Serangan rejim Yahudi ke atas Semenanjung Gaza sejak hampir seminggu yang lepas benar-benar membangkitkan kemarahan bukan sahaja dunia Islam bahkan masyarakat dunia keseluruhannya.
Serangan yang telah mengorbankan beratus-ratus nyawa manusia tidak berdosa ini telah mengguris hati dan perasaan seluruh masyarakat dunia.
Menginsafi peranan mahasiswa sebagai jurubicara ummah, mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) akan bersatu menyuarakan kemarahan serta mengutuk serangan kejam rejim Yahudi ke atas rakyat Palestin.
Himpunan akan diadakan di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (SHAS), UIAM Gombak selepas solat Jumaat hari ini.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?