri Tiong King Sing bersama-sama lapan ahli BN-BBC tiba di Taiwan hari ini (semalam) dan bertemu serta berbuka bersama dengan ahli rombongan," kata beliau ketika dihubungi di Taipei semalam.

Anggota BN-BBC berlepas ke Taiwan secara berperingkat mulai kelmarin bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian.

Mereka akan pulang ke tanah air pada 17 atau 18 September ini.

Semalam, Bung Mokhtar menafikan tanggapan sesetengah pihak kononnya lawatan itu ada kaitan dengan usaha menghalang Pakatan Rakyat daripada menubuhkan kerajaan persekutuan pada 16 September ini.

Hari ini, rombongan akan bertolak dari Ilan ke Kaohsiung.

"Ahli BN-BBC ke Kaohsiung dengan menaiki kereta api peluru. Perjalanan sejauh 250 kilometer dari Ilan. Di sana mereka dibawa melawat pusat bioteknologi," kata Bung Mokhtar.

Pada hari keempat, anggota BN-BBC akan melawat Pingtung University of Science and Technology dan pada sebelah malam mereka akan makan malam bersama-sama pelajar Malaysia di Taiwan.

Keesokan hari, mereka akan mengadakan pertemuan dengan Konsul Pertanian Taiwan, Wong Jung Pyng pada pukul 4 petang.

Berhubung jadual hari keenam dan seterusnya, beliau berkata, jadual untuk hari keenam dan seterusnya belum diputuskan lagi.

Jelasnya, perkara tersebut akan dibincang bersama-sama ahli rombongan dan akan diputuskan kelak.

"Setakat hari ini kami dapat belajar banyak mengenai pertanian dan penternakan di Taiwan untuk kebaikan negara," katanya.

Apabila ditanya masih ada semua ahli BN-BBC tiba hari ini, Bung berkata: "Pada 14 September Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman akan tiba dan menyertai rombongan mereka di Taiwan."

-mSTAR Online

TP - Hep..! jangan kacau depa... depa tengah belajar tanam padi ikut teknologi moden... balik ni kang depa ada projek besar... tanam padi sambil melompat...

Tu... gambar atas tu, gambar makcik supervisor... Bung Mokhtar ada dalam sawah tengah berkubang... dah... jangan kacau depa..!

Press Statement: The Bar is apolitical

Press StatementThe Bar Council refers to the statement by UMNO Youth’s Datuk Abdul Rahman Dahlan reported at page 4 of the Star dated 8 September 2008 in relation to the issue of “cross-overs”.

The Bar never participates in party politics nor in partisan politics. Thus, the Bar has deliberately declined to comment on the political issues facing the nation. Nonetheless, the public goading by the Datuk Abdul Rahman Dahlan and queries by the Press have necessitated a response. Hence, this comment is strictly limited to the legal issues raised by the subject of political cross-overs.



Cross-overs are not new in Malaysia. The law of the land in relation to “cross-overs” has long been settled in the case of Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor v Nordin Salleh & Anor decided in 1992 by a 5-member panel of the Supreme Court, our highest Court. The Court struck down provisions of the Constitution of the State of Kelantan that sought to prevent such cross-overs on the basis that it offended the fundamental right to freedom of association enshrined in Artcle 10 (1) (c) of the Federal Constitution.

In the case of Nordin Salleh, the plaintiffs were elected to the Kelantan State Assembly during the 1990 General Elections on the PAS ticket. The plaintiffs subsequently resigned their memberships in PAS, and joined the Barisan Nasional. The Supreme Court decision upheld the constitutional right of the Plaintiffs to “cross-over” to Barisan National and held that the right to freedom of association under the Federal Constitution includes the right to disassociate. Similar situations have arisen in the State of Sabah in 1994 when members of the Sabah State Assembly from the PBS crossed over to Barisan Nasional thereby reversing the original majority in favour of the PBS to the Barisan Nasional.

As it stands therefore there is no legal impediment to “cross-overs” by members of political parties.

Dato’ Ambiga Sreenevasan
President
Malaysian Bar
9 September 2008

Heavy police presence at Jalan Duta courts

KUALA LUMPUR: Heavy police presence outside the Jalan Duta court complex here in anticipation of the crowd expected at Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy case mention.

Several truckloads of FRU personnel have been deployed in addition to armed uniformed policemen.

The PKR adviser was charged on Aug 7 with sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan. He pleaded not guilty.

He is accused of committing the offence at Desa Damansara Condominium in Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, between 3.01pm and 4.30pm on June 26.

If convicted, he can be jailed up to 20 years and whipped for voluntarily committing unnatural sex under Section 377B of the Penal Code.

-The Star Online

Sasaran Selasa depan tak jadi? 20 September mungkin tarikh baru Pakatan - Anwar

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Ketika tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.


"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.


Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa
perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.

Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini esok bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.

Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.

"Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.

Menurut beliau lagi. ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.

"Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya.

-mSTAR Online

Anwar hadir mahkamah hari ini, peguam tolak khabar angin

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur sebentar lagi dengan pasukan peguamnnya menolak khabar angin bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dibatalkan jaminan peribadi.

Peguamnya, Sankara Nair berkata, pihaknya tidak mendengar apa-apa mengenainya tetapi jika ada permintaan daripada pendakwa pihaknya akan membantah langkah sedemikian.

"Kami tidak dengar apa-apa (setakat petang semalam). Bagaimanapun pendakwa boleh meminta (untuk membatalkan jaminan).

"Jika pihak pendakwa berbuat demikian kami akan membantah. Lagipun tiada sebab untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Jelas Sankara, mengikut rekod Anwar telah hadir mahkamah dengan tepat sepanjang masa dan beliau yang ke luar negara dari semasa ke semasa juga kembali tanah air termasuk yang terbaru ke Jakarta minggu lalu.

Beliau menyatakan demikian ketika tersebarnya SMS dan emel mengatakan bon jaminan peribadi akan dibatalkan apabila mahkamah bersidang hari ini.

Anwar dijadual berada di mahkamah pada pukul 9 pagi ini.

Minggu lalu Sankara berkata, pihaknya berharap kes liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan digugurkan apabila ia disebut semula hari ini.

Kata Sankara, pihaknya telah pun menyatakan pendirian tersebut sebelum ini dan sehingga kini masih mempertahankan agar kes berkenaan digugurkan.

Ketika dihadapkan di mahkamah awal bulan lalu, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.

Beliau diwakili sembilan orang peguam.

Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Kes itu akan disebut semula hari ini dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

-mSTAR Online

Jangan Berhenti Berdoa Untuk Kemenangan

DSAI menegaskan beliau sudah mendapat surat pengakuan ahli yang akan melompat parti.

Antara lain DSAI bagi hint siapa ahli parlimen itu dengan mimic perkataan mp tu "Kami tatap dengan janji kami! Kami bangsa yang tatap mengotakan janji".

Jadi tarikh mungkin teranjak sikit dari 16 sept but paling lewat 17 oct kerana parlimen bersidang semula.(ini yang tak best nih...ptuih..!)

Kedutaan asing sudah mula beratur berjumpa DSAI kerana yakin akan berlaku perubahan kerajaan.

Bgaimanapun DSAI mengingatkan bahawa pejuang harus terus berdoa kepadd Allah agar tiada halangan besar lagi.

Kerana, sebagai orang Islam, doa2 rakyatlah yang beliau harapkan dapat membantu kemenangan rakyat.

Ramai yang terharu semalam dengan doa imam di rumah DSAI dan tersentuh apabila DSAI dengan penuh rendah diri menyatakan doa rakyat, ulama di seluruh dunia terutamanya Tok Guru Haji Saleh yang kini 24 jam bergilir dengan ustaz2 berdoa didepan kaabah makkah tanpa henti memohon bantuan Allah memberi kemenangan kpd kerajaan pakatan rakyat!

InsyAllah!

Takbir!!!

Ulangan: Lobi Melobi

Saya mendapat maklumat terkini bahawa perkhidmatan Mohd Hassan Marican (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas) kini sedang menghampiri tempoh akhirnya. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kemungkinan besar Mohd Hassan Marican tidak akan disambung tempoh perkhidmatannya walaupun beliau berupaya melakukannya.



Beberapa pihak telah menunjukkan hasrat mereka untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican ini dan kini sedang dalam proses melakukan lobi (berskala mega). Semua lobi-melobi ini tertumpu kepada Abdullah Ahmad Badawi. Ada yang melobi dengan wang dan ada pula yang melobi dengan cara-cara yang lain.



Tetapi ada dua orang calon telah bersaing diantara mereka dan dikhabarkan bahawa kedua-dua mereka mendapat restu daripada Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Salah satu dari dua calon ini dijangkakan akan dilantik menggantikan Mohd Hassan Marican manakala seorang lagi dijangkakan akan menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah Petronas.



Calon yang begitu kuat melobi untuk menggantikan tempat Mohd Hassan Marican dikenalpasti adalah Khairy Jamaludin. Beliau khabarnya telah berjaya meyakinkan Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau mampu untuk menerajui Petronas dan memangkinkan pertumbuhan dan pemerolehan Petronas dalam jangka masa singkat. Abdullah Ahmad Badawi juga dikhabarkan telah bersetuju jika Khairy Jamaludin dilantik kejawatan tersebut dan sedia mengarahkan Petronas untuk membuat perlantikan tersebut sebaik tempoh akhir perkhidmatan Mohd Hassan Marican tamat.



Dengan pengaruh wang dan lobi yang besar, Khairy Jamaludin percaya bahawa beliau dapat menerajui Petronas dalam masa terdekat. Ini dibantu dengan sokongan berterusan (wang dan kuasa) yang datangnya dari Singapura melalui Temasek Group.



Berdasarkan kepada analisis semasa dan pasaran Asia Tenggara, Temasek Group amat berminat untuk menguasai Petronas demi untuk mengukuhkan aliran tunai dan kewangan mereka. Buat masa ini hanya cabang industri Minyak dan Gas sahaja yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh Temasek Group. Beberapa transaksi kewangan berskala besar telah dikesan dibiayai oleh Temasek Group kepada beberapa individu dalam industri Minyak dan Gas tempatan termasuklah kepada pihak yang membekalkan khidmat sokongan kepada industri yang sama.



Dengan penguasaan dalam industri Pelabuhan (seperti masa telah dikenalpasti bahawa beberapa pelabuhan utama di Malaysia kini telah dipindahkan sahamnya kepada proksi Temasek Group) tempatan, maka dapat dijangkakan bahawa Temasek Group kini sedang berusaha membuat beberapa pemerolehan lagi demi memantapkan organisasi mereka.



Proksi-Proksi Temasek Group di Malaysia kini nampaknya sedang ditimbunkan dengan wang ringgit dan jaminan keselamatan sehinggakan mereka sanggup menggadaikan aset negara. Berdasarkan kepada senario semasa, SCOMI Group juga dikenalpasti telah mendapat laba daripada usahasama haram dengan Temasek Group.



Jika Khairy Jamaludin dibenarkan menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, maka jangan kita terkejut jika akhirnya Petronas dikuasai oleh Temasek Group (Singapura). Kita wajar menyekat perkara ini daripada menjadi kenyataan. Abdullah Ahmad Badawi memang mudah dikuasai oleh Khairy Jamaludin. Jangan pula kita biarkan Kamaludin Abdullah Ahmad Badawi menjadi Ahli Lembaga Pengarah Petronas kerana ini juga akan menguatkan pengaruh Temasek Group kedalam Petronas.



Petronas adalah hak Malaysia dan bukannya Singapura. Jangan gadaikan aset negara.



Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS

Tan Sri... Pinjam Lambo Sehari Boleh?

Susulan pendedahan dalam blog UMNO REFORM 2 tentang 1 memorandum bantahan mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Kumpulan Darul Ehsan.

Tak banyak yang nak dibongkar buat masa ni, cuma maklumat ini adalah benar & surat arahan berkenaan sememangnya wujud & ianya bukan tuduhan.

Dakwaan pengalaman kornisme oleh Tan Sri Rozali Ismail dalam SYABAS juga adalah benar & bukannya tuduhan semata-mata.

Jangan pulak kita terkejut nanti sekiranya para kontraktor dibawah SYABAS akan menandatangani surat bantahan tersebut sebab para kontraktor SYABAS sebenarnya adalah ana-beranak Tan Sri Rozali Ismail.

Memang la depa akan tanda tangan...

Nanti la...semalam tak sempat sembang panjang sebab masa singkat.

Dengar cerita Tan Sri Rozali ni suka kumpul kereta... betul ke?

Kereta banyak... simpan dekat 1 "store"...rasa nak "main" kereta, call drebar - "hallo...tolong bawak kereta i yang model bla bla bla kat sini...i tunggu kat highway..."(sampai macam tu no...)kereta sampai... pusing dalam 10-20 minit... antar balik kereta dekat drebar...setel... mewah amat tu...

Kat "Store" tu dah ada 30 bijik... tak kan tak leh bagi pinjam sebijik? dapat pakai Lamboghini barang sehari dua pun kira ok dah tu Tan Sri... boleh?

Pak Lah Hoi...!!!

VIENNA - Harga minyak mentah jatuh sehingga menghampiri paras AS$101 (RM348) setong semalam sekali gus menjadikannya harga terendah dalam tempoh lima bulan.

Pengeluar minyak terbesar dunia, Arab Saudi menerima baik perkembangan itu tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mengubah kouta pengeluaran Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

"Kami sudah bekerja keras sejak Jun lalu untuk memastikan harga berada pada paras seperti ketika ini.

"Saya fikir semuanya seimbang," kata Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Nuaimi.

Arab Saudi sebelum ini menghadapi tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain negara untuk meningkatkan pengeluaran berikutan harga komoditi itu yang terlalu tinggi sehingga mencecah AS$147 (RM504) setong.

Negara itu juga bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran tambahan sebanyak 500,000 tong sehari bagi mengelak harga terus meningkat.

Sekumpulan penganalisis percaya anggota OPEC akan mengurangkan pengeluaran secara senyap-senyap bagi mengelak sebarang pengurangan harga.

Dasar OPEC menetapkan pengeluaran sebanyak 29.67 juta tong sehari. Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Oktober menurun kepada AS$101.27 (RM349.384) dalam dagangan di London semalam. - AFP

TP - Orang tua yang pakai napkin tu tak tau ke? dengar cerita haritu ada satu "gerombolan" dibagi tugas khas pantau rege minyak... ni dah turun minimum dah ni... tak leh turun lagi ke rege minyak Malaysia?

Ke Pak Lah nak kene turun cara paksa???

STOP GROOMING THIS BIGOT.

PEOPLE, why don't we all just stop ranting about this beyond-redemption amorphous amok. He can continue to say we are immigrants and if you believe you are not, just let him rant. He needs the limelight. But if we continue clamoring for his hide, we are giving him the spot-light.

He is also a pendatang....only thing is that he is ashamed to admit it. I am proud that my ancestors came here to help in the mines or this country would still be in the chronically under-developed stupor. So whatever any insults flung my way is irrelevant. I treat it as utterings of an imbecile.

Gerakan and MCA are wasting time asking for his pound of flesh. There are better things you should aspire to -like getting out of BN....you are really a pendatang in BN. Stop shouting for him to be ISAed because Botak has no guts to do that, neither has the PM nor the DPM.

Stop your running-dog barking and get real. Be part of the New Malaysia if Pekartan wants you. Get yourselves overhauled, shed that subservient stigma. You can be better than be a coffee boy or a taxi boy. You owe nobody a living. Don't demean yourselves. Think ROOTS....Malaysian roots, not Chinese roots. Think and Act Malaysian, not Chinese.

This guy is just crying out for attention. Most misfits behave this way. He calls to mind a Jim Clancy line: " Those who were not Empire Builders were self-righteous meddlers" Most often these meddlers operate under different guises and when all disguises fail, they shelter under racism.

I leave you all with this true story and also with a final reminder. Stop giving Ahmad Ismail press time. His family is sizing him up too:


The following scene took place on a BA flight between
Johannesburg and London . This is a true story.

A White woman, about 50 years old, was seated next to a Black man. Obviously disturbed by this, she called the air Hostess.

"Madam, what is the matter," the Hostess asked.

"You obviously do not see it then?" she responded. "You placed me next to a Black man. I do not agree to sit next to someone from such a repugnant group. Give me an alternative seat."


"Be calm please," the Hostess replied. "Almost all the seats on this flight are taken. I will go to see if another seat is available."


The Hostess went away and came back a few minutes later.


"Madam, just as I thought, there are no other available seats in Economy class. I spoke to the Captain and he informed me that there are also no seats in the Business class. All the same, we still have one seat in First class."


Before the woman could reply, the Hostess continued: "It is unusual for our company to permit someone from Economy class to sit in First class. However, given the circumstances, the Captain feels that it would be scandalous to make someone sit next to someone so disgusting."


She turned to the Black man and said, "Therefore, Sir, if you would like to, please collect your hand luggage, a seat awaits you in First class."


At that moment, the other passengers who were shocked by what they had just witnessed stood up and applauded.

"When you're down to nothing, God is up to something."

THINK 916, 917, 918, 919, 920

A BIGOT-FREE NEW MALAYSIA.

Penyakit Lembu Gila Menyerang Pulau Pinang

Kenyataan akhbar Kesatuan Nasi Kandar dan Nasi Bungkus Pulau Pinang telah meminta masyarakat Pulau Pinang agar jangan ‘memboikot’ warong dan restaurant nasi kandar.

Kenyataan ini juga telah menafikan yang ahli-ahli mereka terlibat dalam penjualan kari daging yang diberitakan telah membawa ‘ mad cow disease’.

Khabar-khabar angin tentang nasi kandar adalah punca ‘mad-cow disease’ ini bermula apabila orang ramai terutama penduduk Pulau Pinang melihat kelakuan seorang yang lelaki yang dikatakan menyerupai seorang mamak telah melocat-loncat dan mengoyak-ngoyakkan gambar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sir Richard Gelimard pakar perubatan dari Holborn Hospital London telah menerangkan bahawa Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE), lebih di kenali sebagai Mad-Cow Disease (MCD), amat bahaya dan boleh membawa maut.

Menurut Sir Gelimard yang telah menyelidiki penyakit ini semenjak tahun 1986 berkata bahawa tanda-tanda awal penyakit ini ialah meloncat-loncat dan menyiat-nyiatkan kertas-kertas. Kadang kala orang yang di hinggapi oleh penyakit ini akan menjerit beramai-ramai.

Berita yang masih belum di sahkan ini masih lagi sedang mencari siapakah dia lelaki yang terjerit-jerit dan terloncat-loncat itu. Adakah ianya Melayu atau Mamak.

-Tukar Tiub

Lompat Tak bermoral,.. Bom..?

PUTRAJAYA 9 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perbuatan 'membeli' Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) adalah lebih tidak bermoral daripada keputusan Kelab Penyokong- penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) mengadakan pemukiman di luar negara.

Sambil menegaskan keputusan BNBBC mengadakan pemukiman di luar negara tidak mempunyai kaitan dengan cubaan untuk menubuhkan kerajaan oleh pakatan pembangkang, beliau berkata, perbuatan 'membeli' Ahli Parlimen BN memusnahkan prinsip demokrasi berparlimen.

"Mereka dipilih atas tiket BN dan mereka mesti kekal menjadi penyokong BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Pemintaran Peranan Ekonomi Umat Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

-Utusan Malaysia Online

TP - Betul tu Pak Jib... memang tak dak moral langsung sesape yang membeli. Yang kene jual pun tak de moral jugak... boleh diklasifikasikan sebagai "pelacur politik"...

Tapi kalau Pak Jib ada bukti depa ada buat urusan jual beli, Pak Jib pegi la report dekat BPR... apa masalahnya?

Lagi satu nak tanya Pak Jib... Beli MP dengan Bom Warga Mongolia lepas buncitkan dia, yang mana 1 lebih tak bermoral???

Ghani Pun Nak Merc Jugak

JOHOR BAHRU 9 Sept. - Kerajaan negeri membelanjakan hampir RM1 juta bagi menyenggara 15 kereta rasmi kerajaan negeri jenis Proton Perdana Executive bagi tempoh empat tahun sejak 2005.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, kenderaan itu digunakan oleh beliau, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd. Ali Hassan, Exco-exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

"Kos keseluruhan penyenggaraan itu adalah RM962,261 dalam tempoh empat tahun.

"Kos penyenggaraan pada tahun 2008 sebanyak RM341,268, 2007 (RM345,502), 2006 (RM169,163) dan 2005 (RM133,651)," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang dan ADUN Sungai Abong, Sheikh Ibrahim Salleh pada persidangan DUN Ke-12 di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata, kenderaan tersebut adalah dengan nombor pendaftaran JDT 1 hingga JDT 13 dan JCS 1 dan JCS 2 yang dibeli pada tahun 2004 hingga 2006 dengan harga kira-kira RM117,000 sebuah.

-Utusan Malaysia Online

TP - Keh keh keh keh keh... ala Ghani... hang habaq je la hang pun nak pakai Merc jugak... tak yah la pakai trik lama ni... straight to the point je... apa ada hal? UMNO boleh..!

Umno putuskan: PM

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno akan mengadakan mesyuarat khas hari ini untuk menentukan tindakan terhadap Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, berhubung kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) dalam mesyuaratnya semalam mahu tindakan tegas dikenakan segera terhadap Ahmad, tetapi bersetuju supaya Umno menyelesaikan isu itu kerana ia membabitkan ahli Umno.

"Mereka inginkan tindakan segera dan tegas diambil tetapi memahami ia membabitkan ahli Umno dan prosedur parti memerlukan perkara ini dibawa ke MT," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Pejabat Umno di sini semalam.

-Berita Harian Online

TP - Betul tu Pak Lah : "Bersetuju menyelesaikan isu itu kerana ia membabitkan ahli UMNO". Pak Lah ni memang beruk & amat sesuai bagi berruk-beruk untuk berkumpul didalam 1 parti beruk...

Kalau Ahmad bukan ahli UMNO sebaliknya ahli mana-mana komponen Pakatan Rakyat, dah tentu Pak Lah akan cakap "kita serahkan pada pihak polis untuk mengambil tindakan kerana ianya melibatkan sensitiviti perkauman & juga menggugat kesejahteraan awam.orang macam ni perlu diletakkan dibawah pengawasan undang-undang zalim ISA kerana ianya berunsur hasutan"...

Dah jelas dalam insiden ni betapa ahli-ahli UMNO mempunyai kekebalan dari sistem undang-undang.dasar PM babi.

Lepas ni bolehlah mana-mana ahli UMNO buat lagi provokasi perkauman & kita sedia maklum hal ini memang amat dipersetujui oleh PM babi nih.

Memang maklumat yang kita dapat sedikit-sebanyak ada benarnya.UMNO/BN memang akan mainkan isu perkauman dalam usaha menghalanag 916.ini usaha terdesak PM Babi nih.

Hangpa marah aku panggil PM Babi?sukati hangpa la... memang patut aku panggil dia ni Babi sebab ciri-ciri seorang manusia tak dak langsung dalam diri PM Babi nih.elok jadi Babi dari jadi orang.

MEMPOLITIKKAN AIR

Klik Gambar Untuk Paparan Yang Jelas

MEMPOLITIKKAN AIR

Adakah benar memorandum serta beberapa surat yang menuduh Syarikat Bekalan Air Selangor – memaksa kontraktor-kontraktor yang bernaung di bawah mereka untuk menandatangani memorandum bantahan pengambilan alih Syarikat bekalan Air Selangor oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah Kumpulan Darul Ehsan.


www.umno-reform.com menerima memorandum bertarikh – 23 Julai No Rujukan SYA/EC/PPUB/memorandum Bantahan Kontraktor /1/8/177.


Kami juga menerima sesalinan surat yang menunjukkan/pengamalan kronisme dalam SYABAS oleh Tan Sri Rozali Ismail. Kami akan membuat ulasan seterusnya sebentar lagi.


KAMI TELAH BERHUBUNG DENGAN SYABAS - SUNGGUHPUN BEGITU KAMI BELUM MENDAPAT PENGESAHAN MEMORANDUM TERSEBUT. KAMI AKAN TERUS BERHUBUNG UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERPERINCI