Laporan dibuat jam 4.25 ptg tadi di IPD Kuala Terengganu.
Saya MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA bernombor Kad Pengenalan 700301-11-5627 beralamat 138-F , Wisma Sentosa , Jalan Sultan Zainal Abidin , 20000 Kuala Terengganu , dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut ;Radenjowo - Dan sekarang teka teki tentang billboard PAS yang cuba di musnahkan oleh MBKT mungkin akan terurai. Rujuk berita sebelum di sini.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT ) , Dato’ Mat Razali Kassim pada 14 Januari 2009, 10 pagi bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman sewaktu dalam ucapannya kepada 590+ orang kakitangan bawahan MBKT telah secara terang-terangan berkempen , memaksa dan mengugut kakitangan bahawahan MBKT memilih Barisan Nasional ( BN ) pada 17 Januari 2009 nanti .
Ugutan beliau kepada kakitangannya ialah “ kalau berani dan tidak takut dibuang kerja silalah ”.
Sedangkan beliau adalah merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) yang seharusnya bertindak adil dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional atau Parti Islam SeMalaysia ( PAS ).
Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu , Dato’ Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya..
Tindakan ini jelas bertentangan dengan perlembagaan Malaysia kerana setiap warganegara yang layak dan berdaftar sebagai pemilih boleh memilih mana-mana parti dalam pilihanraya tanpa paksaan dan ugutan ,
Sekiranya benar ianya jelas bertentangan dengan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya .
Sekian , laporan polis saya .
( MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA )
700301-11-5627
bravo ke atas keberanian anda.
ReplyDeletenamun, sudah pasti tidak ada apa-apa tindakan yang akan diambil.
tengoklah, jawatankuasa pilihanraya & agensi anti rasuah buat "ben-ong" saja apabila si najis yang secara terang-terang memberikan rasuah dengan mengagihkan kontrak-kontrak kerajaan secara lucky draw.
Dibibir mereka bersuara dengan nada yang enak didengar"kami membenci rasuah",namun dalam gelodak hati mereka,tetap menerkam tanpa lengah bila melihat timbunan duit.
ReplyDelete