Jadi selama 2 hari ni berlangsunglah debat yang panjang antara Blogger Pembancuh Nescafe dengan Bloggers Network dilaman blog KuihBangkit. ikut pada laporan diblog AbangBuah kemenangan milik Blogger Pembancuh Nescafe...
Jadi aku bagilah kemenangan tu dekat depa (BPN) sebab depa nak sangat kemenangan... ala... tak luak aih...
*ralat 1 - kesilapan : Blogger Pembela Negara bukan Blogger Pembancuh Nescafe...
*ralat 2 - kesilapan : PerakBangkit bukan KuihBangkit...
*ralat 3 - kesilapan : AbangTuah bukan AbangBuah...
TP - Harap maaf atas kesilapan.
Oleh kerana aku tak terlibat dalam perdebatan tu maka tak dapatlah aku nak jawab soklan dari PerakBangkit tu dekat sana... jadi aku cuba jawab dekat sini lah... boleh kan?
Soklan PerakBangkit ialah :
- Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) telah diluluskan oleh DUN Kelantan berbelas tahun yang lalu...Kenapa tak dijalankan?
Hangpa baca sat dekat bawah ni...
---------------------------------------------------------------------
PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN
Y.A.B. Tuan Haji,
PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994
Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.
1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.
3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.
(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.
Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.
Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.
5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .
6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
---------------------------------------------------------------------
Jadi... merujuk kepada surat dari Mahdet dekat atas,
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26),
Bertarikh 8 Jun 1994,
Tajuk : PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN jelas kepada kita bahawa Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) tidak dilaksanakan di Kelantan atas arahan KERAJAAN PUSAT...!!!
- Rujuk : No 7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
Aku suka nak petik ayat ni "maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya"
Maka tindakan sewajarnya ialah menyekat pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan "Demi menjaga Maruah dan ketinggian martabat Islam dan pengikut-pengikutnya"... betul ke tu?
Jadi geng-geng yang dok berkokok-kokok pasai Hudud dekat Kelantan tu harap boleh jelaslah sekarang ye?
Draf Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) telah diluluskan didalam perbahasan Dewan yang mulia Kelantan tetapi telah ditolak oleh Kerajaan Pusat dengan alasan "Demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan pengikut-pengikutnya" dan juga dengan ugutan "Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS".
Bukan PAS tak nak laksana Hukum Hudud dekat Kelantan... tapi Kerajaan Pusat yang menghalang.
Kalau tak paham lagi, sah banyak makan semut... tak pun banyak dok kunyah rumput kering...
*ralat - insya-Allah kita akan siarkan scan dokumen asal surat daripada PM waktu itu (Che Det) kepada Kerajaan PAS Kelantan dan juga kita dalam proses untuk mendapatkan Salinan Draf Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan oleh Kerajaan negeri Kelantan waktu itu tetapi ditolak oleh Kerajaan Pusat pimpinan UMNO/BN.
-Harap bersabar.
salam BRO,
ReplyDeletelepas nie mesti ada yg lompat lagi la..hehehhe..mai kita tengok tinggi mana depa nak lompat..
bro, parti pas kita jawab apa tuduhan tak adil tu ?
ReplyDeleteada salinan tak?
sebab logik juga aku tengok kata mahadet tu...
takkan org islam kita je kena hudud?
kesian laaa..
hrp bro cari ekk jawapan dia..
akan disiarkan 1 persatu.
ReplyDeleteapa daaaa kau ni...
ReplyDeletepas bukan tak nak buat.
cuma malas nak bagitahu kita tak nak orang jauh pas sebab hudud.
nak mengaku malu la bro..
memang betul kata kata maadey tu.dia memang geliga otak dia.
Bila dah ada hudud Insyallah kurang laa orang Islam nak buat jenayah.. kalau ada pun sikit laa.. takut wooo..
ReplyDeletehudud hukum Allah. tak nafilah..
ReplyDeletecuma tokwan dengar imam syafei kata kena tunggu pembangunan dulu..
tu imam Pakatan Rakyat cakap nama Sheih Anwar..
Tokwan jumpa di blog http://brokenthecode.blogspot.com/ kata2 dia di bawah...
Kenyataan Saudara ANWAR IBRAHIM semasa ceramahnya di Kuala Terengganu
"Menurut IMAM SHAFIE perkara yang pertama yang perlu menjadi asas kepada membentuk hukum HUDUD adalah sesebuah negara itu perlu membangun dan sudah mencapai taraf maju."
so apa komen Imam PAS pulak...
tokwan pandai salin komen sahaja..nak ulas tak reti.
ok wslm....
WOII MAMAT..
ReplyDeleteBUKAN SEBAB TU SANGAT YANG PAS ENGGAN LAKSANAKAN..SEBAB2 NYA..
1. TAKUTKAN MAHATHIR..
2. TAK CUKUP KEUPAYAAN..
3. TAK MAMPU LAGI..
4. TAKUTKAN GENG2 JAHAT LARI..
SUDEH LE...KALAU TAKUT DAN TAK MAMPU KATA AJELAH...
WOII..LAGI PUN KAU ORG NAK SIBUK APA LAGI TUAN GURU KAU ORG PUN KATA SEKIRANYA MEMERINTAH AKAN DITANGGUHKAN DULU..ADA PULA MAT TENGIK YANG KATA 0.000001 %
BRO ANUAR KAU PULA KATA SEHINGGA NEGARA NI BETUL2 MEMBANGUN..
DAH LE MALAS AKU NAK LAYAN KEBANGGANGAN KAU DAN PUAK KAU NI..BUANG MASA AJE.
aku PAS.
ReplyDeleteEhhh..ada betulnya apa yang dikatakan oleh Tun Madey dalam surat tu..
Ehhh..kenapa aku tak pernah jumpa surat ni.
Ehhh...aku dekele keluar PASlah..
buku hudud pas tu aku dah tengok. memang tak layak di laksanakan sebab isi tak cukup. huraian tak ada. amat buruk sangat isi kandungannay, kalau kertas budak universiti layak dapat F
ReplyDeleteaku ingat PAS betul 2 nak buat hudud tapi macam main main je.
ReplyDeletetakkan dah patah 'anu' lepas terima surat sekeping oleh tun m?
kata nak perjuang Islam.
aku ingat surat tun m jadi semakin kuat hujah perisik rakyat...
rupanya senjata makan tuan.
terima kasih sahabat menyahut seruan saya untuk datang baca surat tu..
kita dapat tahu kisah dulu dengan lebih jelas bahawa Hudud PAS bukan Hudud Allah.
Jika benar2 nak buat langkah Anwar dan karpal dulu.
Tak yah nak salahkan UMNO....
Bukan Anwar pun Islam jugak kan ?
Salam..
ReplyDeleteUdah-udah le topeng perak..tak habis2 kau dengan cerita basi kau tu. Pada aku surat kau tu hanya retorik politik dan alasan sahaja.
Sekiranya Tun bagi kebenaran pun kau orang akan cari alasan lain pula mungkin kau salahkan pula kerajaan kerana tak bagi kerjasama pula...polis tak bagi kerjasama..itulah inilah.
Pada hemat aku jika diteliti betul2kandungan surat tu Tun telah menghuraikan secara terperinci sebab2 secara berfakta. Surat tersebut jelas mengatakan masih terdapat banyak kelemahan didalam usul undang-undang jenayah PAS. Disamping itu jelas juga menunjukkan Kerajaan juga tetap mempertahankan keadilan dalam negara ini.
Terima kasih kerana mengeluakan semula surat tersebut untuk tatapan umum. Aku akan copy surat tu sebagai rujukan uatam sebab-sebab mengapa kerajaan menolak usul undang-undang jenayah PAS..hek..hek..hek..
bagi orang yang sokong surat dr madey tu...mengucap la..byk. byk..
ReplyDeleteINGAT BALASAN ALLAH DI AKHIRAT NANTI...BERTAUBAT LAA..
Salam...
ReplyDeleteAdakah saudara-saudara semua ini beragama islam?
Adakah saudara-saudara ini menunaikan solat?
Adakah saudara-saudara ini menghayati atau sekurang-sekurangnya memahami makna bacaan dalam solat saudara,terutamanya doa dalam bacaan Iftitah?
Saya yakin,jika anda memahami dan menghayati solat anda,anda akan temui kebenaran dan tuntutan ke atas hukum Allah SWT ini..
..............av.................
kalau hudud yg pas kemukakan tu masih x lengkap...kenapa kerajaan pusat n negeri tak nak duduk semeja n perbaikinya?
ReplyDeleteUntuk pengetahuan semua !
ReplyDeleteHukum hudud tidak akan dilaksanakan dalam Malaysia bukan kerana PAS "cakap tak serupa bikin", bukan kerana UMNO "bangang tentang hudud" bukan kerana DAP "cuci berak pakai tisu"
Bukan kerana "penulis blog tunjuk PANDAI tentang hudu". Semua nya bukan !!
Hukum hudud tidak dilaksankan di Malaysia ketika ini adalah kerana tiada keizin dari Allah. Anda tahu siapa itu ALLAH..?
Kalau anda mengaku beragama islam tapi tidak tahu apa itu AllAH, anda tunggu kehadiran DAJAL yang akan muncul di muka bumi Malaysia tidak berapa lama lagi....
salam,
ReplyDeleteeden ulangi kata2 ini..
takutlah pada ALLAH,
draf dah siap jadi jangan tunggu lagi teruskan perlaksanaan hudud tu..
ni yang pi takut kat chedet dan kerajaan pusat apasal?.
takutlah pada ALLAH.
ingat tok2 guru, kamu yang mulakan dan kamu mesti habiskan..kalau tak mendapekla jawab eee..
ALLAHUAKHBAR !!!.
Katakanlah Kelantan nak betul2 laksanakan HUDUD.. kerajaan pusat tak bagi.. tentang..bagi amaran.. Kelantan berkeras nak buat juga.. akhirnya Kelantan akan minta keluar dari Malaysia.. wilayah autonomi.. (betui ke ni?).. lepas tu mungkin akan jadi perang.. macam Patani.. dan Moro..Kashmir..Bosnia.. Jadi.. mana lebih baik?.. nak teruskan atau tunggu dulu.. (maaf aku main agak saja ni.. bukan pandai sgt)..
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteKalimah Syahadah membawa pngertian yang sangat besar,,,
Kalau kamu mengaku bahawa"Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah,dan kamu mengaku nabi Muhammmad itu pesuruh Allah",,,,kenapa kamu melawan hukum dan peraturan yang dicipta untuk kamu,,,,,?
Adakah kamu seorang islam atau pun dilahirkan sebagai orang melayu
islam?
Adakah kamu ini seorang yang MERASA PANDAI ATAU PANDAI MERASA?
.....................av...........
Salam...
ReplyDeleteSaya pun menyokong HUDUD ni,kerana saya ISLAM..
tapi saya confius la,harap TP boleh jelaskan..
sekarang ni PAKLAH adalah PM,bukannya MAHATHIR, so Mahathir dah xde kuasa !
Kenapa kerajaan Kelantan tidak mengusulkan sekali lagi menjadikan usul ini sebagai REALITI...
Kita tengok adakah PAKLAH berani buat seperti Mahathir menghalang pelaksanaan HUDUD ni...
Tolong bagitau kerajaan Kelantan,bawa usul ni sekali lagi...
AKU SOKONG 100%...
KENAPA APABILA HUDUD DIPERKATAKAN IA AKAN DIKAITKAN DENGAN PAS?
ReplyDeleteADAKAH HUDUD INI PAS SAHAJA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN,ATAU PEMIMPIN PAS SAHAJA YANG AKAN DISOAL DI DALAM KUBUR NANTI OLEH MUNGKAR DAN NAKIR?
BUKANKAH HUDUD INI DIPERTANGGUNGJAWAB KEATAS SEMUA NAFAS UMAT ISLAM TANPA MENBEZAKAN PAS,UMNO DAN DLL?
................AV.................
jadi kenapa tak buat gak hudud. Lebih takutkan che det/umno dari Allah....
ReplyDeletetakbirrrr..
tak kira sesapa pun sila jawab soalan ini... aku bukan org main parti.
http://www.e-bacaan.com/artikel_hududpas.htm
ReplyDelete